Monday, April 2, 2012

Last day

Hari ini ialah hari terakhir cuti mama... Mama akan mula bekerja esok... Mmg syok bercuti selama kira-kira 4 bulan setengah.. Tak pernah mama cuti sebanyak ini. Alhamdullillah rezeki baby, dapat cuti panjang. Cuti ini bermula dari bulan November 2011 , waktu tu mama tengah sarat mengandung, memang eloklah duduk di rumah sahaja. Lepas tu bila sekolah bermula, mama terus sambung cuti walaupun mama belum bersalin. Waktu tulah mama uruskan hal2 persekolahan dua orang anak dara mama tu... Dn bila dah bersalin, of courselah mama cuti bersalin.

Adeeb akan dijaga oleh jiran merangkap isteri tok penghulu kampung ni.... Mama berharap sangat Adeeb dijaga dengan baik.. Dan harap2 Adeeb tidak menimbulkan masalah kepada nenek baru Adeeb tu... Setakat yang mama jaga, adeeb memang tak banyak masalah. Adeeb jarang menangis, tak banyak karenah.. Pendek kata, adeeb seorang budak yang baik... Alhamdullillah.. Dan semoga keadaan ini berterusan. Mama doakan adeeb akan selamat dan dijaga dengan baik.

Nadeea pula akan transit di rumah menantu nenek yang jaga adeeb tu... Harap2 nadeea pun ok di situ. Nabeela akan balik rumah sendiri... Mama doakan anak2 mama akan selamat dan sihat walau dimana mereka berada.... Mama sayang ketiga2nya....

Mulai esok rutin harian mama akan berubah... Mama akan hantar nabeela ke sekolah dan mama terus ke sekolah mama. Nadeea pula akan dijemput oleh acik mimi untuk ke sekolah (sebelum ni baba yang hantar). Dan adeeb akan dihantar oleh baba ke rumah pengasuh... Bukan apa, kalau mama yg hantar, pukul 7 pagi adeeb dah terpacak di rumah pengasuh.. Sian pulak, awal pagi sgt.... Baba bolehlah hantar lewat sikit dalam pukul 8 pagi.....

Semoga semuanya berjalan lancar... Dan yang paling penting, nabeela, nadeea dan adeeb selamat walau di mana jua anak2 mama berada ........