Friday, March 27, 2009

Kawan

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit......

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN,
SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!

dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!! :-)

Thursday, March 26, 2009

HI

Aku ni kalau ngadap komputer dan bukak internet alamatnya 'assignment' lain yg aku buat... yg tajuk assignment tu berkaitan dengan blog aje... he...he...

aku sebenarnya agak risau dengan tugasan PBS yang diberikan ni.... sebab2nya malas lak nak dinyatakan disini...

oklah aku nak menyambung tugasanku yg lebih penting dari update blog...

bye semua....

dan semua kawan-kawanku yg nak amik exam mtest sabtu ni... good luck....

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat



Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang l ain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang b era gama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
se mas a nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."

Wednesday, March 25, 2009

PBS DI SKPBP(2)

Dah 3 hari aku kat SKPBP(2)... malasnya nak mencari bahan2 utk assignment... tapi nak tak nak kena cari gak dan mulut ni kena ringan bertanya..... baru dapat info / bahan berkaitan....

waktu rehat bolehlah aku berjumpa dgn nabeela... waktu kelas malas nak kacau dia... rasanya tiap2 hari makan nasik lemak... member dia tiap2 hari tukar menu.. tapi nabeela asyik nasi lemak je...

Saturday, March 21, 2009

DPLI DAN KPLI

Untuk kengkawan yang dah apply DPLI dan KPLI... di bawah ada info penting untuk u all....
Semoga berjaya....

DPLI Ambilan Julai 2009

Mohon di laman web https://upu.mohe.gov.my/portal_bpkp/online0910/dpli/mohon.php

Tarikh-tarikh penting:

Butir-butir Tarikh

Permohonan dibuka

8 Februari 2009

Tarikh Tutup Permohonan

9 Mac 2009

Tarikh Tutup Penghantaran Salinan Sijil ke IPTA

12 Mac 2009

Semakan untuk Ujian MEdSI (http://www.mpm.edu.my)

13 April 2009

Ujian MEdSI (panduan ujian MEDSI)

18 April 2009

Semakan untuk Temuduga DPLI (http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my)

11 Mei 2009

Tempoh Temuduga DPLI

Mei / Jun 2009

Kemasukan DPLI di IPTA

* Tertakluk kepada perubahan

Julai 2009


IPTA dan pengkhususan yang ditawarkan:-

IPTA Pengkhususan
Universiti Malaya Pendidikan Islam
Universiti Sains Malaysia

tesl, sejarah, geografi, masalah pembelajaran, masalah penglihatan

Universiti Kebangsaan Malaysia

pendidikan jasmani kesihatan, pendidikan islam, perdagangan / keusahawanan, masalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah penglihatan

Universiti Putra Malaysia

pendidikan jasmani kesihatan, kaunseling, tesl, sains pertanian, pendidikan islam, pendidikan moral, ekonomi rumah tangga

Universiti Teknologi Malaysia

pendidikan islam, ekonomi rumah tangga, amalan bengkel mesin, kimpalan, automotif, penyejukan penyamanan udara, kemahiran teknikal, elektrik dan elektronik

Universiti Utara Malaysia

kaunseling, tesl, perdagangan / perniagaan, pendidikan islam, pendidikan moral, perdagangan / keusahawanan, sivik & kewarganegaraan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

kaunseling, tesl, pendidikan islam, guru al - quran kaa, bahasa antarabangsa b. arab

Universiti Malaysia Sabah

pendidikan jasmani kesihatan, tesl, sejarah, geografi

Universiti Pendidikan Sultan Idris

pendidikan jasmani kesihatan, kaunseling, tesl, sains pertanian, computer programming, perdagangan / perniagaan, muzik, seni / seni visual, sejarah, geografi, pendidikan islam, pendidikan moral, perdagangan / keusahawanan, bahasa antarabangsa b. arab, bahasa cina, pengajian am, ekonomi rumah tangga, kemahiran teknikal, kesusasteraan cina, sivik & kewarganegaraan,pendidikan khas (masalah pembelajaran)

UniversitiTeknologi MARA Pendidikan Seni (Reka Cipta), Pendidikan Seni (Reka Tanda)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Lukisan Kejuruteraan
Universiti Sains Islam Malaysia Pendidikan Islam
Universiti Darul Iman Malaysia Pendidikan Islam

KPLI Ambilan Jun 2009

Tarikh-tarikh penting

Butir-butir Tarikh

Iklan permohonan

15 Februari 2009

Permohonan dibuka

16 Febuari hingga 01 Mac

Semakan nama calon dipanggil menduduki MTEST

25 Mac 2009

Pentadbiran ujian MTeST seluruh negara

28 Mac 2009

Semakan nama calon berjaya dipanggil temu duga

22 April 2009

Temu duga KPLI Januari 2009

27 April hingga 15 Mei 2009

Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG)

11 Jun 2009

Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru

22 Jun 2009


cuti sekolah bakal berakhir

Pagini aku dah terpacak depan komputer... saja je melawat blog-blog orang.... (patutnya aku kena buat assignmentkan...)..

cepatnya cuti sekolah dah nak berakhir..... Isnin ni aku dan kawan-kawan tak perlu ke kelas sebab kitaorang kena pegi sekolah pilihan masing-masing untuk projek PBS..... kekadang aku rasa best.. kekadang aku rasa tak best... tapi aku kena rasa bestlah sebab best ke tak best ke aku tetap kena melaluinya.... ramai kengkawan aku yang amik kesempatan pilih sekolah kat kampung masing-masing... ialah waktu nilah nak berdekatan dengan keluargakan... aku yang sememangnya dekat dengan suami dan anak-anak pilih sekolah sebelah rumah ajelah... nak jalan kaki pun boleh........

Dalam cuti seminggu ni... kekadang rasa bosan gak kat umah... tapi kekadang rasa tak sempat nak bosan sebab banyak benda yang boleh aku buat kat umah ni.... Aku ada gak balik umah mak aku (2x)... pagi balik banting, petang dan balik puchong semula... memang perut aku akan kenyang sentiasa bila balik umah mak aku tu....

Untuk kawan-kawan aku di IPGM, KBM selamat melalui PBS.... aku tak pasti kawan-kawan yang lain di maktab lain bila mereka akan melalui PBS.....

Friday, March 20, 2009


Gambar kat atas ni aku curik kat blog kak jem... nak harap aku amik gambar sendiri guna kamera sendiri.... memang payahlah....
Tgk muka aku yang makin hitam....
Pakai baju putih dan tudung sekolah putih... teringat waktu sekolah dulu2....
Ni bergambar waktu hari sukan di bukit jalil... aku mewakili puteri islam dalam perbarisan... walaupun hanya dapat tempat ke 4 jadilahkan...

note: korang tgk muka along (baju pengakap) dan kak jem (baju sukan hijau) tu sama tak????

Wednesday, March 18, 2009

Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinanku dan suami yang ke - 8 tahun. Syukur Alhamdullillah kami bahagia disamping 2 orang cahaya mata. Harapanku agar rumah tangga ini kekal bahagia hingga akhir hayat kami.

Baba...

Adat orang berumahtangga tentulah ada perselisihan faham dan semoga kita akan sentiasa saling maaf memaafi..... dan sudah tentu saling sayang-menyayangi antara satu sama lain...

I love you forever.........

Tuesday, March 17, 2009

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen amalan profesional (profesional practice) . Pengalaman ini memberi pendedahan konteks sebenar alam persekolahan kepada pelajar secara developmental. Peluang ini memberi kefahaman dan membina kesedaran pelajar tentang budaya sekolah dan peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian pengajaran dan strategi pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru; pemerhatian pembelajaran murid; menganalisis tingkah laku murid; serta berkomunikasi dan berinteraksi dengan pentadbir, guru dan komuniti sekolah. Pelajar juga dikehendaki meneliti dokumen dan membuat temu bual dan refleksi. Dengan meneroka pengalaman dan situasi yang baru ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran inqkuiri penemuan. Melalui pembelajaran secara kontekstual dan amalan refleksi serta proses konstruktivisme, pelajar dapat mengaitkan teori dan amali dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pelajar juga dapat membina pengetahuan dan kefahaman baru, dan ini seterusnya menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

2. OBJEKTIF

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat;

(i) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitis;

(ii) memahami budaya sekolah;

(iii) mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;

(iv) memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran;

(v) menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekolah dan di bilik darjah;

(vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa;

(vii) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;

(viii) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;

(ix) membina sikap positif terhadap profesion perguruan;

(x) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan selanjutnya.


AKU DAN KAWAN-KAWAN KPLI YANG LAIN JUGA AKAN MENYERTAI PBS. SEKOLAH YANG AKU PILIH IALAH SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (2) ATAS BEBERAPA SEBAB:

a) Aku pernah mengajar disitu dan mengenali guru disitu.

b) Sekolah bersebelahan dengan rumahku - jimat kos dan masa

c) Nabeela bersekolah disitu - bolehlah aku tengok2kan dia..


ANTARA TAJUK TUGASAN YANG DIBERI

1) Kesantunan berbahasa dalam kalangan warganegara sekolah

2) Penggunaan bahasa dalam majlis rasmi di sekolah –perhimpunan rasmi atau mesyuarat

3) Penggunaan bahasa dalam sistem komunikasi di sekolah – pengumuman, papan tanda, papan kenyataan, memo dan surat menyurat
Aku malam ni cuba nak menyiapkan kertas kerja mengenai pertandingan badminton. Tapi tak siap juga.....

Aku dah ngantuk ni..... tapi kejap lagilah... ada lagi yang aku nak cari di internet ni...

Monday, March 16, 2009

Aku sebenarnya dah serik nak menaip panjang-panjang... aku takut tak boleh di post macam yang berlaku sabtu lepas... jadi malam ni aku taip sikit2 dan post sikit2..

Aku jenguk blog kak jem dia dah tepek gambar2 waktu di BIG dulu... so aku curiklah beberapa keping untuk aku tepekkan dalam blog aku ni...


aku yang pakai baju kuning tu,, partner aku faridah yang pakai baju biru tu...
korang nampaktak yang mana satu aku? gayat jugak bila kena berdiri atas kayak yang terapung ni..
ni waktu sukaneka... bukan pertandingan tarik tali tapi pertandingan tolak tali

ni hari terakhir... tak sabar nak balik.. korang cariklah aku yang pakai tudung hitam dan baju kelabu..
BANYAK LAGI AKTIVITI LAIN SEMASA BIG TU... SORRYLAH TAKDE GAMBAR YANG DAPAT DIABADIKAN.......... SESUNGGUHNYA KENANGAN SEWAKTU BIG TIDAK AKAN AKU LUPAKAN SELAMANYA.........
16 March 2009 - Isnin

Selepas keizinan baba, aku bawak anak-anak aku ke perpustakaan Banting.... tapi hampa sebab perpustakaan itu tutup... tak taulah kenapa tutup. Mungkin hari Isnin bukak sebelah petang kot.. atau mungkin dah memang tutup terus....... aku ni dah lama tak ke situ.. dah lebih 10 tahun dah rasanya...

Hajat dihati nak bawak anak-anak mengenali perpustakaan... tapi tak kesampaian... hajat aku nak cari bahan untuk assignment pun tak kesampaian...

Sebelah petang selepas citer 'Assalamualaikum Cinta', aku dan anak-anak bertolak ke Puchong.

Sebelah malam pula aku menyambung tugasan menyiapkan assignment sambil mengupdated blog...
15 March 2009 - Ahad

Baba terpaksa bekerja... jadi aku dan anak-anak amik keputusan balik ke Banting. Kami 3 beranak tidur di Banting... tapi baba satu malam tak tidur sebab menyiapkan project.... dan hasilnya baba dapat pujian bos.... tahniah baba.....
14 March 2009 -sabtu

Aku, suami dan anak-anak hanya lepak dirumah. Sebelah malam kami menonton konsert AF7 tapi rasa macam tak best betul. Lalu aku tukar ke channel TV3 dan tengok citer .... tak ingat pulak tajuk dia tapi memang best..... mengisahkan seorang model yang masuk Islam........... malas nak nek citer.... tapi yg penting citer tu memang best

Tahun-tahun lepas aku memang tak lepaskan peluang menonton diari atau konsert AF7 tapi tahun ni rasa cam boring je.... napa yek????

Saturday, March 14, 2009

untuk pengetahuan semua... pagi ni dah panjang lebar aku menaip tapi tak dapat nak dipost.... ntahlah apa errornya... dah puas aku mencuba tapi tetap tak berjaya...

nantilah bila senang aku cuba dan menaip lagi...
YAHOOOOOOOOOOOOO............... cuti sekolah sudah bermula.... aku kan tergolong dalam 'budak-budak sekolah'... dah sudah tentulah happy bila bermulanya cuti sekolah... tapi cuti ni bukan boleh enjoy pun sebab berlambak assignment yang kena dibereskan...... takpelah... byk assignment pun asalkan dapat duduk rumah... bukannnya apa.. kalau hari-hari biasa agak sibuk... mana nak hantar anak ke sekolah.. pastu terpaksa mengharungi jalan yang memang selalu jem.... tension betul...... pernah terdetik nak naik motor je tapi baba tak izinkan... lagipun risiko naik motor tu kan lebih tinggi....... lagi-lagi kalau hujan....
aku dan menaip panjang lebar tapi aku tak dapat nak post... tensionnya..

takpelah aku cuba post sikit2...

Monday, March 9, 2009

Saja release tension


Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'


2..Bunuh Setan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'



3.Pak pandir menunjukankan kepandaiannya

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik.'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.

Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'


4.Mamak dapat anak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,
tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira
dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr..?? ???...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…


5..kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.

Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000..
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.



6.Belajar bahasa English

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. ... suatu hari terlanggar
seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall
Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh
pelancong itu... dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '



7.Kek Hari jadi...


Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas,
kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'



8.Anak siapa??

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,

Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??

Sunday, March 8, 2009

Aku sibuk

Begitu sibuk sekali aku sekarang ni... banyak betul assignment yang nak kena buat.... ni pun curi masa sikit updated blog...

Harini baba ke Johor menghadiri majlis persandingan membernya. Aku cadang nak ikut serta tapi tak jadi sebab byk sangat keje yang aku nak ke siapkan.....

Komputer aku pulak dah kena virus... dah tak boleh bukak dah... ni pun guna laptop baba..... tension betul aku dengan virus tu.........

Aku takleh nak berceloteh panjang sebab nak buat keje lain ni......... mata dah ngantuk dah... tapi kenalah bertahan.....