Sunday, December 25, 2016

CERITERA ROKOK

CERITERA ROKOK
Aku adalah sebatang rokok yang amat merbahaya. Di dalam badanku mengandungi beribu-ribu bahan kimia beracun yang boleh membunuh hanya melalui asap yang aku keluarkan. Antara bahan yang terkandung di dalam badanku adalah metanl, yang merupakan bahan api. Karbon monoksida yang merupakan asap kereta, arsenik yang merupakan racun tikus, ammonia yang merupakan bahan pencuci lantai, sianida yang merupakan racun yang paling berbisa dan banyak lagi bahan yang boleh membunuh hanya melalui asap yang aku keluarkan. Asap yang aku keluarkan mempunyai hampir 4000 bahan kimia beracun dan 53 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser.
Aku amat sedih kerana 50% daripada golongan lelaki di Malaysia menjadikan aku teman dan makanan harian mereka. Perokok dari golongan remaja dan wanita pula semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah yang berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba untuk merokok, dan 70% dari golongan ini akan menjadi perokok tetap  apabila meninggalkan alam persekolahan. Yang paling membimbangkan aku adalah 61% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Mengapa??? Kenapa???? Aku masih wujud kini. Musnahkanlah aku…. Bunuhlah aku… sebelum aku membunuh warisanmu. Wahai manusia yang budiman, tolonglah aku……… jauhilah aku. Aku tidak mahu menjadi pembunuh yang paling kejam di dunia ini.
Wahai manusia yang menghisap rokok, tidakkah kau ketahui bahawa aku boleh membunuh anakmu… isterimu… dan semua orang yang kau sayang. Malahan aku juga boleh membunuh dirimu tanpa kasihan.
Aku hiba melihat anakmu yang menangis kerana kehilangan bapanya dalam usia yang terlalu muda. Ingatlah manusia, janganlah engkau rosakkan dirimu dengan ketagihan. Berhentilah sebelum terlambat. Selamatkanlah diri dan orang yang kau sayang… Bergembiralah.. Bersyukurlah…. Selagi Allah memberikan engkau kesempatan.
Jauhilah aku… Bencilah aku…. Bunuhlah aku… Aku rela semata-mata untuk kebahagiaanmu…
Kawan-kawan, mahukah anda menjadikan rokok sebagai teman hidup anda? Sudah tentu tidak mahu, bukan? Oleh itu, pengajaran daripada cerita ini ialah jangan sesekali mendekati rokok kerana rokok membawa padah.
                                    Sumber : Kementerian Kesihatan

No comments: