Monday, February 27, 2012

Day 44

Alhamdullilah harini hari yang ke 44, hari terakhir berpantang..... Esok dah freedom.... Actually mama tak fully berpantang pun... Takde bertungku... Cuma berurut selama 7 hari.. Berbengkung (itupun tak sepenuhnya... Sbb malas sikit nak pakai, kadang2 tak sempat pakai... Dan kesannya perut buncit.. Padan muka mama... He..he...)

Makan pun seadanyalah sbb mama berpantang sendiri... kdg2 tak sempat nak masak... Iyelah nak jaga baby, nak itu, nak ini... Biasalah seorang suri rumah kan.... Mama berpantang kat kampung selama 2 minggu je... Selebihnya kat rumah Ampang ni....

Rasanya mama x nak mengandung lagi kot... Dah dapat baby boy dah.. Lagipun atas faktor usia.. 36 tahun dah........

Monday, February 13, 2012

Adeeb dah botak

Adeeb dah botak..... Pagi Jumaat lepas mama dan baba gunting dn cukur rambut Adeeb.. Susah juga sbb rambut Adeeb lebat... Hampir dua jam baru selesai ..... Lps tu kepala Adeeb naik ruam... Sian Adeeb......

Tuesday, February 7, 2012

Majlis aqiqah


Malam tadi diadakan majlis aqiqah dan kenduri arwah atuk Maarof sekali. Ramai tetamu yang datang. Sempena majlis aqiqah ni, 2 ekor kambing telah disembelih, dimasak dan diagih-agihkan kepada para tetamu. Terima kasih kepada mak long, usu dll yang memasaknya. Hidangan makan selepas kenduri ialah nasi lemak dan kuih - muih... Kakak nabeela dan nadeea mmg suka nasi lemak.... Mama je tak boleh makan.. Bukan apa takut ada belacan ke kat sambal tu.....

Goodies yang diberikan untuk tetamu ialah botol air dan kismis... Botol air tu ada 4 warna iaitu merah, pink, hijau dan biru.. Selain itu, para tetamu juga dapat nasi ambeng....

Mama tak sempat nak ambil gambar sepanjang majlis tersebut... Orang ramai sgt... Apapun Alhamdullillah... Majlis dah selesai.... Dan Adeeb akan dicukur botak...... Camnerlah agaknya muka anak bujang mama bila botak nanti...

Wednesday, February 1, 2012

Saya dah bersalin

Alhamdullillah saya dah bersalin pada 15 jan 2012. Lepas bersalin saya berpantang di Ijok selama seminggu, di Banting juga seminggu... Selebihnya berpantang sendiri di Ampang.. Sebab utamanya ialah anak2 sekolah.. Itupun dorang ponteng sekolah seminggu.... Seminggu lagi tu mmg cuti sempena raya cina..... Nak tau cite saat melahirkan boleh jenguk kat blog lg satu.....
Blog ada dua tapi malas nak update..he..he... Mana sempat nak update.... Sibuk ngan baby baru ni...

Biodata baby
Nama : Muhammad Adeeb
Berat waktu lahir : 3.08 kg
Jantina : boy
Tempat lahir : Hospital Ampang


Oklah sampai sini dulu.. Ni pun updated kul 5 pagi selepas nyusukan baby......