Saturday, August 29, 2009

Salam Ramadhan

Hari ni memang sengaja tak tidur lepas sahur.. Kalau tidur, confirm bangun kul 10 pagi. Saja nak melayan internet.. melayan facebook dengan kawan-kawan lama.

Dah hari Sabtu dah...... tapi kerja menanda kertas periksa anak-anak murid aku tak siap lagi (teruk betullah cikgu rozita ni)... takpe esok dan lusa ada lagi..he...he...

Raya tahun ni rasanya aku tak buat persiapan apa-apa kecuali baju anak2. Sebabnya semuanya kena guna duit suami aku..he..he... aku kan tak bekerja tahun ni (harapkan duit elaun je). Jadi memang macam malas nak keluarkan duit beli macam2. Sebab duit elaun tu perlu dijimat2kan penggunaannya. Aku memang tak membeli kuih-muih (apa lagi membuatnya), tak beli langsir atau perabut rumah, ntahlah tak beli apa2pun kecuali baju anak2. Pasal baju raya tu, pakai baju tahun2 lepas le (ish...ish..ish...) kalau nak beli pun beli yang dah siap je... tak kuasa aku nak menempah2 baju...

Aku sebenarnya tak sabar nak menghabiskan tempoh tiga minggu lagi atas sebab-sebab berikut:
1) Nak menghabiskan puasa
2) Nak menyambut raya
3) Nak menghabiskan praktikum

Lepas praktikum nanti, aku kembali ke maktab.... yang tak best dan yang kesiannya anak aku kena naik van semula.. kesian Nabeela... takpelah sayang... tahun depan mama dah jadi cikgu betul2 sure Nabeela akan satu sekolah dengan mama... Nadeea pun mungkin akan ke tadika yang berdekatan dengan sekolah mama.. Ntah dimanalah aku akan ditempatkan nanti? Risau juga memikirkannya... cuma harapan aku janganlah jauh sangat dari rumah dan semoga sekolah tersebut OK.


Thursday, August 27, 2009

Good morning

Hari ni lepas sahur aku tak boleh tidur sebab paper anak murid aku belum siap tanda lagi. Hari ni dah hari khamis, dan esok Jumaat. Lusa balik kampung.......... adui..... akan ku cuba menyiapkannya harini. Pastu kena prepare RPH untuk math pulak (selasa depan nak kena observe lak)....

Adui... malasnya...... bantal dah panggil tu..............................................

Oh ye kepada sesiapa yang nak cantikkan blog sila layari http://www.thecutestblogontheblock.com/

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MANA PUN ANDA BERADA. SEMOGA BULAN RAMADHAN INI MEMBERI SERIBU NIKMAT KEPADA KITA. BANYAKKAN BERSABAR MENEMPUH SEGALA DUGAAN DAN RINTANGAN.

Thursday, August 20, 2009

Cerita malam ini

Aku sebenarnya sudah agak bosan ngan 'rumah' aku di 'salam desa tanjung' ni... nak tukar cat dan dekorasi nanti perabut-perabut aku lenyap pulak... malas lak aku nak mewujudkannya semula...

Nak citer pasal observation, murid-murid dah macam mual pulak. Sebabnya ntahlah...... takpe... esok last day sekolah... pastu cuti selama seminggu... yahooooooooooooooooo........... tapi kan tak syok sebab aku kena tanda kertas karangan (penulisan)... dahlah takde pengalaman menanda kertas penulisan....

Hari ini aku malas nak citer pasal sekolah dan pasal profession perguruan ni... sebabnya petang tadi selama sejam setengah membincangkannya bersama pensyarah pembimbing.......... memang banyak pengalaman beliau dan aku rasa begitu kerdil sekali mendengarnya...

Tapi kalau tak citer pasal sekolah, aku nak citer apa ye?... ha... nak citer pasal facebook lah... melalui fb ni aku dapat trace balik kawan-kawan se SPM ngan aku... diana, ain, jazz, jah, naza, shida, dll lagi... 15 hb haritu dorang buat reunion tapi aku tak dapat join sebab kena sekolah (sekolah lagi!!!)...... kalau tak sure best jumpa dorang... aku masih teringat2 lagi kitaorg posing kat bus stop di Jenjarum... dan aku masih ingat tiap2 hari ada aje orang yang nak pinjam buku latihan matematik aku untuk ditiru..............................................

Bila tgk gambar2 kawan2 lama di fb tu, rasanya muka dorang tak banyak berubah... badan je kot yang berubah........... tapi aku dari dulu sampai sekarang badan sama je kot... sbbnya sampai ke hari ini aku masih lagi boleh pakai baju kurung aku waktu umur aku 19 tahun.. korang percaya tak?.....

Cerita pasal baju... aku membayangkan 10 helai baju kurung baru melayang... sebabnya gini... baju kurung aku budget RM50 sepasang..... dan aku terpaksa keluarkan lebih RM500 untuk repair kete aku... so paham2 sendirilah...........

Aku ketandusan idea ni... ialah tiap2 hari kena perah otak ....... faham2 ajelah apa yang perlu aku pikirkan tiap2 hari....

Thursday, August 13, 2009

Anak-anakku...

Akak... tengok apa kat atas tu...

Nadeea pulak.. nak kena potong rambut lagi ni....

Lega

Aku sebenarnya ketandusan idea nak mencoretkan apa dalam blog aku ni. Selain itu, banyak lagi faktor-faktor lain yang menghalang aku untuk berbuat demikian. Cuma yang ingin aku katakan disini aku hanya perlu melalui 2 lagi observation...
Bagaimana kawan-kawan KPLI ku yang lain? Korang ada berapa banyak lagi yg nak kena observe? Good luck untuk kita semua.
Esok aku dan ila akan ke IB.. ada hal nak jumpa pensyarah pembimbing........

Monday, August 3, 2009

Mykad

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk esok aku dah siapkan. Esok aku kena mengajar untuk dua mata pelajaran iaitu BM dan Math. Sekarang ni aku tengah cari bahan-bahan untuk p&p hari Rabu. Puan Rohaza iaitu guru pembimbing akan mengobserve p&p aku hari rabu ni untuk kali ke empat bagi mata pelajaran BM. Dan setelah difikir-fikir aku telah memilih tajuk 'Aplikasi Mykad'. Tapi RPH nya tak buat lagi. Esok baru nak buat.

Dan untuk semua, saja nak letak info pasal mykad.

MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. Bersama-sama dengan pasport, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya. Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001.

Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’ pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

Fungsi utama kad ini ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina dan agama yang terpapar di luar kad. Dulunya digelar Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK), kad ini mempunyai satu cip mikropemproses dan ingatan EEPROM 32k / 64k yang berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi di dalamnya. Contohnya adalah maklumat biometrik (cap jari / imbasan iris), lesen memandu, PKI, duit MEPS, Touch 'n Go, kad ATM, maklumat kesihatan serta maklumat pasport.

Projek MyKad ini diuruskan oleh lima agensi kerajaan, semuanya mempunyai kemudahan mencapai maklumat dalam kad tersebut:

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - jabatan utama
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Kementerian Kesihatan
  • Jabatan Imigresen

MyKad adalah wajib untuk semua warganegara bermula umur 12 tahun. Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kadnya apabila diminta boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda antara RM 3,000 dan RM 20,000 atau kedua-duanya sekali. Kad ini harus diperbaharui pada umur 18 tahun.


Nombor kad pengenalan

Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir

, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Untuk membezakan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

MyKid

Mulai 1 Januari 2005, semua bayi yang lahir turut diberikan kad pengenalan tanpa gambar berwarna merah jambu dipanggil MyKid. Perkataan 'Kid' bermaksud 'Kad Identiti Diri' dan juga bermaksud 'budak' dalam bahasa Inggeris. Tujuan MyKid adalah sebagai ganti sijil kelahiran, yang bermakna bayi tersebut tidak lagi mempunyai nombor sijil kelahiran, sebaliknya diberikan terus nombor kad pengenalan yang akan digunakan dalam MyKad.

MyPR

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap. Bermula dari tarikh 1 Jun 2006 juga, semua pemegang kad pengenalan merah lama diminta menukarkan kad mereka kepada MyPR sebelum 1 Julai 2007.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.


Saturday, August 1, 2009

Hai

Semalam sepatutnya pensyarah pembimbing nak datang observe. Tapi pagi semalam ada majlis pelancaran Hari Kebangsaan, oleh itu tak dapatlah beliau mengobserve saya. Beliau hanya observe my partner aje.... Minggu depan the whole week beliau busy. Nampaknya minggu lagi satu le beliau akan observe saya... sebenarnya lagi cepat habis, lagi bagus. Tapi nak buat camner, dah masa tak mengizinkan.