Sunday, February 28, 2010

Bakal adik iparku

Inilah dia rupa bakal adik iparku.. farsha (ada rupa macam sosilawati lawiya tak? he..he..he.. )

Friday, February 26, 2010

hai

Dah dua hari aku sakit kepala. ntahlah kenapa, mungkin sebab cuaca panas yang melampau.

Selasa lepas GB bagi tugasan buat kertas kerja dan perlu hantar Isnin ni tapi aku tak mula pun lagi.. malasnya dan malasnya dan malasnya....


Sunday, February 21, 2010

hai

Esok dah mula sekolah.........

Saturday, February 13, 2010

Halooooooooo

Sejak menjadi guru dan lebih-lebih jadi guru kelas ni, aku rasa memang lebih baik lah kalau nama-nama anak kita tu pendek aje... bukannya apa nama bebudak zaman sekarang panjang betul, tu belum tambah nama bapaknya lagi.. jenuh aku nak menulis nama-nama dorang ni terutama dalam register book... dahlah ruangannya kecik, nama anak-anak murid aku pulak panjang berjela2... rasa nak menangis je.. tulisan aku yang besar terpaksa dikecilkan........... pasni kalau ada anak lagi rasanya nak pilih yang pendek2 aje...

Tugasan sebagai guru memang mencabar.. bukan aje untuk mengajar dan mendidik, banyak lagi keje yang guru kena buat... takyah lah aku senaraikan disini... bagi aku hanya guru yang memahaminya... tapi aku juga akui keje2 lain selain guru juga sibukkan... sebab aku dah merasainya dolu-dolu....

Hari ni dah mula cuti panjang sikit (1 week aje)... tapi guru besar dan pentadbir lain dah bagi 'homework' dah kat cikgu2... adui... ingatkan boleh relax panjang tapi ada gak keje kena buat... dan berlambak buku murid yang kena tanda.... sapa nak tolong cikgu eta ni.....................

Since last week aku dan cikgu2 lain dah dapat jadual baru... sekarang aku jadi guru kelas 5A. dan aku kena ajar BM, KT, KH dan PSV untuk kelas 5A ni... untuk kelas 5B pulak aku kena ajar gak BM, KT dan KH... aku sebenarnya tak familiar nak ajar KT dan KH ni.. tapi terpaksa gak aku mengajarnya.. so aku kena belajar dulu baru leh ajar anak2 murid akukan.. dan dalam masa 3 bulan ni , waktu KH aku diamik oleh budak praktikum, so agak relax sikitlah.. dalam seminggu sepatutnya aku ngajar 30 waktu, tetapi 4 waktu dah diambil oleh budak praktikum.. jadi aku ajar 26 waktu ajelah...

dan Alhamdullillah aku taklah sakit hati dan selalu nak marah je ngan kelas 5A dan 5B ni... ialah dah besarkan... diperli pun depa faham.. tak macam kalau ajar darjah satu.. tak makan saman....

Oh ye... asyik citer pasal kisah cikgu je.. boringlah korang nanti... hari ni aku sekeluarga balik banting... dan esok kami akan ke KL sebab adik aku nak bertunang esok..... Selamat bertunang to my brother....

Tuesday, February 2, 2010

Happy birthday

Happy birthday kepada anak sulungku, Ainnur Nabeela yang menyambutnya pada hari ini. Nabeela lahir pada 02.02.02 dan sekarang ni dah berumur 8 tahun. Semoga anak mama akan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.... I love you sayang...