Sunday, December 25, 2016

KERTAS KERJA PROGRAM ”KE ARAH GENERASI LESTARI”

SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG CAMPURAN
JALAN IKAN JELAWAT
68000 AMPANG
SELANGOR DARUL EHSAN
 


KERTAS KERJA
PROGRAM
”KE ARAH GENERASI LESTARI”

1.0 PENGENALAN
           
            Program ”Ke Arah Generasi Lestari” merupakan program pembangunan pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan di peringkat sekolah atas saranan Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah pelaksanaan program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar 2009/2010.
            Program ini dilaksanakan ke arah menerapkan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan generasi muda pada masa kini khususnya murid-murid di peringkat sekolah rendah. Integrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam program ini dapat menyediakan murid dan guru dengan suasana dan budaya pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan alam sekitar.
            Program ini juga dapat mempraktikkan konsep sekolah dalam taman yang mana proses penghijauan sekolah dijalankan secara menyeluruh dengan mewujudkan dan memanfaatkan sepenuhnya sudut-sudut dan lokasi-lokasi tertentu dalam kawasan sekolah. Terdapat beberapa sudut yang menjadi platform penting ke arah melestarikan Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran seperti kolam ikan yang menjadi habitat ikan air tawar, taman herba, taman Sains, taman sayuran dan rumah kitar semula.
            Program  ”Ke Arah Generasi Lestari ” dapat memberi nilai tambah kepada program pendidikan alam sekitar yang telah dilaksanakan di sekolah sebelum ini sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi. Pelaksanaan program ini mampu memberi impak yang positif dalam membentuk masyarakat yang cintakan alam sekitar fizikal di samping telus dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.

2.0 RASIONAL
2.1       Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan daya kesedaran dan sensitiviti semua lapisan warga Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam.
2.3       Program ini juga mampu memberikan pendedahan terhadap isu-isu semasa alam sekitar secara global.
2.4       Program ini dapat membantu golongan pendidik dalam membimbing murid akan tanggungjawab dan peranan mereka terhadap alam sekitar.

3.0 MATLAMAT
            Memberi pendidikan alam sekitar secara berterusan melalui pembangunan dan pemantapan program yang berteraskan alam sekitar berlandaskan pembentukan Sekolah Lestari.

4.0 OBJEKTIF
Program ini bertujuan:
4.1       Membudayakan pendidikan alam sekitar dengan penerapan nilai murni alam sekitar dari aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan berterusan untuk mewujudkan amalan hidup yang sejajar dengan konsep pembangunan lestari.
4.2       Menggalakkan jalinan pemuafakatan antara semua lapisan warga Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran  bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), agensi kerajaan, agensi swasta, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.
4.3       Menyediakan suasana yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang berkeperibadian diri yang unggul.
4.4       Memberi guru ruang untuk menggunakan stesen-stesen alam sekitar secara maksimum sebagai proses pengajaran dan pembelajaran.
4.5       Memberi galakan kepada warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti mesra alam dan aktiviti penjimatan sumber.

5.0       SASARAN   
            Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran














6.0 PENDAPATAN
ANGGARAN BELANJAWAN

BIL
­PENDAPATAN
RM

PERBELANJAAN
RM
1.
PIBG
3000

Pameran Herba

2000
2.
Bapa Angkat 1
En. Razali Ahmad
5000

Simen Fero
5000

Bapa Angkat 2
En. Syeikh Aziman
1000

Terminal Program ‘Ke arah Generasi Lestari’
1000
3.
Hadiah Kejayaan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan
5000

Teratak Kitar Semula
5000
4.
Sumbangan Orang Ramai/Orang Perseorangan
1000

Miniature Garden
500
5.
Sumbangan Dari Pengusaha Kantin
1000

Pasu
400
6.
Kedai Buku sekolah
1000

Projek Mural
- Cat
700
7.
Sumbangan
- Kepakaran
- Perkhidmatan


Banner
300
8.
Sumbangan Cenderamata untuk Pertandingan


Alat Tulis (Kertas Warna, Kertas A4, plastik laminate, dll)
500
Anak Benih
500
Biji Benih
300
Tanah
700
Polibag
100
JUMLAH
17 000

JUMLAH
17 000

           





7.0  AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi                 : Pn. Hajah Che Hatijah Bt. Mohd Ibrahim

Timbalan
Pengerusi                 : Pn. Zubaidah Bt. Mat Janum
Penyelaras                : Cik Nor Rafizah Bt. Ramli
Penolong
Penyelaras                : En. Mohd Hanif B. Abdullah
Setiausaha               : Cik Siti Alisah Bt. Arbaei
Penolong
Setiausaha               : En. Mohamad Yusoff B. Shamsuri.

7.1       Jawatankuasa Kecil/ Pelaksana
            Taman Sains
            Kelab /Persatuan Sains
            Panitia Sains

            Kolam Ikan Pn. Hjh Rozaidah
            Kelab/ Persatuan Kemahiran Hidup
           
            Taman Sayuran (Taman Agro)
            Panitia Kemahiran Hidup
            Taman Herba
            En. Abu Bakar B. Hamjah
            En. Hanif b. Abdullah
            Cik Siti Alisa Bt. Arbaei
            Cik Nor Rafizah Bt. Ramli
           
8.0  PENUTUP
Melalui program ini, konsep pembangunan lestari menjadi satu platform kepada warga sekolah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di samping dapat memperoleh input dan output yang berguna khususnya kepada murid  ke arah mencapai status Sekolah Lestari.




Disediakan oleh:                                                      Disemak oleh:
_____________________                                     _____________________
(Nor Rafizah Bt. Ramli)                                          ( Pn. Hjh. Che Hatijah Bt  Mohd Ibrahim)
Penyelaras                                                                Guru Besar
Program ”Ke Arah Generasi Lestari”                    SK Ampang Campuran
SK Ampang Campuran                                          Ampang, Selangor.

Ampang, Selangor.

No comments: