Friday, June 26, 2009

Praktikum di minggu pertama

Alhamdullillah dah 5 hari aku menjalani praktikum di SKPBP(2). Mulai hari pertama lagi aku dan rakan sudah dikehendaki masuk ke kelas. Memang tak bersedia dengan rancangan pengajaran harian (RPH)... tapi aku gagahkan diri juga untuk mengajar apa yang patut.

Bila ku dengar rakan-rakan dari sekolah lain, mereka belum lagi memulakan sesi p&p (pengajaran dan pembelajaran)... tapi kami di sekolah ini memang dah kena mengajar. salah satu sebabnya ialah masalah kekurangan guru terutama guru BM. Bagi aku ada hikmahnya... dimana aku sudah dapat merasai p&p, membuat rph, mengawal kelas dsb.

Untuk mata pelajaran BM, aku mendapat kelas 5 Delima dimana anak guru besar berada dalam kelas tersebut. memang aku kena buat sehabis baik... manalah tau kot-kot guru besar selidik dari anak dia pasal cara p&p aku...he...he.... apapun InsyaAllah aku akan berusaha sebaik mungkin.

Alhamdullillah aku mendapat partner yang bolehlah dikira sekepala. Kami banyak berbincang dan berkolaborasi mengenai RPH, BBM dsb. Rasanya aku takde masalah dengan my partner iaitu cikgu Norfazilah. (ila... kena cepat2 buat projek yg kita plan tu....)

Untuk kokurikulum aku mendapat BBSM dan taekwando.... apa-apalah kan.... yang penting aku kena menghadiri setiap kali perjumpaan dan membuat laporan.

Oh.. ye... esok adalah hari persekolahan iaitu untuk mengganti hari raya nanti. Selalunya taekwando berlatih pada hari sabtu. Tetapi disebabkan esok hari persekolahan, oleh itu, taekwando ditunda pada hari ahad. Boring gak ahad pun nak ke sekolah (dahlah aku berseorangan sebagai guru penasihat).... tapi takpelah... sekolah pun sebelah umah.......

Itu ajelah ye luahan hati daripada cikgu rozita....

Salam praktikum kepada cikgu2 KPLI..........

Saturday, June 20, 2009

Cerita minggu ini

Cuti aku makin ke penghujungnya. Isnin ini aku akan ke sekolah untuk praktikum.....

sepanjang minggu ni memang aku sibuk sebagai 'mak supir'... ialah selepas hantar anak-anak ke sekolah, aku kena hantar baba ke opis pulak.... pastu balik umah, tengahari aku kena amik nabeela pulak dan balik umah... dalam pukul 2.30 ptg aku kena hantar nabeela ke sekolah agama pulak.. pastu aku balik umah (kadang-kadang aku ambil nadeea sekali, kadang-kadang ptg baru ambil nadeea).... pastu dalam kul 5.30ptg aku kena ambil anak-anak lagi........ macam tulah tiap-tiap hari naik turun tangga banyak kali...

Selalunya pepagi aku sarapan dulu ngan baba sebelum dia ke opis... berdatinglah aku tiap2 hari ngan baba...... tiap-tiap hari aku sarapan nasi lemak...

Oh..ye... rabu lepas aku dan ila ke SKPBP(2)... saja nak ke sana awal... dan kami dikehendaki mengajar BM untuk tahun 5 (kebetulan cikgu BM tahun 5 berpindah sekolah)... dan kena ajar Math bagi tahap 1 (tak pasti antara darjah 2 atau 3).... Sebenarnya kalau boleh aku nak ajar BM tahun 4 dan nak ajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).. tapi dorang suruh ajar Math jugak.... aku dan ila ikut ajelah....... Isnin depan nanti baru kami dapat jadual mengajar...
Ila... akak tau masalah ayah ila yang sakit.... harap bersabar.... untuk isnin nanti akak tak prepare RPH pun sebab tak pasti tema dan tajuk mana nak di ajar....

Khamis lepas pulak, lepas hantar baba dan dating nasi lemak dengan baba, aku jemput Saliza depan sekolah AU Keramat.. aku dan saliza ke IB sebab aku ada janji ngan kak jem. Saliza pulak nak hantar assignment dan ambil surat dari Jabatan Praktikum. Aku pun amik gak surat dari Jabatan Praktikum untuk taklimat bagi guru pembimbing...... Aku singgah sekolah untuk hantar surat tu pada guru besar........

Jumaat lepas (semalam)... lepas dating nasi lemak.. aku ke kedai buku Dawama di AU3... buku yang aku cari takde stock pulak... Lepas hantar nabeela ke sekolah agama aku ke shah alam jumpa kak jem...

Macamnilah aku kalau ada kereta memang rajin gak berjalan...

Harini sepatutnya aku ada date ngan kengkawan sekolah menengah dulu... tapi aku tak sure dapat pegi ke idak sebab baba nak guna kete untuk ke opis.........................

http://www.ilhamresort.com

Sabtu dan ahad lepas aku dan keluarga mertua (kecuali keluarga angah dan abg adi) berpeluang untuk bercuti di ilham resort. Kami sampai dalam pukul 1.30 petang. Selepas check-in, kami ke Teluk Kemang untuk lunch.

Sebelum ni kami ke sana bersama keluarga Banting.. waktu tu ambil 3 bilik je. Kali ni ambil 4 bilik. 2 bilik di atas dan 2 bilik di bawah. Anak-anak aku dan sepupu dorang asyik naik turun main tangga......... ish dorang ni....

Anak-anak dah tak sabar nak mandi pool. Lepas cousin dorang sampai terus dorang gi mandi di temani baba dan andak. Berejam jugak dorang berendam.

Kami plan nak buat barbeque malam tu tapi disebabkan penuh, ayam-ayam terpaksa di goreng di dalam rice cooker. Dan menantu baru mak mertua akulah yang menggorengnya.

Sebelah malam dorang gi tengok wayang tapi aku dalam bilik sorang-sorang dan tido...... he...he...

Esoknya dorang berendam lagi kat pool dan aku join sekali...... tapi aku ni tak pandai berenang........ jadi aku berendam ajelah...

Sewaktu berkemas2 untuk check-out , mak mertuaku terima panggilan dari kampung... suami kepada sepupu baba meninggal dunia.... Al-Fatihah untuk arwah.......

Saturday, June 13, 2009

Salam

Sudah seminggu majlis perkahwinan adik iparku (maaf tak dapat nak upload gambar sbb ntah ke mana cablenya)........... Apapun to Ros, selamat menjadi menantu baru keluarga Maarof.

Aktiviti sepanjang minggu ni.

Hari Isnin dan selasa.. aku tak dapat ke mana2 kerana tiada kereta.
Hari rabu bawak anak2 turun bawah dan mandi kat swimming pool.
Hari Khamis lepas hantar baba ke ampang, aku dan anak-anak ke IB kerana ada appointment dengan pensyarah. Pastu balik singgah Giant Puchong..
Hari Jumaat aku menemani kak jem ke MOF (untuk menyettlekan hal dia)... jumpalah member2 lama. Ingat nak singgah pasar tani tapi tak sempat kerana terpaksa bergegas pulang (baba nak solat jumaat)
Harini hari sabtu dan esok Ahad, aku dan family Ijok akan ke Ilham Resort, Port Dickson. Nabeela tak sabar2 nak ke sana............

Minggu depan aku memang bertugas sebagai driver sepenuh masa. Menghantar anak2 dan suami.................................

Saturday, June 6, 2009

Melissa Farhana

Kesian aku melihat anak buah ku si Melissa Farhana (elis) yang dimasukkan ke wad Banting sejak Isnin lepas kerana demam... Sampai harini belum lagi dibenarkan keluar dari wad.

Kesian juga adikku yang terpaksa tinggal di hospital untuk menjaga anaknya itu...

Apapun... Semoga cepat sembuh........................

Tahniah

Hari ni 6 June 2009....

Aku dan family Ijok akan ke Pahang harini sebab adik ipar aku akan melangsungkan pernikahan pada malam nanti dan persandingan pada esok hari...

Dah kul 7.30 pagi aku masih melepak depan PC ni.... tak pasti bila nak bertolak ni... keje2 pun belum siap lagi...

apapun tahniah aku ucapkan buat adik ipar ku " Akeem dan ros".

Juga classmate ku yang juga akan bernikah pada hari ini.
Ainnun dan pasangan serta Ina dan pasangan.... juga kepada Faridah (1A)...
"Selamat pengantin baru"...

Musim cuti sekolah ramailah yang naik pelamin...

Oh.. ye kepada Kak Shima atas kelahiran anak sulung yang dinantikan rasanya dah 10 tahun kot... Terkejut we all tak tau pun akak pregnant... tup... tup... dah bersalin.. apapun tahniah...

Juga Selamat hari lahir kepada bekas bos ku di Kementerian Kewangan iaitu En. Abu Shamsi... dan kepada rakan-rakanku yang lain yang juga menyambut hari lahir pada hari ini

Praktikum

Pertama kali ku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana aku bakal menjalani praktikum di sekolah yang amat berhampiran denganku iaitu SKPBP(2).. sekolah yang tidak asing lagi bagiku. Selama 3 bulan aku bakal berada disana bersama sahabatku iaitu Norfazilah Ishak (ila). Juga terdapat 2 orang lagi pelajar dari kelas Kajian sosial yang akan praktikum disitu.

Pada mulanya aku dan ila mendapat seorang pensyarah pembimbing yang bernama En. Izzat bin Abdullah dari Jabatan Bahasa Inggeris. Setelah berjumpa En.Izzat beliau memaklumkan bahawa beliau ingin bertukar dengan pensyarah lain iaitu sama ada En. Masywawi (En. Bai) ataupun Dr. Supian. Alamak... frustnya kami dengar.... sebabnya dari awal lagi kami dah set dalam kepala kami akan dibimbing oleh En. Izzat. Kalau dengan En. Bai kami mengenalinya sewaktu BIG dulu. Beliau memang best... Kalau Dr. Supian pula, beliau memang best giler dan beliau seorang pakar tatabahasa. Tetapi kawan sekelasku iaitu Saliza dan Along adalah pelajar yang bakal dibimbing oleh Dr. Supian. Tak syoklahkan... dah tentu along dan saliza dah happy akan dibimbing oleh Dr. Supian.. ni tup-tup tukar ngan kitaorg pulak...

Akhirnya kelmarin En.Izzat bagi sms kat we all yang berbunyi
"Assalamualaikum, saya dah bincang dengan En. Masywawi dan beliau setuju jadi pensyarah pembimbing kamu.. Wassalam - Izzat"

Aku dan Ila rasa frust dan mereply kepada En. Izzat " walaupun kami frust tapi kami terima keputusan En. Izzat" (lebih kurang gitulah bunyinya)...

Then En. Izzat balas "Tuhan mewujudkan kekecewaan supaya kita lebih menghargai apa yang kita akan dapat nanti"......

Walaupun En. Izzat ni seorang mualaf tapi kata-katanya dasyat jugak yek...

Aku pun menghubungi En. Bai. Dan InsyaAllah aku dan Ila akan bertemu dan berbincang dengan En. Bai pada hari rabu minggu depan... Oh ye... muka En. Bai ni sebijik macam pelakon Aman Graseka........ Harap-harap aku dan Ila akan dapat dibimbing dengan jayanya oleh En. Bai. InsyaAllah aku dan Ila akan buat yang terbaiik....

Oh.. ye... pensyarah pembimbing untuk 2 orang pelajar kelas Kajian Sosial tu ialah Puan Fatimah. Puan Fatimah tu mentor kelas aku (1C). Nampaknya aku bakal bertemu lagi dengan Puan Fatimah nanti... walaupun beliau bukan pensyarah pembimbing kami, tapi beliau pelajar seliaan beliau satu sekolah dengan kami....

Kepada semua kawan-kawan KPLI dari semua IPGM.... Selamat menjalani praktikum....

Wednesday, June 3, 2009

Jamuan makan 1C

Tarikh : 26 Mei 2009
Hari : Selasa
Masa : 1.30 petang
Tempat : Kelas 1C

Menu:
Mee hoon goreng
Sambal udang
Sambal telur puyuh
Nugget
Ayam Ball
Koktail (cam salah eja je)...
Rojak buah
Agar-agar
Kek (pelbagai kek)
Air mangga
Kekacang
dll

Chef utama: ila, wati, along dan roz

Komen: Kalau pasal makan memang sume best..... jamuan makan ni juga cam jamuan perpisahan untuk pelajar 1C. Kita akan berpisah lebih kurang 3 bulan lebih...
InsyaAllah lepas ni kita buat jamuan makan yang grand2.....

Antara tetamu yang hadir:
1) Pn. Fatimah
2) Pn. Noriza
3) En. Rohimi
4) Ustaz Anuar
5) Ustaz Aufa
6) En. Suhasni Aku kat belakang tu yang pakai baju hijau tu

Ima , ani, su, wati dan nozi..

tu chef utama yang sedang cekak pinggang tu.....