Friday, December 23, 2011

IJN


Harini baba cuti sebab bapa mertuaku menjalani operation jantung. Semoga abah selamat menjalani pembedahan. Abah masuk dalam kul 7 lebih pagi tadi. Dengarnya dalam 7 jam kat operation room tu. Kepada ibu mertuaku dan ipar2ku serta biras2ku.... sabar ye... kita doakan sama2 semoga semuanya berjalan lancar dan abah selamat dibedah.

Abah masuk IJN hari Isnin lepas. Tapi baru semalam baru mama dan anak2 sempat melawat abah. Biasanya baba dari opis terus melawat abah. Tapi semalam baba balik awal sikit, amik kitaorg dan pegi melawat abah. Nampak keadaan abah ok...

Dengarnya lepas operation, abah kena duduk kat ICU for 24 hours. Mungkin tujuannya utk abah berehat kot. Untuk my MIL, sabar ye banyak2. InsyaAllah semuanya akan selamat dan InsyaAllah saya tak akan menyusahkan mak sewaktu saya berpantang nanti. Abah lebih memerlukan jagaan mak.......

Semalam mak cakap perut mama ni dah ke bawah dan tak lama lagi kot nak bersalin.... cerita lanjut click sini ok.

Agak mahal weh.....

Haritu kerani SKTK tu kata nak telefon mama untuk beritahu kelas mana yang bakal Nabeela dan Nadeea belajar.. tapi hampeh.. Udahnya mama call sekolah, tapi talian pun hampeh.. Dan semalam, mama pun pergi jelah ke sekolah.

Nabeela dapat kelas 4 Diamond dan Nadeea dapat kelas 2 Jade. Setelah tahu kelas mana, mama pun membeli buku2 dan alat2 lain yang berkaitan. Actually mama tak kisah dengan buku2 yang telah ditetapkan oleh guru2 sekolah tersebut. Cuma yang agak tak puas hati ialah.. budak kedai buku tu kata buku2 tersebut sekali dengan pakej file, pensel khat, pembalut buku dll... Udahnya kena bayar sekali file, pensel, pembalut buku dll lain2 tu. Tu yang menjadikannya mahal tu... Jumlah yang perlu dibayar semua ialah RM270.50. Nasib baik cukup duit.

Monday, December 19, 2011

SK Taman Kosas


Inilah dia sekolah baru anak-anak iaitu SK Taman Kosas. Hari Jumaat lepas, mama dah ke SKTK untuk mendaftar anak2 di situ. Fail peribadi juga sudah diserahkan kepada kerani di situ. Sekarang mama hanya tunggu panggilan dari SKTK untuk mengetahui kelas mana anak2 akan belajar. Lepas tu bolehlah mama membeli buku-buku.

Mama harap sangat2 anak2 akan selesa belajar di sini. Dapat kawan2 yang baik2 dan cikgu2 yang baik2. Mudah2an sangat takde apa2 masalah. Sebelum ni anak2 kalau ada masalah senang nak bagitau mama sbb mama satu sekolah dengan dorang. Lepas ni dorang kena cuba selesaikan dulu masalah sendiri. Takpe.. anak2 mama boleh... anak2 mama dah besarkan.... cubalah berdikari.... love u alls.......

Friday, December 16, 2011

36 Minggu

Alhamdullillah.. sudah 36 minggu... please click here for more stories....

Thursday, December 15, 2011

Cerita 14 disember 2011

Semalam selepas selesai urusan check-up di Hospital Ampang, kami sekeluarga ke SKAC untuk mengambil borang pindah sekolah anak2 yang sudah disahkan oleh GB. Lepas tu kami ke Carrefour untuk mengalas perut dan membeli beberapa barang keperluan rumah. Then kami bergegas ke PPDHulu Langat untuk proses perpindahan sekolah ini.

Anak2 akan berpindah ke sekolah baru iaitu SK Taman Kosas. Mama berharap sangat anak2 akan gembira di sekolah baru ini. Harap2 dorang dapat kawan2 yang baik dan guru2 yang baik2. Mama terpaksa pindahkan dorang ke sekolah ini kerana sekolah ini paling dekat dengan rumah. Ini adalah kerana mama akan bercuti bersalin selama 3 bulan. Sepanjang tempoh itu, agak susah kalau baba nak menghantar ke sekolah lama. Jadi kami ambil keputusan untuk memindahkan anak2 ke sekolah baru. Ada juga perkhidmatan van yang boleh menghantar dan mengambil mereka. Semoga keputusan mama dan baba ini adalah yang terbaik buat anak2.

Monday, December 12, 2011

35 Minggu


Kandunganku menghampiri 36 minggu. Untuk cerita lebih lanjut please click here.