Friday, December 23, 2011

IJN


Harini baba cuti sebab bapa mertuaku menjalani operation jantung. Semoga abah selamat menjalani pembedahan. Abah masuk dalam kul 7 lebih pagi tadi. Dengarnya dalam 7 jam kat operation room tu. Kepada ibu mertuaku dan ipar2ku serta biras2ku.... sabar ye... kita doakan sama2 semoga semuanya berjalan lancar dan abah selamat dibedah.

Abah masuk IJN hari Isnin lepas. Tapi baru semalam baru mama dan anak2 sempat melawat abah. Biasanya baba dari opis terus melawat abah. Tapi semalam baba balik awal sikit, amik kitaorg dan pegi melawat abah. Nampak keadaan abah ok...

Dengarnya lepas operation, abah kena duduk kat ICU for 24 hours. Mungkin tujuannya utk abah berehat kot. Untuk my MIL, sabar ye banyak2. InsyaAllah semuanya akan selamat dan InsyaAllah saya tak akan menyusahkan mak sewaktu saya berpantang nanti. Abah lebih memerlukan jagaan mak.......

Semalam mak cakap perut mama ni dah ke bawah dan tak lama lagi kot nak bersalin.... cerita lanjut click sini ok.

Agak mahal weh.....

Haritu kerani SKTK tu kata nak telefon mama untuk beritahu kelas mana yang bakal Nabeela dan Nadeea belajar.. tapi hampeh.. Udahnya mama call sekolah, tapi talian pun hampeh.. Dan semalam, mama pun pergi jelah ke sekolah.

Nabeela dapat kelas 4 Diamond dan Nadeea dapat kelas 2 Jade. Setelah tahu kelas mana, mama pun membeli buku2 dan alat2 lain yang berkaitan. Actually mama tak kisah dengan buku2 yang telah ditetapkan oleh guru2 sekolah tersebut. Cuma yang agak tak puas hati ialah.. budak kedai buku tu kata buku2 tersebut sekali dengan pakej file, pensel khat, pembalut buku dll... Udahnya kena bayar sekali file, pensel, pembalut buku dll lain2 tu. Tu yang menjadikannya mahal tu... Jumlah yang perlu dibayar semua ialah RM270.50. Nasib baik cukup duit.

Monday, December 19, 2011

SK Taman Kosas


Inilah dia sekolah baru anak-anak iaitu SK Taman Kosas. Hari Jumaat lepas, mama dah ke SKTK untuk mendaftar anak2 di situ. Fail peribadi juga sudah diserahkan kepada kerani di situ. Sekarang mama hanya tunggu panggilan dari SKTK untuk mengetahui kelas mana anak2 akan belajar. Lepas tu bolehlah mama membeli buku-buku.

Mama harap sangat2 anak2 akan selesa belajar di sini. Dapat kawan2 yang baik2 dan cikgu2 yang baik2. Mudah2an sangat takde apa2 masalah. Sebelum ni anak2 kalau ada masalah senang nak bagitau mama sbb mama satu sekolah dengan dorang. Lepas ni dorang kena cuba selesaikan dulu masalah sendiri. Takpe.. anak2 mama boleh... anak2 mama dah besarkan.... cubalah berdikari.... love u alls.......

Friday, December 16, 2011

36 Minggu

Alhamdullillah.. sudah 36 minggu... please click here for more stories....

Thursday, December 15, 2011

Cerita 14 disember 2011

Semalam selepas selesai urusan check-up di Hospital Ampang, kami sekeluarga ke SKAC untuk mengambil borang pindah sekolah anak2 yang sudah disahkan oleh GB. Lepas tu kami ke Carrefour untuk mengalas perut dan membeli beberapa barang keperluan rumah. Then kami bergegas ke PPDHulu Langat untuk proses perpindahan sekolah ini.

Anak2 akan berpindah ke sekolah baru iaitu SK Taman Kosas. Mama berharap sangat anak2 akan gembira di sekolah baru ini. Harap2 dorang dapat kawan2 yang baik dan guru2 yang baik2. Mama terpaksa pindahkan dorang ke sekolah ini kerana sekolah ini paling dekat dengan rumah. Ini adalah kerana mama akan bercuti bersalin selama 3 bulan. Sepanjang tempoh itu, agak susah kalau baba nak menghantar ke sekolah lama. Jadi kami ambil keputusan untuk memindahkan anak2 ke sekolah baru. Ada juga perkhidmatan van yang boleh menghantar dan mengambil mereka. Semoga keputusan mama dan baba ini adalah yang terbaik buat anak2.

Monday, December 12, 2011

35 Minggu


Kandunganku menghampiri 36 minggu. Untuk cerita lebih lanjut please click here.

Wednesday, November 30, 2011

Lucky Draw

16 November yang lepas, SKAC mengadakan majlis makan malam untuk semua guru-guru dan kakitangan. Selain makan-makan, aktiviti lain yang diadakan ialah penyerahan sijil dan hadiah untuk ahli BKGK, majlis hari jadi untuk yang lahir pada bulan Julai hingga November (yang paling best, 16 Nov memang my birthday), karaoke, lucky draw dll.

Bercerita tentang lucky draw, inilah yang saya dapat. Memang dalam kategori grand price. Tak pernah dapat yang grand2 sebelum ni. Mungkin juga hadiah for my birthday. Bolehlah saya gunakan sewaktu berpantang nanti. Syukur Alhamdullillah...

UPSR 2011

17 November 2011 keputusan UPSR sudah diumumkan. Alhamdulillah seramai 25 orang calon UPSR SKAC mendapat 5A, dan 13 orang mendapat 4A,1B. Memanglah agak ketinggalan berbanding sekolah-sekolah lain tapi jumlah ini amat membanggakan cikgu2. Sepanjang 25 tahun SKAC, ini merupakan tahun yang terbaik.

Saya baru tahun ini diberi tanggungjawab mengajar tahun 6. Alhamdullillah keputusan untuk pemahaman dan penulisan bagi kelas yang saya ajar amat memberangsangkan.

Berikut adalah statistiknya:

6 Arif

Bilangan murid 41 orang, dan daripada 41 orang ini, 40 orang mendapat A bagi pemahaman dan penulisan.

6 Bestari

Bilangan murid 41 orang

Pemahaman – 32 orang mendapat A, 7 orang mendapat B dan 2 orang mendapat C

Penulisan – 38 orang mendapat A, dan 3 orang mendapat B

Syukur Alhamdullillah. Berkat usaha kita bersama…..





Yang mendapat 5A. Antaranya Jamal, Aizat, Aliff, Buhari, Farid,Syairazi, Harieharan, Aiman, Farah, Siti, Hazzira, Anqia, Nik, Najwa, Shamirah, Maida, Fatin, Aini, Adlina, Nazurah, Syadiyah, Filzah, Syuhada, Hanie dan Kurniati.

Yang mendapat 4A, 1B pula ialah Mahendra, Mustakim, Aziem, Alif Yusuf, Danial, Salwa, Anis Diyana, Anis Shahirah, Adam, Masturina, Akhbarikha, Izzah dan Farahanie.

Tuesday, November 29, 2011

Wet World Shah Alam

Semalam adalah public holiday sempena Awal Muharam. Kami menghabiskan masa cuti semalam di Wet World Shah Alam. Ya Allah.. ramainya umat manusia di Wet World ni. Nak masuk pun kena beratur panjang.. Nasib baik ada yang tukang beratur utk beli tiket iaitu Pak Su....

Dah masuk dalam, takde tempat kosong nak lepak. So lepak ajelah kat mana 2 penjuru yang ada. Sy macam biasalah tak mandi, lagipun badan dah sarat ni.. bahaya pulak kan. So kena jaga beg sambil ditemani my adik ipar (dia pun tak mandi sbb baru je mengandung.. so bahaya jugak kan)...

Dah cuti sekolah, memang mahallah charge dia. Dewasa RM15 dan kanak-kanak RM12. Lebih RM3 berbanding hari biasa. Tapi kira murah jika dibandingkan dengan mana2 water park atau wet world yang lain.

Kita layan ajelah gambar2 yang sempat diambil ye.

Sementara menunggu pak su beratur beli tiket


Baba menemani anak2 mandi. Pelampung tu harga sewanya RM20. Deposit Rm20. So kena bayar RM40 untuk mendapatkannya.. Mahalkan..










Friday, November 25, 2011

Mengisi masa cuti

Harini bawa anak-anak ke PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) yang terletak di Water Front Ampang (bersebelahan dengan Satay Station). Baru je library ni dibuka. Keadaan dalamnya memang cantik. Cuma masih kekurangan buku. Anak-anak boleh membaca, melayari internet dan lain-lain. Saya pun layan membaca majalah2 yang disediakan. Layan ajelah gambar-gambar yang sempat diambil.











Thursday, November 24, 2011

Cuti sekolah sudah bermula

Ya... Cuti sekolah sudah bermula. Time2 agak sarat ni, takleh buat keja berat2 dan takleh nak berjalan sakan. Bukan apa, penat beb.. Tapi pagi tadi banyak gak kerja kemas-mengemas yang sy buat.. lepas tu dalam kul 11.30 pagi, badan dah 'pancit'....

Anak-anak pun dah agak besar, dah boleh main sendiri.. setakat ni tak plan apa2 lagi untuk dorang. InsyaAllah Isnin depan bawa dorang ke Wet World Shah Alam untuk mandi manda. Selebih hari cutinya belum plan apa2 lagi. InsyaAllah jika ada kerajinan, bawak dorang gi Library. Mama nak berjalan sakan pun, dah tak berapa larat.

Perut dah makin besar, baby dalam perut makin lasak. So saya lebih banyak berehat. Lebih kurang 50 hari je lagi untuk kehadiran baby baru dalam keluarga bahagia kami. Semakin hari, semakin takut sebenarnya. Almaklumlah dah lebih 7 tahun tak bersalin. Apapun, semoga semuanya berjalan lancar... dan semoga mama dan baby selamat.

Wednesday, November 23, 2011

Tahniah anak-anakku

Hari Anugerah Cemerlang berlangsung pada 12 November 2011. Tahniah kepada Ainnur Nabeela yang mendapat tempat ke dua.






Majlis Ihtifal Kafa Integrasi Al-Irsyad pula berlangsung pada 18 November 2011. Tahniah kepada Nabeela yang mendapat tempat pertama. Manakala Nadeea pula mendapat tempat ke dua.

Ainnur Nabeela bt Abdul Haleem



Ainnur Nadeea bt Abdul Haleem

Wednesday, November 16, 2011

My birthday

Alhamdullillah.. sudah 35 tahun, aku bernafas di dunia ini. Terima kasih buat ibuku, Puan Siti Jarah yang telah melahirkanku 35 tahun yang lepas... Terima kasih mak...


Semalam ada jamuan kelas, dah potong kek sekali... hari ni pun potong kek lagi sekali... Malam ni ada dinner SKAC... potong kek lagi sekali.... 3 kali potong kek...

potong kek semasa jamuan kelas 6 bestari

potong kek lagi bersama sebahagian murid kelas 6 bestari


potong kek semasa dinner SKAC di Agrotek Resort, Hulu Langat

Sunday, October 30, 2011

Bercuti di penang

Salam semua...


Cuti sekolah belum bermula.. Tetapi kami sekeluarga sudah cuti2 Malaysia di Pulau Pinang. Kami bertolak dari Ampang pada hari Jumaat 28 Okt jam 3.30 petang dan sampai ke Penang dalam pukul 9.00 malam. Perjalanan kami ditemani hujan lebat, hujan gerimis dn panas... Cuaca silih berganti. Apapun Ahamdulilah selamat.

Hari ke dua, kami hanya round satu Pulau Pinang aje... Selebihnya byk menghabiskan masa dalam hotel aje.....Kami berhenti dan berehat sebentar sbb masing2 kepeningan pusing pulau. Raisa pulak muntah..he..he..
Ni Nabeela dan Nadeea dalam bilik hotel kami. Kami dapat bilik 2607.. sama macam birthday baba.. Nadeea masih demam.. Kesiankan..


Harini hari ke tiga, kami akan berangkat pulang..... Antara gambar-gambar sebelum kami pulang ke KL.

Friday, September 23, 2011

6 bulan sudah


Harini kandunganku berusia 24 weeks @ 6 month... Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Belum lagi mencari pengasuh untuk bakal baby ini..

Wednesday, September 21, 2011

UPSR is over

Lega... UPSR dah berakhir beberapa hari yang lepas... Sudah tentu Cikgu Rozita dan guru2 tahun 6 rasa lega... Kita tunggu resultnya nanti... Harap2 membanggakan cikgu2 dan sekolah.. Mudah-mudahan.

Hari ni ada perlawanan futsal (lelaki) dan bola baling (perempuan) antara kelas murid tahun 6.. tataplah beberapa gambar yang sempat di upload...


Cikgu Rosfadina, Cikgu Dalila dan Cikgu Rozita
Bersama teacher Packiam, guru BI SKAC.


Cikgu Abu sedang memberi penerangan sebelum game bola baling bermula


Utk lebih byk gambar, boleh tgk kat FB..

Wednesday, September 14, 2011

Love family

Mama dan baba, juga baby dalam perut... Semoga kami bahagia sehingga akhir hayat kami.

Mama dan Nabeela

Mama dan Nadeea

Dua orang Ainnur kesayangan mama dan baba...



Gambar pada hari raya pertama 2011. Kami masih berempat sebab baby dalam perut belum keluar lagi. Umur baby kira-kira 5 bulan... tak nampak sangat kan perut saya yang buncit tu... Harap-harap baby boy.. adalah geng baba...

Thursday, June 2, 2011

My new blog address

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui cerita lebih lanjut, bolehlah melayari ke

http://haleemjunior.blogspot.com/

Friday, March 18, 2011

Istimewa buat suamiku tersayang, en. Abdul Haleem bin Maarof...

Sepuluh mama menjadi isterimu
Banyak suka duka yang kita tempuhi bersama
Banyak tawa daripada tangisan dalam rumahtangga kita
Semua itu adalah asam garam kehidupan berumahtangga
Mama harapkan perkahwinan kita ini akan kekal hingga akhir hayat
Semoga perkahwinan kita bahagia disamping anak-anak tercinta

MAMA SAYANG BABA TERAMAT SANGAT....