Sunday, March 21, 2010

Pendaftaran tahun 1

Jika anda mempunyai anak yang lahir pada tahun 2004 dan 2005 dan ingin memasukkan anak anda di tahun 1 di negeri Selangor, anda perlu mendaftar secara online di alamat http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/

Saturday, March 20, 2010

Lif kereta

Korang pernah tak naik lif kereta... dengan kita dan kereta2 sekali naik dalam lif tu.. kalau nak merasa pergilah ke Wisma KFC, Jalan Sultan Ismail, KL... teruja kami sekeluarga semalam...he..he... macam jakun pulak....

Semalam kami ke Wisma KFC atas urusan Memorandum Of Transfer (tukar nama dari pemaju kepada nama kitaorg utk umah yg kitaorg tinggal ni sekarang)... duit lagi keluar... kena bayar RM1184. Mujur aku dah gaji..... sian kat kawan2 aku yang belum gaji tu... Sabar ye... minggu depan InsyaAllah korang akan dapat habuannya... beribu2 beb.... he..he... jangan lupa bayar hutang2...

Thursday, March 18, 2010

Happy Anniversary


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN UNTUKKU DAN SUAMI KESAYANGANKU YANG KE 9 TAHUN HARI INI. SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN INI AKAN KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT DAN SEMOGA KITA DAPAT MENAMBAH LAGI ZURIAT.... LOVE YOU FOREVER BABA......

Keputusan peperiksaan

Cerita 1

Syukur anakku Nabeela masih mengekalkan nombor satu dalam kelas bagi sekolah agamanya. Tahniah!... Tapi untuk sekolah kebangsaan masih lagi tak tau resultnya.. tapi memang saingan amat sengit dengan rakan-rakan sekelasnya.... dapat top 5 pun dan baguslah tu...

Cerita 2

Semalam aku dan beberapa orang rakan ke IPGM,KBM sebab nak ambik result akhir KPLI. Alhamdullillah aku dapat 3.76. Tapi tak puas hati sebab ada yang lebih baik dari aku...he..he... tahniah ila dan wati... rakan-rakan yang lain (yang tak amik result semalam) aku tak pastilah... mungkin ada yang lagi baik keputusannya... Apapun segala susah payah selama setahun akhirnya berbaloi-baloi....

Cerita 3

Aku masih lagi belum menyiapkan menanda kertas penulisan untuk 90 orang anak muridku... rasanya baru siap dalam 60% sahaja... bakinya aku kena siapkan juga dalam 2-3 hari ini...... Walaupun minggu ni minggu cuti sekolah tapi aku tiap-tiap hari sibuk.....

Saturday, March 13, 2010

Sambutan Maulidur Rasul SKAC



Semalam sambutan Maulidur Rasul kat SKAC ni... semua murid-murid pakai baju raya... dan yang best ialah semua murid tahun 3 hingga 6 berjalan kaki dan berarak dari sekolah ke Masjid Bandar Baru Ampang... penat dan berpeluh gak dibuatnya... aku dan beberapa orang cikgu lain pun turut berjalan...
Semua murid berkumpul di dataran sementara menunggu untuk berarak.



Ni semua anak-anakku yang sedang membuat persembahan... semuanya dari kelas 5A.


Ni bila dah ada dalam masjid... kyusuk dorang dengar ceramah...

Note: lupa lak aku nak amik gambar waktu tengah berarak tu.... iyalah sebab kepenatan kan...