Saturday, January 22, 2011

Citer CR

I'm back....... Apa khabar semua yg sudi membaca blog aku ni. Dah 3 minggu sekolah bermula, jadi tugas2 aku sebagai seorang guru kembali sibuk. Sibuk ngan urusan guru kelas, urusan p&p dan macam-macam lagi. Kalau korang nak tau aku selalu stay dari pagi sampailah ke petang (masuk ngan guru2 sesi pagi dan balik ngan guru2 sesi ptg)... adakah aku terlebih rajin??? tak rajin pun.. cuma terpaksa sebabnya aku ngajar pagi.. anak2 pulak sekolah ptg.... Ada kalanya aku balik umah dan ptg dtg sekolah semula jemput anak2 aku... begitulah rutin harian aku. Yg aku rasa amat memenatkan.

Citer pasal umah pulak.. Dah lebih sebulan duduk ngan umah ampang ni. Alhamdullillah baik2 saja. Yg penting aku dan hubby senang nak ke tempat keje sbb lebih dekat dengan umah. Tapi aku rindu gak aku kat umah Puchong tu.. Umah tu tak disewakan lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dibuat sebelum aku menyewakannya kepada org lain. Tapi mmg 'sakitlah' nak bayar untuk dua buah rumah sekaligus...

Citer pasal kereta pulak. Aku masih setia ngan savvy merah aku tu.. Meter dah nak menjangkau 60,000km. Apa maknanya tu??? Aku dah nak kena servis kete tu (major service lak tu - siap nak kena tukar timing belt).. Aku survey harga.. mau nak mencecah RM 1000 - Rm 1300... Adui.... memang kena keluar duit lagi... Ada sesapa nak sponsor tak??

Citer pasal anak2.. Anak aku masih lagi dua. Belum ada rezeki utk tambah anak lagi. Pasti ada hikmahnya. Apapun aku dan suami akan terus berusaha..... Anak2 aku yang dua org tu pun dah bersekolah rendah. Nabeela dalam darjah 3, manakala Nadeea pula dalam darjah 1. Nabeela dilantik sebagai pengawas untuk SK dan KAFA. Semoga akak dapat menjalankan tugas sebaiknya. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar jangan dilupa pulak.

Citer pasal suami pulak...he...he..he Aku makin sayang kat dia... Love you baba...