Friday, January 13, 2012

Genap 40 minggu

Usia kandungan mama harini genap 40 minggu, tapi mama masih belum melahirkan baby.. cerita lanjut sila klik di sini.

Memang mama ambil cuti awal walaupun mama masih belum bersalin. Ramai yang kata, rugilah sebab nanti kena naik awal. Takpelah.. bagi mama tak rugi, sebab mama gunakan masa ini untuk uruskan anak-anak perempuan mama tu. Uruskan sekolah baru dorang iaitu SK Taman Kosas dan KAFA Integrasi Al-Wahidah.. Serta uruskan urusan transportation dorang... Alhamdullillah setakat hari ni, beberapa masalah dapat diatasi.

Berkenaan sekolah baru anak-anak, setakat ni anak-anak memberi respon yang positif. Alhamdullillah. Walaupun agak lewat Nabeela masuk sekolah KAFA, tetapi Alhamdullillah dapat juga Nabeela belajar di situ kerana sebelum ni dorang tak nak terima sbb sudah penuh. Mama dan baba taknaklah Nabeela dan Nadeea berasingan sekolah.... Itu yang mama merayu juga agar Nabeela diterima di sekolah tersebut. Jika dibandingkan dengan KAFA yang lama, memang agak jauh beza dari segi yuran bulanan dan lain-lain. Sudah tentu KAFA sekarang ni lebih mahal ... takpelah asalkan anak-anak dapat belajar dengan selesa.

Berhubung dengan soal pengangkutan pula, adalah beberapa masalah sedikit diawalnya. Tapi Alhamdullillah semuanya selesai. Walaupun terpaksa bayar lebih mahal, tetapi perkhidmatan yang diberi memuaskan.. sudah tentu ok bukan.....

Dah 2 bulan mama bercuti (campur ngan cuti sekolah haritu).. dan InsyaAllah mama akan sambung cuti 2 bulan setengah lagi........... Bila difikirkan memang best cuti panjang-panjang, tapi bila nak mula semula tu yang agak payah tu kot.. takut lupa skill mengajar.. he...he.... Alhamdullillah pihak pentadbir memahami keadaan mama, dah yang paling menggembirakan mama tak perlu ajar tahun 6 pada tahun ni..... dah tak perlu jadi Ketua Panitia Bahasa Melayu... Alhamdullillah..........

Friday, January 6, 2012

Macam-macam

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012.... Semoga tahun ini memberi lebih keceriaan kepada kita semua. 2011 meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit. Dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah kami sekeluarga kehilangan abah .. Abah mertua telah kembali ke rahmahtullah pada 24 Disember 2011. Al-Fatihah untuk Allahyarham Tuan Haji Maarof bin Amat Suheimey.......


Bulan Januari mama bakal melahirkan seorang lagi cahayamata. Walaupun hari ini sudah genap 39 minggu, tapi mama masih belum bersalin. Mungkin disebabkan masanya belum tiba. Lagipun mama perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan persekolahan anak-anak. Mama dan baba perlu menguruskan persekolahan anak-anak di sekolah baru, mendaftar sekolah agama, menguruskan transport anak-anak dan lain-lain. Alhamdullillah semuanya hampir selesai.. ada beberapa perkara lagi iaitu urusan transport dan sekolah agama untuk Nabeela. Setakat ni Nabeela belum lagi bersekolah agama sbb tiada kekosongan di sekolah tersebut iaitu di KAFA Integrasi al-Wahidah. Urusan van juga baru mama nak uruskan tengah hari nanti.

Untuk Nadeea pula, dia sudah mula bersekolah di KAFA Integrasi al-Wahidah. Urusan transport untuk Nadeea juga sudah selesai. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Mama harap Nabeela dan Nadeea akan gembira dan selesa dengan sekolah baru. Setakat ni, respon yang diberikan oleh keduanya mengenai sekolah baru positif. Alhamdullillah. Semoga anak-anak mama pandai menjaga diri terutama sewaktu pergi sekolah, di sekolah dan balik sekolah.

Mama walaupun belum bersalin tapi tetap ambil cuti bersalin awal. Ini untuk memudahkan mama menguruskan anak-anak. Dan juga memberi peluang mama berehat dan menenangkan fikiran sementara menunggu bersalin...

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Permudahkanlah proses aku bersalin.. Kurangkanlah kesakitanku sewaktu melahirkan bayi ke tigaku... Amin...