Saturday, February 5, 2011

Cuti CNY

2 Februari 2011

Birthday anak sulungku tapi tak buat apa2 majlis.. baba masih bekerja.. mama dan anak-anak sahaja di rumah.

3 Februari 2011

Kami sekeluarga termasuk semua ahli keluarga banting berkunjung ke rumah adik lelaki aku yg baru berkahwin... saja nak tengok umah dia... Kami dijamu bihun sup.

Selepas itu, semua ahli keluarga Banting datang ke rumahku iaitu di Ampang ni. Semuanya kecuali ameng dan isteri tidur di rumahku yg tak berapa besar ni...

4 Februari 2011

Kami semua ke Zoo negara.. saja berjalan ke sana. Emakku teringin sangat nak ke Zoo. Bayaran masuk untuk orang dewasa ialah RM 20.00. Kanak-kanak pula RM6.00. Warga emas pula hanya RM4.00. Ada pertunjukkan singa laut.. best.. Kami tak berjalan satu zoo, kami naik perkhidmatan tram yang disediakan. Bayarannya ialah RM3.00 untuk dewasa dan RM 2.00 untuk kanak-kanak.
(nak download gambar dan tepek kat sini tapi ada masalah sikitle..., aku pun tak tau kenapa)

Pastu semua ahli keluarga Banting balik ke Banting. Aku dan anak-anak lepak di Aeon AU2 sementara menunggu baba gi sembahyang Jumaat.

5 Februari 2011

Hari ni baru nak balik Ijok... mungkin petang ni...

Thursday, February 3, 2011

happy birthday

Semalam BIRTHDAY anak sulungku. HAPPY BIRTHDAY SAYANG.... DAH SEMBILAN TAHUN UMURMU... MOGA ANAKKU MENJADI ANAK YANG SOLEHAH.. TAAT PADA IBU BAPA DAN TAAT PADA ALLAH. MOGA DAPAT JADI CONTOH PADA ADIK2. WALAUPUN MAMA SELALU MARAH, TAPI MARAH TU TANDANYA SAYANG.... MAMA, BABA DAN ADIK AKAN SENTIASA MENYAYANGIMU....