Sunday, June 2, 2013

Cuti sekolah pertengahan tahun

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tidak meninggalkan sesuatu coretan di blog ini.. Almaklumlah kebizian ... Tahun ni tahun ke empat saya menjadi seorang guru dan telah diamanahkan satu tugas penting oleh pihak pentadbir iaitu sebagai penyelaras Upsr.... Kalau ikutkan hati mmg taknak tapi amanah dan tanggungjawab yang diberi kenalah ditunaikan kan kan....

Dah masuk bulan june.. Ini bermakna UPSR makin hampir... Bagaimanalah agaknya keputusan tahun ini...? Tahun ni saya mengajar murid2 kelas hujung... Walaupun tak ramai tapi sorang budak banyak perangainya... Mmg pening juga dan selalu juga cikgu Rozita ni naik angin... Apa2pun saya berharap ramai murid SKAC yang akan mendapat 5A pada tahun ini....


Lupakan seketika cerita Upsr....

Cuti pertengahan tahun sudah bermula.. Pada mulanya agak frust sbb tak dapat bercuti ke mana2... Oleh itu, mama bawa anak2 gi carefour, jaya jusco, tesco... Saja nak hiburkan hati dorang... Baba sibuk keje... Tapi dengan kesibukan baba jugalah kami dapat bercuti di sini... Tak payah bayar lagi... Macammana tu? Baba kena outstation kat PD ni je... Jadi kitaorg ikutlah sekali... Alhamdullillah dapat juga anak2 bercuti, mandi pool dll....