Saturday, January 23, 2010

Makin bertambah

Dari hari ke sehari aku makin sibuk.... kerja dan tanggungjawab makin bertambah. Dan sekarang aku kena jaga kelas pulak. sebagai guru baru tak bolehlah aku menolaknyakan... Jadual waktu pun makin bertambah jamnya. Dan mulai 1 Feb nanti akan dapat jadual baru. Risau gak aku... apapun terima ajelah.

Sunday, January 17, 2010

Dah 10 hari aku jadi cikgu

Seminggu tak sentuh laptop... sebabnya sibuk ngan sekolah...he..he..he... kalau kat umah sibuk nak uruskan hal2 di rumah pula...

Antara kerja2 aku di sekolah selain mengajar:
AJK Rumah Hijau
AJK Tunas Puteri
AJK Kelab Pencegah Jenayah
AJK Pusat Sumber
AJK Kebersihan
Juruaudit Badan Kebajikan Guru
Menjaga bilik fail

Saturday, January 9, 2010

Aku dah jadi cikgu

Dah dekat seminggu tak pegang laptop ni... penat sangat rasanya sampai nak tengok laptop pun malas. Dah 5 hari aku menjadi cikgu. Hari ni cuti ,curilah masa sikit nak bertenet dengan internet. Setakat ni aku takde masalah dengan SK Ampang Campuran ni. Majoriti guru ialah guru melayu termasuklah guru besar dan ke tiga2 orang penolong kanan beliau. Murid2 juga majoriti Melayu dan ada juga anak orang Indonesia.. murid India dan Cina taklah berapa ramai sangat.

Aku ditugaskan mengajar Bahasa Melayu untuk tahun 4 dan muzik untuk tahun 1. Dengarnya jadual ni akan bertukar tapi tak pastilah bila.....

Rutin aku sejak menjadi cikgu, ialah bangun seawal 5.30 pagi menyiapkan apa yang patut terutamanya anak2. Mandikan dorang, pakaikan uniform sekolah dan sarapan. Then aku keluar rumah dalam pukul 6.40 pagi. Baba hantar hantar anak2 ke Tadika Pasti (tadika Nadeea). Van kak Hasni akan ambil Nabeela dan hantar ke sekolah agama dan van yang sama juga akan ambil Nabeela dari sekolah agama. Pastu Van Umi akan ambil Nabeela dan hantar ke SKPBP(2). Aku balik dari sekolah dalam pukul 2.30 petang. Dan singgah di Awan Besar untuk makan dan sembahyang. Pastu balik rumah buat apa yang patut seperti masak. Petang aku keluar semula ambil anak2. Sebelah malam buat juga apa yang patut seperti menggosok baju dll. Begitulah rutin aku... Dalam minggu ni memang aku rasa penat sangat2. Harap2 minggu2 depan aku dapat membiasakan diri...

Itulah celoteh aku kali ini.... Daaaaaaaaaaaaaa...............

Sunday, January 3, 2010

Perasaanku

Aku rasa takut dan berdebar2 menunggu hari esok. Camner keadaan sekolah, guru2 dan murid2 kat situ... aku dengar kawan2 lain dah pegi sekolah, dah dapat jadual dan dah jumpa kawan2 yang sama2 lapor diri. Aku masih lagi tidak tau apa2.... Apapun semoga semuanya berjalan lancar...

Hari ini aku perlu menyiapkan semua perkakas dan pakaian sekolah anak2. Perlu menjahit lencana dan menggosok baju. Disebabkan Nabeela akan bersekolah sesi petang, jadi di sebelah pagi dia akan duduk di Pasti Bestari (tadika nadeea). Tengah hari Umi akan hantar dia ke sekolah. Tapi sayang Nabeela tak dapat bersekolah agama. sbb sekolah agama pun sesi petang gak. Aku belum survey lagi sekolah agama yang sesi pagi. Nadeea tetap meneruskan persekolahan di Pasti Bestari. Actually aku belum lagi membayar buku dan yuran2. InsyaAllah ptg esok akan aku lunaskan .

Saturday, January 2, 2010

Semalam dan hari ini

Semalam aku dah survey jalan untuk ke sekolah baru aku... adalah dalam 30km. Pastu kawan lama aku (sazifa) duduk area itu, alang2 aku gi lah umah dia sekali... sambil nak pulangkan buku yang aku pinjam.. balik umah ifa, aku sekeluarga meronda2 di Jusco AU2. Jalan-jalan cuci mata..

Hari ni aku ke sekolah anak aku untuk menjelaskan yuran, aku jalan kaki je ke sekolah sbb sebelah umah kan. Dan aku jumpa 5 orang dari IB yang posting di situ. Memang sekolah ni amik 20 cikgu baru sebab pertambahan sesi persekolahan.

Mungkin aku tak balik mana2 kampung harini. Sebabnya nak menguruskan hal2 berkaitan persekolahan, menggosok baju dll.

Friday, January 1, 2010

Salam tahun baru

Beberapa hari ni mmg aku sibuk betul... merata aku pegi... ijok, kl, kajang, shah alam, putrajaya dll.... malam tadi memang dah maksimum kepenatannya... tapi pagi ni aku bangun awal... menguruskan rumah.. mengemas, mengemop, membasuh baju...............................

Untuk pengetahuan semua aku bakal menjadi cikgu di SK Ampang Campuran.... harini InsyaAllah akan survey ke sana... harapan aku biarlah segala2nya berjalan lancar........

Nabeela tetap akan di SKPBP(2) untuk beberapa bulan kot... sekolah ni akan memulakan 2 sesi pulak.. terkejut gak aku dengar dan Nabeela akan berada dalam sesi petang.. dan dengarnya akan ada 20 org guru baru... dan salah sorangnya ialah biras aku... rasa cam kelakar dan tak percaya aje sbb biras aku dapat kat situ.. tapi ok gak sbb bolehlah dia tlg tgk2kan nabeela..

Aku sebulan dua akan berulang alik dari puchong ke ampang... kenalah kuar awal pagi.... dan InsyaAllah satu hari nanti akan pindah ke sana sbb baba pun keje kat ampang.. takkan dua2 jauh dari umah kan.... sapa nak beli atau sewa umah aku sekarang ni kalau kitaorg berpindah nanti???????