Saturday, May 30, 2009

Kursus Kepimpinan Asas PPIM

Dah lama dah kursus ni... baru nak letak gambar ni........ banyak kenangan kat situ... dan yang paling tak dapat dilupakan ialah kehilangan beg pakaian..................................

Cuti sekolah sudah bermula

Alhamdullillah kerana...
1) cuti sekolah sudah bermula
2) dapat menyiapkan semua tugasan pada tarikh yang ditetapkan
3) menghabiskan semester 1 KPLI

Banyak benda yang nak di update ni tapi malasnya nak menaip...he...he....

Minggu ni memang tidur malam ku tak menentu... dapat tidur hanya beberapa jam aje kerana nak menyiapkan assignment.... lepas ni InsyaAllah dapat tidur lama-lama...

3 minggu cuti ni memang kena banyak buat persiapan untuk praktikum.....

Monday, May 25, 2009

Facebook & reunion

Malam ni lepas buat assignment (tapi tak siap lagi beberapa assignment)...
aku layanlah facebook... dapat trace member2 sekolah menengah dulu... ain, aja, diana, shida, wirda dll...... masing2 dah berkeluarga. Kalaulah dapat dibuat reunion kan best... tapi sapa pulak nak mengorganise nya.....

Paling best teringat kenangan beraya bersama-sama u all...

Cerita pasal reunion, sabtu 2 minggu lepas aku menemani suami ke Sungai buloh untuk majlis reunion sekolah Men Raja Muda Musa... bestlah dia dapat jumpa kawan-kawan lama... Nabeela pada mulanya memang bad mood dan langsung tak nak makan... tapi akhirnya dia menjadi normal semula dan main tak ingat dunia...

Saturday, May 23, 2009

KPLI 1C...

Gambar di atas adalah sebahagian daripada pelajar 1C selepas kelas muzik bersama pensyarah muzik iaitu Puan Noriza.

Kawan-kawan 1C...
Sudah hampir 6 bulan kita berkenalan dan belajar dalam satu kelas... Banyak suka-dukanya bersama u all.. Tapi banyak suka dari dukanya kan... Minggu depan adalah minggu terakhir kita belajar bersama untuk semester 1. Selepas itu, kita akan bercuti selama 3 minggu. Habis bercuti kita akan menjalankan praktikum di sekolah2 yang berasingan... Sudah tentu aku akan merindui kamu semua....... Semoga berjaya sewaktu praktikum nanti.........



Wednesday, May 20, 2009

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN RAGAM 1C



Kejohanan sukan ragam yang bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan, kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar KPLI SR 1C 2009 iaitu seramai 21 orang pelajar telah berlangsung dengan meriah seperti yang dirancang. Kejohanan sukan ragam ini diadakan pada 13 Mei 2009 di padang bola jaring IPGM Kampus Bahasa Melayu. Kejohanan bermula pada pukul 8.00 pagi.

Sebelum acara bermula semua pelajar berkumpul di padang pada jam 7.30 pagi bagi menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk acara sukan ragam tersebut. Setiap pelajar memainkan peranan masing-masing bagi melancarkan persiapan kejohanan supaya acara yang dipertandingkan dapat dimulakan dengan baik dan berjaya.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh ketua kelas dan seterusnya ucapan perasmian yang dilaksanakan oleh pensyarah Pendidikan Jasmani Asas, Cik Nor Yatimah binti Osman.

Acara-acara sukan ragam yang dipertandingkan ini disertai oleh Pasukan Perwira, Pasukan Pahlawan, Pasukan Pendekar dan Pasukan Panglima. Setiap pasukan mempunyai lima orang peserta yang hebat-hebat dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Acara pertama yang dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Ragam KPLI SR Kelas 1C dimulakan dengan acara boling padang. Peserta dikehendaki membaling piramid tin dengan menggunakan bola. Setiap pemain hanya boleh membaling sekali sahaja. Bola yang tidak mengenai sasaran tidak akan mendapat sebarang markah. Hanya bola yang jatuh sahaja yang akan dikira. Acara ini dimenangi oleh Pasukan Pahlawan.

Acara kedua pula ialah acara menggelecek bola. Acara ini memerlukan pemain menggelecek bola secara zig zag mengelilingi kon dengan menggunakan kaki dan menjaringkan gol apabila tiba di garisan penamat. Pemain yang berjaya menjaringkan bola akan mendapat markah. Pasukan yang mendapat markah tertinggi bagi acara ini ialah Pasukan Panglima.

Acara ketiga pula ialah acara menjaring bola. Setiap pemain harus berada dalam kawasan D semasa menjaring. Pemain boleh menjaring bola dari pelbagai sudut tetapi mestilah berada dalam kawasan D. Persaingan acara ini amat sengit. Setiap pasukan begitu bersemangat untuk menjaringkan bola. Namun, Pasukan Pahlawan yang berjaya memenangi acara ini dengan mendapat jaringan terbanyak.

Acara kejohanan sukan ragam diteruskan lagi dengan acara yang keempat iaitu lari berhalangan. Dua orang bagi setiap pasukan dikehendaki memegang gelung rotan manakala peserta yang selainnya dikehenadaki berlari sambil membawa bola lalu menyusup gelung. Pemain berlari zig zag mengikut kon yang disediakan. Apabila sampai di garisan penamat, pemain tadi hendaklah berlari kembali ke garisan permulaan lalu memberikan bola kepada pemain kedua. Pemain kedua dan ketiga juga mengulangi perkara yang dilakukan oleh pemain pertama.Kemenangan ditentukan bagi pasukan yang menamatkan permainan dalam masa yang terpantas. Pemain begitu bersemangat untuk memenangi acara ini. Acara ini telah dimenangi oleh Pasukan Pendekar.

Selepas acara lari berhalangan, acara yang dipertandingkan seterusnya ialah acara lari, baling dan sambut belon berisi air. Acara ini agak sukar kerana pemain perlu berhati-hati supaya belon yang dipegang tidak pecah. Setiap ahli pasukan akan berbaris di ‘check point A’ masing-masing, seterusnya ahli yang pertama akan berlari ke ‘check point B’ sehingga berada di dalam gegelung rotan. Pemain kedua yang berada di dalam gegelung rotan di ‘check point A’ akan membaling belon kepada ahli pertama yang berada dalam gegelung di ‘check point B’. Belon yang berjaya disambut akan dimasukkan di dalam baldi di ‘check point B’. Setelah selesai, pemain pertama akan berlari ke ‘check point A’ kembali dan berada di belakang pasukan. Markah dikira berdasarkan bilangan belon yang terbanyak di dalam baldi. Pasukan Perwira mendapat markah yang tertinggi dalam acara ini.

Bagi acara terakhir yang dipertandingkan ialah acara baling dan sambut pundi kacang. Pemain A kehendaki membaling pundi kacang ke arah belakang dan disambut oleh pemain B. Seterusnya B ke C dan C ke D. Pemain E dikehendaki memegang bakul untuk menyambut pundit kacang yang dibaling oleh D. Masa yang diberikan ialah 5 minit. Markah dikira berdasarkan bilangan pundi kacang yang terbanyak. Pasukan Panglima berjaya mengutip pundi kacang yang terbanyak dalam acara ini.

Selesai sahaja acara yang dipertandingkan, kejohanan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada setiap peserta dan pasukan yang menang. Setiap peserta menerima cenderamata kejohanan. Johan keseluruhan dimenangi oleh Pasukan Panglima dengan mata sebanyak 18 mata. Tempat kedua pula diikuti oleh Pasukan Pahlawan, tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Perwira dengan mata sebanyak 15 mata dan yang tempat yang keempat dimenangi oleh Pasukan Pendekar dengan mata sebanyak 13 mata. Cenderamata juga diberikan kepada Cik Nor Yatimah binti Osman sebagai tanda kenang-kenangan.

Sebelum kejohanan tamat, sesi bergambar dan jamuan ringan diadakan. Setiap peserta berasa puas hati dan bergembira dengan kejohanan sukan ragam yang telah diadakan. Diharapkan agar kejohanan sukan ragam ini mencapai matlamatnya dan akan banyak memberi manfaat kepada peserta apabila berkhidmat di sekolah nanti.


Laporan disediakan oleh : Noraien Hussin

Saturday, May 16, 2009

Selamat hari guru

Selamat hari guru kepada semua guru-guru yang ada di dunia ini.

Dan juga kepada kawan-kawan KPLI ku (bakal guru).. InsyaAllah tahun depan kita akan menjadi guru.....

Thursday, May 14, 2009

Gambar-gambar di cameron highland


Tak dapat nak download banyak... dan tak sempat lagi nak 'sedut' gambar dari member2...
Apapun... 1C... you're still the best...........

Tuesday, May 12, 2009

Cameron highland

Jumaat hingga Ahad lepas aku dan kawan-kawan dari 4 buah kelas telah mengikuti projek lawatan ke Cameron Highland. Banyak nak diceritakan tapi malas nak menaipkannya. Apa yang pasti ianya menyeronokkan. gambar-gambar banyak........... tapi semua kat kamera orang lain.. aku tak sempat nak 'sedut' lagi gambar2 tu.

Monday, May 4, 2009

Pesanan untuk baba

Baba...

Sabarlah menghadapi dugaan dalam kerja baba sekarang ni. Mama tau amat perit untuk baba menghadapinya tapi percayalah semua itu ada hikmahnya.

Dan apapun yang baba hadapi sekarang ni, mama sentiasa berada di belakang baba dan menyokong baba dalam apa jua keadaan.

Walaupun kereta baba masih lagi di bengkel dan baba terpaksa menaiki train dan bas, mama rasa ada hikmahnya. Adalah peneman mama berborak dan 'bercakaran' sewaktu bawak kereta pepagi tu.

SALAM SAYANG DARI ISTERIMU YANG BAIK HATI DAN SETIA.........

Saturday, May 2, 2009

Azan

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma.. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya
. Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya
lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah.. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'

semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ...

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India..

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!