Friday, January 6, 2012

Macam-macam

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012.... Semoga tahun ini memberi lebih keceriaan kepada kita semua. 2011 meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit. Dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah kami sekeluarga kehilangan abah .. Abah mertua telah kembali ke rahmahtullah pada 24 Disember 2011. Al-Fatihah untuk Allahyarham Tuan Haji Maarof bin Amat Suheimey.......


Bulan Januari mama bakal melahirkan seorang lagi cahayamata. Walaupun hari ini sudah genap 39 minggu, tapi mama masih belum bersalin. Mungkin disebabkan masanya belum tiba. Lagipun mama perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan persekolahan anak-anak. Mama dan baba perlu menguruskan persekolahan anak-anak di sekolah baru, mendaftar sekolah agama, menguruskan transport anak-anak dan lain-lain. Alhamdullillah semuanya hampir selesai.. ada beberapa perkara lagi iaitu urusan transport dan sekolah agama untuk Nabeela. Setakat ni Nabeela belum lagi bersekolah agama sbb tiada kekosongan di sekolah tersebut iaitu di KAFA Integrasi al-Wahidah. Urusan van juga baru mama nak uruskan tengah hari nanti.

Untuk Nadeea pula, dia sudah mula bersekolah di KAFA Integrasi al-Wahidah. Urusan transport untuk Nadeea juga sudah selesai. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Mama harap Nabeela dan Nadeea akan gembira dan selesa dengan sekolah baru. Setakat ni, respon yang diberikan oleh keduanya mengenai sekolah baru positif. Alhamdullillah. Semoga anak-anak mama pandai menjaga diri terutama sewaktu pergi sekolah, di sekolah dan balik sekolah.

Mama walaupun belum bersalin tapi tetap ambil cuti bersalin awal. Ini untuk memudahkan mama menguruskan anak-anak. Dan juga memberi peluang mama berehat dan menenangkan fikiran sementara menunggu bersalin...

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Permudahkanlah proses aku bersalin.. Kurangkanlah kesakitanku sewaktu melahirkan bayi ke tigaku... Amin...

No comments: