Monday, April 27, 2009

Aku

Harini genap seminggu kete baba masuk workshop. So harini baba tumpang aku sampai ke stesyen Universiti. Baba ajak survey jalan lain... dan Alhamdullillah jalan yang kami lalu tu tak jem... tol pun jimat Rm1 dari jalan biasa yang aku ikut..... TQ baba..... kalau aku ni tak reti nak survey jalan2 lain... takut sesat....

Sunday, April 26, 2009

Kem Raudhah

Aku sebenarnya agak keletihan sebab baru balik camping di Pangkor pada 21-24 april lepas. Macam-macam pengalaman yang aku dapat.... dan yang akan ku ingat dan ku kenang sampai bila2 ialah misteri kehilangan beg pakaian aku dan 3 member lain... aku sebenarnya tak larat nak bercerita lagi pasal hal ni... cuma aku ingin nyatakan perasaan aku waktu kehilangan beg tu.. aku tak sedih cuma aku pelik... mana peginya beg kami berempat... actually aku naik van (sebab bas dah penuh)... dan beg pakaian pulak aku letak kat bas.... aku pun lupa nak pesan kat bebudak dalam bas... dan nak dijadikan cerita beg-beg kami hilang........ orang 'disini' salahkan orang 'disana', orang 'disana' pulak salahkan orang 'disini'.... aku anggap ini dugaan dari Allah untuk menguji kesabaran umatnya. Dan Alhamdullillah aku dan kawan-kawan yang kehilangan beg tetap tabah dan tiada setitis air mata yang jatuh dari pipiku...

Kami berempat terpaksa keluar dan ditemani pensyarah untuk membeli barang-barang yang penting seperti berus gigi, sabun, tuala dan lain-lain... barang-barang lain dipinjamkan oleh kawan-kawan yang baik hati... terima kasih kak rush dan nozi yang telah meminjamkannya...

Sebenarnya kat sana memang wajib memakai baju kerja puteri Islam. Dan kebetulan ada baju yang tidak dituntut.. jadi aku pun pakailah baju tu... kalau u all nak tau... badan aku ni muat size S tapi baju tu saiz xxxl.... cuba bayangkan betapa besarnya baju tu dibadan aku... tapi aku jenis tak kisah..... kelakar pun ada gak.....

aku nampak ada hikmahnya disebalik kehilangan beg ini... antaranya orang lain bawak beg berat2 naik feri.. tapi kami berempat taklah bawak beg besar.. cuma beg sandang je... dan banyak lagi hikmah lain disebaliknya...

Sampai je ke jeti Lumut... kami terus ke tempat beg hilang itu... dan Alhamdullillah beg kami telah dijumpai di mana ia telah disimpan oleh tauke kedai motor... tq... aunty.......

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan terima kasih sekali atas derma kilat yang dihulurkan... tetapi kami berempat tidak akan menggunakan duit tersebut untuk kegunaan kami kerana kami telah menemui beg2 kami. InsyaAllah akan diadakan majlis kesyukuran.... dan untuk semua... ambillah iktibar dari apa yang berlaku.... henti2kanlah fitnah dan sebagainya...

Monday, April 13, 2009

Aku

Dah lama aku tak updated blog ni... sebab2nya aku kesibukan...
Harini aku dalam kelas, takde lecturer jadi aku amik kesempatan mengupdatenya..

Pastu ada satu berita gembira dimana finally aku dapat gak sebuah laptop... syukur Alhamdullillah... baba tolong belikan hari Jumaat lepas.. sanggup dia ambil cuti utk belikan laptop kat PC fair... Tq baba...

Aku kebuntuan idea lak nak updated ni.... lagipun aku nak menyambung buat assignment....


Wednesday, April 8, 2009

Aku mengantuk

Jam sudah menunjukkan jam 3.00 pagi tapi aku masih setia didepan komputer..
Mataku amat mengantuk sekali tetapi hatiku tidak mengizinkan aku tidur..
Aku perlu menyiapkan assignmentku...
Esok aku ada 3 pembentangan untuk 3 subjek. Alhamdullillah yang itu semua dah siap..
Tapi aku sedang menyiapkan kertas kerja badminton yang perlu dihantar pada hari Khamis..

Selain itu, baju-baju yang ku basuh juga belum dijemur... Mungkin aku akan tidur jam 4.00 pagi tapi boleh ke aku bangkit semula jam 5.30 pagi? Itu yang merisaukan aku sekarang ni... kalau tidur takut terlajak (tapi belum ada kes terlajak sebelum ni)... kalau tak tidur mahu esok aku dalam keadaan kelalokan....

Aku tidak boleh berceloteh panjang...........

Kata-kata perangsang

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Di petik daripada http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=10

Friday, April 3, 2009

1 APRIL 2009

SELAMAT HARI JADI BUAT INSAN YANG MELAHIRKANKU KEDUNIA INI .....


UNTUK KESIHATAN BADAN MAKANLAH JAMU,
JANGAN PULA LUPA MAKAN PETOLA,
TANGGAL 1 APRIL ADALAH HARI LAHIRMU,
AKAN KU INGAT SAMPAI BILA-BILA,


SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU BONDAKU....