Friday, January 2, 2015

LAPORAN BENGKEL DIDIK HIBUR PANITIA BAHASA MALAYSIA 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG CAMPURAN
TARIKH                                 :           29 Disember 2014
MASA                                     :           1.30-2.30 petang
TEMPAT                               :           Pusat Sumber
KUMPULAN SASARAN    :           Semua Guru Bahasa Malaysia SKAC
RASIONAL                           :          
Memberi pendedahan kepada guru Bahasa Malaysia  tentang pendekatan Didik
Hibur dalam proses pengajaran Bahasa Malaysia.
OBJEKTIF UMUM              :          
Guru diberi pendekatan tentang sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana
dalam didik hibur terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik,
lakonan dan sebagainya.
OBJEKTIF KHUSUS         :                      
i.              Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur.
ii.            Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita.
iii.           Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.
PENCERAMAH                   :           Pn. Rozita binti Shahidin

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:  
i.              Pelaksanaan diadakan pada hari Isnin, 29 Disember 2014 untuk semua guru Bahasa Malaysia.
ii.            Guru-guru diberi pendedahan tentang pendekatan didik hibur yang merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia.
iii.           Guru-guru didedahkan dengan cara menulis PRH.
iv.           Guru-guru diterangkan mengenai aktiviti yang menarik dan pelbagai seperti nyanyian, lakonan, main peranan dan sebagainya.
REFLEKSI    :
1.     Kekuatan
Program  ini  merupakan salah  satu  daripada  aktiviti  panitia yang  telah dirancang  bagi  tujuan  membimbing  dan  memberi  keyakinan  kepada  guru – guru  yang  mengajar  mata  pelajaran  Bahasa  Malaysia tentang pendekatan didik hibur. Oleh  itu , objektif  dan  hala  tuju  program  ini  jelas  kelihatan  serta  pelaksanaannya  mempunyai  kaitan  dengan  kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia.
Pengurusan bengkel berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua guru-guru Bahasa Malaysia SKAC.

2.    Kelemahan
Masa tidak mencukupi untuk mendedahkan kepada guru-guru Bahasa Malaysia tentang semua aktiviti-aktiviti didik hibur yang boleh dipraktikkan di dalam kelas.

3.    Cadangan Penambahbaikan
Program ini akan diadakan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti lakonan, bercerita, nyanyian dan pantun empat kerat.
KESIMPULAN
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan menghiburkan dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

DISEDIA  OLEH,                                                     
..............................................................                     
Pn. Rozita binti Shahidin                                                                                      
Guru Bahasa Malaysia 2015
SK Ampang Campuran     
                                   
DISEMAK OLEH,                                                    
..............................................................                     
Pn. Roseta binti Che Ros                                                                         
Ketua Panitia Bahasa Malaysia
SK Ampang Campuran     

DISAH OLEH,
............................................................
Pn. Hajah Che Hatijah binti Mohd Ibrahim
Guru Besar,

SK Ampang Campuran