Saturday, February 28, 2009

Geng Upin dan Ipin

Finally dapat gak anak-anak ku tgk citer di atas ni.... Kitaorg tengok malam selasa lepas...
MEmang best............. sesapa yang belum tengok pegilah tengok.......

63 Petua dari Dr. Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan 'pasangan'.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya..

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun..

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.





Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Monday, February 23, 2009

Kisah tentang "Masa"

Bagiku sekarang ni masa memang mencemburuiku. Masa luangku rasanya tak banyak. Semuanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Kalau di Maktab, aku sibuk belajar, membuat assignment, bersukan, berolahraga dan yang terbaru berkawad. Ini disebabkan aku masuk Perbarisan bagi Puteri Islam. Plan asal aku bawak papan tanda je. Tapi disebabkan ahli-ahli perbarisan kekurangan ahli, jadi aku pun join dorang. Lagipun ada sorang lecturer tu kata aku boleh berkawad. Sorrylah kak jem, partner akak untuk bawak papan tanda dah bertukar. Camner ye nanti nak berkawad sambil berkasut tumit dan berbaju kurung. Apapun kita tunggu 5 Mac nanti. Kalau kengkawan nak tengok, moh lah ke Bukit Jalil pada tarikh tersebut.
Cerita pasal masa lagi, kalau kat umah cam biasalah seorang suri rumah, macam-macam keje yang kena buat. Lagipun aku takde orang gaji, jadi semua keje aku kena buat (ada juga bantuan dari suamiku). Itu yang kalau dapat baring sekejap alangkah bahagianya dan memang boleh terlelap dan kekadang tu lena terus. Kalau gini caranya badanku akan semakin slim………………
Ni sebenarnya aku sedang buat assignment, tapi aku curi masa updated blog…. Updated sikit-sikit jadilakan…. Boleh juga jadi tatapan teman-teman yang sudi menatapnya.

Thursday, February 19, 2009

Kisah tentang " Aku tension"

Banyak benda yang aku fikirkan sehingga membuatkan aku TENSION. Hatiku selalu rasa ingin memberontak, marah, geram, ingin menangis dan sebagainya.

Kepada orang-orang di sekelilingku...

TOLONGLAH FAHAMI DIRI KU, KEADAANKU

YA ALLAH,

KU POHON KAU TABAHKANLAH HATI KU INI.....

Sunday, February 15, 2009

Kisah tentang " BINA INSAN GURU"

HARI PERTAMA
Bertolak dari IPGM KBM 10.30 pagi dan sampai dalam pukul 2.30 petang.
Sampai terus sembahyang dan lunch. Selepas itu aktiviti memasang khemah. Setelah siap memasang khemah kami diundi untuk menentukan duduk dikhemah mana. Aku dapat khemah no. 1 bersama2 ainun, habsah, haslina dan narimah.
Sebelah malam diadakan taklimat dan ice breaking. Dan kami bergilir-gilir berjaga malam. Aku kena jaga dari pukul 12.00 hingga 2.00pagi.
Untuk pengetahuan semua semua handphone , dompet dan jam tangan perlu diserahkan kepada fasilitator.

HARI KEDUA
Pepagi lagi dah kena bangun, mandi, solat dan tazkirah. Selepas itu senaman pagi dan berjogging .
Dalam pukul 8.30pagi kami bertolak menaiki bas menuju ke Gunung Engku Busu dimana kami perlu mendaki gunung sepanjang 331.4 meter. Memang memenatkan tapi menyeronokkan. Dalam pukul 12.30 kami dah berada semula di bawah dan terus menaiki bas untuk menuju ke Teluk Batik.
Di teluk batik kami makan tengahari dan selepas itu ada aktiviti keyakinan dalam air. Macam-macam aktiviti yang dilakukan seperti berenang, menyelamat dan macam-macam lagi. Cuaca memang panas terik. Kulit masing-masing jangan citerlah, semuanya dah bertukar colour.
Sebelah malam ada LDK 1 dimana setiap kumpulan dikehendaki membincangkan jawapan bagi cerpen yang bertajuk ‘Ketam’.
Selepas itu ada aktiviti ‘Burung Hantu’ dimana semua mata perlu ditutup dan akhirnya ditinggalkan sorang-sorang di suatu tempat. Rasanya aktiviti tu berakhir jam 3 pagi. Dah habis masing-masing memang tidur tak ingat dunia. Kul 5 pagi dah kena celik semula.

HARI KETIGA
Cam biasa pepagi, solat, tazkirah dan senaman pagi. Selepas tu LDK 2 iaitu aktiviti mencari 5 barang dan menceritakan kebaikan dan keburukan barang tersebut. Selepas itu kena memilih satu nama binatang untuk dijadikan nama kumpulan dan rupa-rupanya perlu membunyikan suara binatang tersebut. Kumpulan aku pilih semut.. manalah tau cammana bunyi semutkan… tapi memang menyeronokkan.
Selepas itu kami terpaksa berlatih untuk membuat persembahan dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan pentas dan macam-macam lagi. Tak sempat nak berlatih lama, sebelah petang ada sukaneka pula dan permainannya ialah lari kepit bola, cari gula-gula dalam tepung, lari ikat kaki, isi air dalam botol dan tolak tali.
Sebelah malam ialah malam kebudayaan. Kumpulan aku memilih untuk menyampaikan sajak yang bertajuk rama-rama… selepas itu melakonkan asal-usul rama-rama iaitu daripada ulat menjadi kepompong dan seterusnya menjadi rama-rama. Aku menjadi kepompong. Selepas itu kami menyanyi lagu kanak-kanak yang bertajuk rama-rama tu sambil menari-nari…. Dan tak sangka kami dapat no. 2.
Aku kena berjaga shift 2.00-4.00pagi.

HARI TERAKHIR
Pagi solat, tazkirah dan senaman pagi. Selepas itu aktiviti REFLEKSI dan majlis penutupan. Selesai majlis penutupan masing-masing sibuk membuka semula khemah dan mengemas apa yang sepatutnya. Dalam pukul 12.15 kami bertolak dari Tg Uda Resort dan singgah di Lumut untuk membeli-belah.
Akhirnya dalam pukul 6.00petang kami selamat sampai ke IPGM KBM



Banyak lagi gambar lain tapi tak sempat nak download... dan kebanyakkan gambar kat kamera orang lain... nantilah kalau dah dapat save gambar tu dari kamera dorang dan kalau ada kesempatan aku download...ok

Saturday, February 7, 2009

Kisah tentang " Salam maaf dari mama"

Assalamualaikum w.b.t.

Kehadapan suami dan anak-anak yang dikasihi dan disayangi selalu. Mula-mula sekali mama ingin meminta maaf kepada kalian kerana mama akan meninggalkan kalian lagi pada 10-13 Feb ni. Mama terpaksa mengikuti aktiviti Bina Insan Guru yang akan diadakan pada Tanjung Uda Resort, Setiawan Perak. Walaupun namanya resort, tapi mama terpaksa juga tidur didalam khemah.

Buat baba yang dicintai,

Terima kasih atas keizinanmu membenarkan mama menyertainya. Dan terima kasih juga kerana pada masa itu baba akan memikul tugas sebagai seorang baba dan mama sekaligus. Mama tau ia mungkin memenatkan abang tapi pengorbanan abang itu akan mama kenang sepanjang hayat. Jagalah anak-anak kita baik-baik. Dan juga jagalah diri abang baik-baik. Jaga kesihatan abang, sebab kalau abang sakit tentu ia akan lebih merumitkan. Tolonglah pujuk anak-anak kita kalau dorang menangis kerana rindukan mama. Kerana pada waktu itu mama tak dapat nak menghubungi kalian kerana kitaorang dilarang berkomunikasi dengan orang luar. Mama tau mesti anak-anak akan nangis kerana rindukan mama terutama Nabeela. Tapi apakan daya. Mama harap anak-anak mama tabah menghadapinya. Mama tau abang takkan nangis tapi dalam hati siapa taukan. Mama tau abang juga tentu rindukan mama kan. Doakan mama selamat disana kerana mama akan menyertai pelbagai aktiviti disana seperti berkayak, mendaki, berlari dsb. Dan doakan kesihatan mama terutama sewaktu berada disana. Sesungguhnya mama rasa sedih nak meninggalkan kalian tapi apakan daya mama.................

Buat anak-anak mama yang disayangi,

Mama tau kalian akan sedih sepanjang ketiadaan mama. Lebih-lebih lagi kita tidak dapat berhubung pada waktu itu. Tapi janganlah menangis sayang... simpanlah air mata itu................................... baba akan menjaga kalian dengan baik sepanjang ketiadaan mama nanti. Jalanilah kehidupan seperti biasa. Sabarlah menghitung hari menunggu kepulangan mama. Hanya 4 hari dan 3 malam sahaja. Mama harap kalian sabar dan jangan menangis ye sayang..... Terima kasih atas pengorbanan kalian. Mama doakan keselamatan kalian walau dimana sahaja kalian berada.

Nabeela,

Mama tau akaklah orang paling sedih bila dapat tau mama akan pergi minggu depan. Seperti yang mama terangkan 2/3 hari lepas, mama harap akak tidak akan menangis terutama sewaktu berada disekolah. Jaga diri baik-baik terutama sewaktu pergi dan balik sekolah (menaiki van)..... Jika mama mampu, sudah tentu mama akan menghantar dan mengambil akak pergi dan balik sekolah. Pada hari-hari biasa memang mama yang menghantar akak ke sekolah. Dan kadang-kadang mama akan hantar akak hingga ke dalam kelas. Dan tengahari akak akan naik van umi.. jaga diri baik-baik. Untuk kesekolah petang pula akak akan naik van acik Hasni. Mama memang berharap sangat umi dan acik hasni akan memastikan keselamatan akak dan kawan-kawan akak yang lain. InsyaAllah tahun depan kalau mama tidak diposting jauh, mungkin kita akan berada disekolah yang sama. Mama harap akan akan mengerti kenapa mama terpaksa juga meninggalkan akak minggu depan............ dan mama minta, janganlah menangis sayang................

Nadeea,

Mama tau Nadeea juga pasti rindukan mama. Mama juga berharap Nadeea tidak menangis....... Jaga diri Nadeea baik-baik terutama sewaktu berada di TADIKA. Sewaktu didalam kelas, dengarlah cakap cikgu dan belajarlah rajin-rajin. Mama doakan NAdeea mudah menerima pengajaran didalam kelas. Mama juga doakan Nadeea akan berjaya didunia dan di akhirat, untuk akak juga sama.

Kakjem,

Kita akan sama meninggalkan keluarga kita minggu depan. Sy tau keadaan akak............. sedih kerana meninggalkan anak dikampung dan sedih kerana suami akak yang tidak sihat tu...... apapun sabarlah menghadapinya. Itu dugaan dari Allah s.w.t.

Kawan-kawan yang lain,

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di laman ini. Harap u all tidak boring membaca entry kali ini..............