Wednesday, November 30, 2011

Lucky Draw

16 November yang lepas, SKAC mengadakan majlis makan malam untuk semua guru-guru dan kakitangan. Selain makan-makan, aktiviti lain yang diadakan ialah penyerahan sijil dan hadiah untuk ahli BKGK, majlis hari jadi untuk yang lahir pada bulan Julai hingga November (yang paling best, 16 Nov memang my birthday), karaoke, lucky draw dll.

Bercerita tentang lucky draw, inilah yang saya dapat. Memang dalam kategori grand price. Tak pernah dapat yang grand2 sebelum ni. Mungkin juga hadiah for my birthday. Bolehlah saya gunakan sewaktu berpantang nanti. Syukur Alhamdullillah...

UPSR 2011

17 November 2011 keputusan UPSR sudah diumumkan. Alhamdulillah seramai 25 orang calon UPSR SKAC mendapat 5A, dan 13 orang mendapat 4A,1B. Memanglah agak ketinggalan berbanding sekolah-sekolah lain tapi jumlah ini amat membanggakan cikgu2. Sepanjang 25 tahun SKAC, ini merupakan tahun yang terbaik.

Saya baru tahun ini diberi tanggungjawab mengajar tahun 6. Alhamdullillah keputusan untuk pemahaman dan penulisan bagi kelas yang saya ajar amat memberangsangkan.

Berikut adalah statistiknya:

6 Arif

Bilangan murid 41 orang, dan daripada 41 orang ini, 40 orang mendapat A bagi pemahaman dan penulisan.

6 Bestari

Bilangan murid 41 orang

Pemahaman – 32 orang mendapat A, 7 orang mendapat B dan 2 orang mendapat C

Penulisan – 38 orang mendapat A, dan 3 orang mendapat B

Syukur Alhamdullillah. Berkat usaha kita bersama…..





Yang mendapat 5A. Antaranya Jamal, Aizat, Aliff, Buhari, Farid,Syairazi, Harieharan, Aiman, Farah, Siti, Hazzira, Anqia, Nik, Najwa, Shamirah, Maida, Fatin, Aini, Adlina, Nazurah, Syadiyah, Filzah, Syuhada, Hanie dan Kurniati.

Yang mendapat 4A, 1B pula ialah Mahendra, Mustakim, Aziem, Alif Yusuf, Danial, Salwa, Anis Diyana, Anis Shahirah, Adam, Masturina, Akhbarikha, Izzah dan Farahanie.

Tuesday, November 29, 2011

Wet World Shah Alam

Semalam adalah public holiday sempena Awal Muharam. Kami menghabiskan masa cuti semalam di Wet World Shah Alam. Ya Allah.. ramainya umat manusia di Wet World ni. Nak masuk pun kena beratur panjang.. Nasib baik ada yang tukang beratur utk beli tiket iaitu Pak Su....

Dah masuk dalam, takde tempat kosong nak lepak. So lepak ajelah kat mana 2 penjuru yang ada. Sy macam biasalah tak mandi, lagipun badan dah sarat ni.. bahaya pulak kan. So kena jaga beg sambil ditemani my adik ipar (dia pun tak mandi sbb baru je mengandung.. so bahaya jugak kan)...

Dah cuti sekolah, memang mahallah charge dia. Dewasa RM15 dan kanak-kanak RM12. Lebih RM3 berbanding hari biasa. Tapi kira murah jika dibandingkan dengan mana2 water park atau wet world yang lain.

Kita layan ajelah gambar2 yang sempat diambil ye.

Sementara menunggu pak su beratur beli tiket


Baba menemani anak2 mandi. Pelampung tu harga sewanya RM20. Deposit Rm20. So kena bayar RM40 untuk mendapatkannya.. Mahalkan..










Friday, November 25, 2011

Mengisi masa cuti

Harini bawa anak-anak ke PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) yang terletak di Water Front Ampang (bersebelahan dengan Satay Station). Baru je library ni dibuka. Keadaan dalamnya memang cantik. Cuma masih kekurangan buku. Anak-anak boleh membaca, melayari internet dan lain-lain. Saya pun layan membaca majalah2 yang disediakan. Layan ajelah gambar-gambar yang sempat diambil.











Thursday, November 24, 2011

Cuti sekolah sudah bermula

Ya... Cuti sekolah sudah bermula. Time2 agak sarat ni, takleh buat keja berat2 dan takleh nak berjalan sakan. Bukan apa, penat beb.. Tapi pagi tadi banyak gak kerja kemas-mengemas yang sy buat.. lepas tu dalam kul 11.30 pagi, badan dah 'pancit'....

Anak-anak pun dah agak besar, dah boleh main sendiri.. setakat ni tak plan apa2 lagi untuk dorang. InsyaAllah Isnin depan bawa dorang ke Wet World Shah Alam untuk mandi manda. Selebih hari cutinya belum plan apa2 lagi. InsyaAllah jika ada kerajinan, bawak dorang gi Library. Mama nak berjalan sakan pun, dah tak berapa larat.

Perut dah makin besar, baby dalam perut makin lasak. So saya lebih banyak berehat. Lebih kurang 50 hari je lagi untuk kehadiran baby baru dalam keluarga bahagia kami. Semakin hari, semakin takut sebenarnya. Almaklumlah dah lebih 7 tahun tak bersalin. Apapun, semoga semuanya berjalan lancar... dan semoga mama dan baby selamat.

Wednesday, November 23, 2011

Tahniah anak-anakku

Hari Anugerah Cemerlang berlangsung pada 12 November 2011. Tahniah kepada Ainnur Nabeela yang mendapat tempat ke dua.






Majlis Ihtifal Kafa Integrasi Al-Irsyad pula berlangsung pada 18 November 2011. Tahniah kepada Nabeela yang mendapat tempat pertama. Manakala Nadeea pula mendapat tempat ke dua.

Ainnur Nabeela bt Abdul Haleem



Ainnur Nadeea bt Abdul Haleem

Wednesday, November 16, 2011

My birthday

Alhamdullillah.. sudah 35 tahun, aku bernafas di dunia ini. Terima kasih buat ibuku, Puan Siti Jarah yang telah melahirkanku 35 tahun yang lepas... Terima kasih mak...


Semalam ada jamuan kelas, dah potong kek sekali... hari ni pun potong kek lagi sekali... Malam ni ada dinner SKAC... potong kek lagi sekali.... 3 kali potong kek...

potong kek semasa jamuan kelas 6 bestari

potong kek lagi bersama sebahagian murid kelas 6 bestari


potong kek semasa dinner SKAC di Agrotek Resort, Hulu Langat