Saturday, January 31, 2009

Kisah tentang "Ku sambung mengadap PC"

Sebelum anak-anak aku bangun, baik aku ngadap komputer ni dulu. Minggu depan aku dah start kelas, ntah sempat ntah idak menjenguk blog ni. Tapi akan ku cuba menyempatkan diri.

Harini hari Sabtu dan hari terakhir dalam bulan Januari. Esok bermulalah bulan Feb dan adalah hari cuti Wilayah. Disebabkan esok hari Ahad, jadi cuti dibawa ke hari Isnin. Hari isnin nanti adalah hari yang amat istimewa. Iaitu hari ulangtahun yang ke 7 aku melahirkan anak sulungku iaitu Nabeela. Semoga Nabeela berjaya didunia dan diakhirat.

Esok ada majlis kesyukuran dan baca Yaasin untuk sekolah agama Nabeela. Ini kerana tahun ni mereka dapat belajar dibangunan baru. Sebelum ni mereka menumpang di SKPBP1. InsyaAllah kami akan menghadirkan diri.

Aku takleh nak berceloteh panjang sebab hendak sambung semula tugasanku.

Kisah tentang "Aku penat"

Jam dah menunjukkan 1.40pagi. Badan aku betul2 keletihan, mataku mengantuk, kakiku sakit dan bermacam2 rasa lagi tapi tugasan ku masih belum siap. Haruskah ku sambung tugasan ini atau haruskah aku melelapkan mata???????


Akhirnya aku memilih untuk tidur...... Esok akan ku sambung semula tugasan ini.

Friday, January 30, 2009

Kisah tentang "Hari Jumaat dan bertemu member lama"

Harini baba dah start keje semula setelah cuti panjang + MC. Aku cam biasalah ngan keje-keje kat rumah ni. Disamping itu aku kena siapkan gak tugasan yang diberi oleh pensyarah.
Semalam baba tunjuk ada satu uban kat kepala aku. Dia kata aku dah beruban bila sambung belajar ni…he…he… Yang sebenarnya akukan dah tua kan. Tahun ni umur aku 33 tahun. Syukur juga sebelum umur aku 35 tahun aku diterima dalam KPLI ni sebab had umur ialah tak melebihi 35 tahun.

Alhamdullillah borang penjamin dan saksi tu aku dah siap isi dalam 95%. Bakinya aku tak isi lagi sebab nak kena confirm apa yang patut diisi. Mujur juga kena tulis dalam pen hitam dakwat basah. Sebab aku perasan tulisan aku lebih cantik bila guna pen dakwat basah. He…he..he….

Then aku juga noticed that semua urusan kerajaan kena tulis dengan pen dakwat hitam. Terutama bila menjadi guru nanti. Nak isi buku kedatangan, buku laporan dan lain-lain kena guna pen hitam. Cuma nak tanda buku murid kenalah guna pen dakwat merah. Sesungguhnya pengalaman sebagai guru ganti banyak juga memberi pengalaman sebagai seorang pengajar. Sebenarnya sebagai guru bukan sahaja sebagai pengajar tetapi sebagai pendidik. Besar tanggungjawab seorang guru ni.

Bakal biras aku pun dapat sambung belajar KPLI tapi dia dapat kat Melaka. Bulan 6 nanti InsyaAllah dorang bakal berkahwin. Nampaknya tahun depan ada dua orang menantu mak mertua aku akan menjadi guru dan menyambung warisan bapa dan mak mertuaku sebagai seorang guru. Menantu-menantu yang lain pun hebat-hebat belaka.

Dalam kul 12.00 aku dan anak-anak gerak ke Ampang, Ulu Klang sebab aku nak jumpa member lama aku, Siti Sazifa. Aku nak pinjam buku2 dia. Sekarang ni dia dah jadi pensyarah kat Kolej Tunku Abdul Rahman. Aku parking kereta kat depan office baba then ifa amik aku and we all ke AEON AU2. Ifa belanja KFC sambil we all berborak2. Dia tak bawak anak-anak dia. Kul 2.45 aku gerak balik dan singgah TESCO Puchong. 4.30petang dah sampai umah.

Dah malam ni baru start on PC nak buat tugasan. Actually pagi tadi pun dan ON gak tapi dikacau oleh kedua anak2ku. Last2 dorang yang main game.

Thursday, January 29, 2009

Kisah tentang "Hari Khamis"

Cepatnya dah hari khamis. Lebih kurang 3-4 hari lagi untuk bermula semula kelasku. Byk assignment yang aku belum buat lagi. Ni dah bertenet, sibuk updated blog pulak...he..he.. kejap je. Nanti aku sambung buat assignment.

Alhamdullillah ada komputer kat umah ni. Baba pun dah tolong upgradekan ke windows 2007 (syukur juga suami aku ni celik IT.. ialah diakan bekas student science computer kat UTM dulu)... Pasal laptop tu baba kata kita tunggulah bulan April nanti sebab ada PC fair. Aku ikut je lah.. lagipun boleh buat assignment guna komputer kat umah ni.

Baba masih MC harini sebab sakit mata. Janganlah aku dan anak-anak berjangkit. Semoga baba cepat sembuh ye bang...... Pagini malas pulak nak hantar Nadeea ke Tadika. Biarlah dia sambung tidur.

Borang penjamin dan saksi pun aku tak siap isi lagi. Memang kena siapkan dalam minggu ni juga.

Oh ye nak citer pasal gaji guru ganti yang masih aku belum dapat lagi. Ni utk gaji jadi guru ganti Math (ganti cikgu Shanti). Anak cikgu Shanti tu rasanya dah merangkak dah, tapi gaji aku tak dapat lagi. Dah banyak kali call sekolah. Ada aje alasan akak kerani tu. Tapi aku masih lagi boleh bersabar dan akan terus buat follow-up. Aku kan dah tak keje.. mana ada duit. So aku amat-amat berharap pada gaji guru ganti tu..... banyak lagi buku kena beli ni.

Kisah tentang "Medical Check-up"

Awal pagi lagi (Rabu,28.01.2009) aku dan kak jem dah terpacak kat Klinik Putrajaya. Kak jem datang awal 15minit dari aku, so dia tolong amikkan nombor untuk aku. Bila dah dipanggil ke kaunter pendaftaran, rupa-rupanya medical check-up kat situ pun dikenakan bayaran RM80.00. Baik aku gi klinik swasta, boleh jimat masa. Memang kalau check kat Klinik Putrajaya tu paling cepatpun setengah hari.

Keluar dari klinik putrajaya aku dan kak jem singgah MOF bertujuan untuk mendapatkan pengesahan saksi bagi borang Penjamin kitaorg. Aku dan kak jem terus ke bilik Encik Abu. Selesai urusan disitu singgah jap bilik Ida dan Diana sebab bilik dorang sama floor dengan bilik En. Abu. Berboraklah kejap ngan dorang. Nak singgah bilik kengkawan lain jauhlah pulaknya. Sorry ye kawan-kawan…………..

Kak jem terus ke Shah Alam buat check-up kat Klinik Famili, Seksyen 27. Aku pulak balik amik baba sebab nak bawak dia ke klinik sebab baba sakit mata. Temankan dia ke Klinik Metro… mau sejam menunggu dan baba dapat MC 2 hari. Pastu kitaorg ke Klinik Famili, Bandar Puteri. Syukur takde orang dan kos untuk medical check-up termasuk x-ray ialah RM80.00. Selesai urusan medical check-up.

Harini sekolah pagi Nabeela bercuti lagi sehingga 1 Feb depan. Dia taknak susahkan baba untuk jaga dia, jadi dia menumpang kat Tadika Nadeea. Sebelah petang dia ke sekolah agama.

Sunday, January 25, 2009

Kisah tentang " cuti dari ke kelas"

Bestnya harini bermulanya cuti dan kelas akan mula semula 3 Feb nanti. Tapi bercuti dari ke kelas sahaja............. aku tetap kena membuat assingment/tugasan yang diberi. Nasib baik kat rumah ni ada komputer 2 bijik... tapi plan nak kena beli laptop juga..(manalah nak korek duit ni).
Sebagai student, sebuah laptop adalah sangat2 diperlukan. Boleh juga membuat tugasan sewaktu takde kelas.

Taktau nak mula dengan tugasan yang mana ni.. tugasan dirumah seperti melipat kain, membasuh, memasak dll juga perlu difikirkan. Apapun itu semua akan jua aku hadapi. Kalau gini caranya makin kuruslah badan aku ni...he...he....

Petang ni mungkin akan balik Ijok.. kenalah bawak sikit buku2 kan...


Saturday, January 24, 2009

Kisah tentang "kehidupan sebagai pelajar IPGM KBM"

Memang tidak dinafikan kesibukan memang melanda diriku. Mana nak uruskan urusan rumah tangga, mana nak uruskan hal belajar lagi. Tapi semuanya tu adalah satu lumrah.. bukan aku sorang yang menghadapi... ramai lagi kawan-kawan lain yang melaluinya.. apalah guna mengeluh (walaupun ada kalanya aku mengeluh juga)....

Diawal pagi dah kena bangun dan menguruskan anak-anak untuk kesekolah. Then dalam kul 6.45pagi aku dah keluar rumah dan menghantar Nabeela ke sekolah. Nadeea baba yang hantar sebab sekolah dia bukak dalam kul 7.15pagi. Then kena menghadapi kesesakan di LDP. Lepas LDP aku terus ikut NPE sebab tak sanggup nak menghadapi Federal Highway. Walaupun kadar tol yang berganda-ganda... takpelah asalkan dapat sampai ke kelas sebelum kul 8.00pagi.

Tiap-tiap hari mula kelas dalam kul 8.00pagi. Takleh lewat sebab akan direkodkan dalam buku kedatangan sebagai lewat. Dan selalunya kelas berlanjutan sampai kul 1.30ptg. Sebelah petang pula kena hadiri sukan, unit beruniform, olahraga dll.. Untuk hari Rabu dan Khamis memang lebih memenatkan sebabnya sampai kul 7.00malam. Balik nak menghadapi kesesakan lagi...

Untuk menyambung pelajaran ni, aku kena kuatkan mental, fizikal, emosi, jasmani, rohani dll. Semuanya terpaksa dihadapi. Untuk memasuki KPLI ini bukannya mudah, jadi bila dah dapat tak boleh disia-siakan. Beribu lagi orang diluar sana yang menantikan peluang ini.

Setakat ni dah ada 7 assingment yang menanti. Dan aku akan memulakannya InsyaAllah harini atau esok.. kalau boleh tak mau buat keje last minute. Dan Alhamdullillah ada cuti dalam 8-9 hari ni... banyak benda yang nak kete settle. Medical check-up tak buat lagi. Borang perjanjian tak siap isi lagi....

Aku akui kat sini memang kena pakai banyak duit.. yang pertama tentulah nak kena beli buku-buku rujukan. Then kena beli uniform untuk unit beruniform, pakaian sukan dan macam-macam lagi. Setakat ni masih lagi belum dapat elaun sebab banyak lagi dokumen yang perlu diselesaikan. InsyaAllah dalam bulan Mac nanti baru dapat elaun. Walaupun hanya RM1336 sebulan tapi dah tentu aku bersyukur kepada Allah............

Semalam aku, suami dan anak-anak ke Jaya Jusco. Tujuan utama nak membeli buku2... banyak buku kena beli ni. Esok-esok kena survey kedai buku lain pulak. Dan sekarang syukur juga kerana ada kemudahan internet.. kerana ia mempermudahkan lagi urusanku......

Unit badan beruniform aku memilih dan terpilih dalam Puteri Islam. Untuk rumah sukan, aku dapat rumah PERWIRA (rumah biru), untuk permainan aku dapat badminton (dan aku menjadi setiausaha). Nak main badminton kenalah ada racketkan... nak kena beli lagi.......

Wednesday, January 21, 2009

Kisah tentang "minggu pertama sebagai pelajar"

Dulu masa belajar masih bujang lagi. Sekarang ni dah berstatus sebagai isteri dan ibu. Mana nak buat keje rumah, mana nak buat keje sekolah lagi.... aduiii.. mmg banyak menguji kesabaranku.... Hari Isnin lepas, kelas sampai kul 1.30ptg tapi sebelah petang ada sambutan maal hijrah. Semalam pun kelas sampai 1.30ptg.. tapi sebelah petang ada kelas GERKO dari 2.30-4.30ptg...

Harini memang amat-amat meletihkan... pepagi dah ada kelas pendidikan jasmani... pastu kelas berderet2.......... sampailah kul 6.30ptg tadi.... cuaca hujan pulak tu.... jalan jangan cakaplah... jem giler.... sampai kaki kiri rasa pun ikut jem gak... tapi ku gagahkan diri juga membawa kete... dahlah mengantuk giler... kepala pening.. rasa nak muntah nak terkencing pun ada... bayangkanlah jem dari bangsar sampai puchong... balik rumah terus mandi dan 'pengsan'. Lepas dah charged battery (tidur le)... ni bangun nak buat assingment lak... tapi curi masa sikit update blog...he...he...

Esok pun sampai kul 7ptg gak... esok ada unit beruniform.. tak tau lagi dapat masuk unit beruniform mana... pasal permainan aku dapat badminton (my first choice)... syukur... kak jem dapat bola keranjang.... (tgh bayangkan camner kak jem nak main bola keranjang...he..he... jgn mare kak)....

Disebabkan yang amik bahasa melayu dalam 80org, jadi kami dipecahkan kelas mengikut abjad pangkal nama ... disebabkan nama aku bermula dengan huruf 'r'... so aku dapat masuk kelas 1C (cantik, cemerlang, comel....he...he.....). Aku ngan kak jem dah jarang dapat berjumpa........ ialah dia budak kelas 1A, aku kelas 1C.... apapun kalau berjumpa banyak cerita yang nak diborakkan...
takleh nak berceloteh panjang..... salam rindu untuk u all...........

Sunday, January 18, 2009

Kisah tentang "minggu orientasi di IPG KBM"

Alhamdullillah dah selamat minggu orientasi kat IPG KBM (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu)... hari pertama memang rasa sedih sangat.. anak-anak pun menangis macam tak nak lepaskan mama dia ni pergi..... tapi apakan daya mama terpaksa juga meninggalkan dorang... aku dan suami sampai ke IPG dalam kul 8.35pagi... dan lepas tu sibuk menguruskan pendaftaran. Kawan baikku kak jem datang lewat setengah jam dariku kerana suaminya kurang sihat... Dan bila aku dan kak jem menguruskan pendaftaran suamiku dan suami kak jem (haleem dan halim) lepak sambil berborak2.. nasib baik dorang ada geng berborak...

Dah habis mendaftar tibalah masa untuk mendaftar asrama pulak... bila tgk keadaan asrama agak sedih juga.. yang ada hanya katil, tilam, almari dan meja study je... bantal dan cadar tidak dibekalkan... dan ptg tu baba dan anak-anak datang untuk menghantar bantal, cadar dan kain sejadah....... anak-anak pun moody petang tu... nak mengamuk dan menangis je... sian sangat kat dorang....

Untuk hari seterusnya baba dan anak-anak tak datang melawat... tapi kurang sikit rindu kat dorang sebab saling berhubung kat telefon.........

Disebabkan dari pagi, petang, malam aku bersama-sama kak jem jadi cerita kami memang sama.. so u all boleh link kat sini untuk cerita lanjut. Cuma yang paling best sekali aku mencuba bakat menari di malam kebudayaan... tak sangka group kami mendapat tempat pertama. Dan disebabkan dinobatkan sebagai johan, kami membuat persembahan sekali lagi pada majlis penutup...........

Sunday, January 11, 2009

Kisah tentang "pengorbanan seorang ibu"

Hari ni ntah kenapa tergerak nak bercerita tentang pengorbanan seorang ibu. My mom call malam tadi, dia kata nak datang harini. Disebabkan we all tak balik Banting minggu ni, jadi my mom kata dia nak datang jenguk anaknya yang duduk paling jauh dengan dia ni..... dan dia kata nak bawak ikan masin pari masak cili api. Bukannya saya mengidam nak makan benda ni sekarang ni.... cuma saya pernah mengidamkannya suatu ketika dulu... tapi my mom kata dia nak bawakkan... Ya Allah... sudah tentunya saya akan rasa gembira dan berterima kasih banyak2... Rasa bersalah pulak tak balik kampung dan my mom sanggup datang ke sini pulak. Bukannya tak nak balik tapi kena menyiapkan baju-baju untuk dibawa ke maktab esok.. juga nak menggosok baju-baju anak-anak sekolah dan baju keje suamiku.... adakah itu satu alasan? Sorry mak, really bukan taknak balik kampung... tapi boleh dikatakan tiap-tiap minggu akan balik kampung.. berselang-seli antara banting dan ijok... tapi dah mak kata nak datang takkan nak halang... kesian sebenarnya nak biarkan mak naik umah tingkat 5 ni. Daya orang tua tentulah tak berapa kuatkan..... Dari kecil tak pernah berpisah dengan mak, dan bila dapat masuk UPM dulu.. maklah orang paling sedih sebab terpaksa berpisah denganku.. tiap-tiap hari dia akan jenguk bilikku.

Buat ibuku.. Puan Siti Jarah binti Mokhtar... aku sayang padamu sampai bila-bila dan tak tau camana rasanya bila mak sudah tidak ada lagi.. ku doakan mak panjang umur dan sihat walafiat.. terima kasih kerana telah membesarkan ku...

Dan buat kawan baikku, k.jem yang terpaksa menghantar anaknya ke kampung demi untuk menyambung pelajaran dimaktab... sy faham perasaan akak itu... walauapapun banyakkan bersabar... zaman sekarang ni makin canggih banyak cara untuk berkomunikasi... tapi itu semua tak sama dengan anak yang didepan matakan........ sabar yer... tapi bila anak kat depan mata, ada aje benda yang membuatkan kita membebel dan marahkan... itulah seorang ibu... walaupun suka membebel atau marah... tapi kasih-sayangnya rasanya melebihi seorang bapa.. cuma kalau saya dalam situasi akak... memang saya takkan sanggup membiarkan anak di kampung... apapun banyakkan bersabar dan jangan sedih.

Untuk zie pula, yang selalu risaukan anaknya si aqil tu...he...he.. InsyaAllah aqil akan selamat disekolah... kita sebagai ibu akan terus mendoakan keselamatan anak kita walau dimanapun mereka berada...

Buat diriku sendiri yang tak pernah berpisah tidur malam dengan anak-anak... tak dapat nak bayangkan perasaanku yang terpaksa berpisah dengan dorang minggu depan.... sedihnya.... Nabeela yang nak masuk 7 tahun ni... memang tak pernah berpisah dengan mamanya (pada waktu mala) selama 7 tahun ni... sudah tentu Nabeela akan rasa sedih dan rindu kat mama... Nabeela kan sensitif orangnya... sebaknya.... Nadeea pula.. waktu selepas lahir dia pernah ditahan di wad selama seminggu... waktu seminggu tu memang berpisah waktu malam dengan dia tapi sebelah siang tiap-tiap hari aku menjenguknya... dan sejak itu dia pun tak pernah berpisah tidur malam dengan ku... alahai........ camana nak hadapi ni... malam ni malam terakhir tidur dengan diorang.... mulai malam esok aku akan tidur diasrama sehinggalah Jumaat nanti.... walaupun hanya 5 hari, 4 malam tapi sure aku akan rasa rindu dan sedih.... dan selama seminggu nanti baba akan uruskan persekolahan dorang.... tapi jangan risau, mama akan siapkan menggosok baju sekolah dorang... tapi stock baju hanya sampai hari rabu je (Nabeela 6 pasang, Nadeea 3 pasang)... jadi untuk hari Khamis dan Jumaat baba kena gosokkan baju dorang. Terima kasih kerana pengorbanan abang dan keizinan abang ......... I love you.............

Untuk anak-anak diluar sana, jagalah perasaan seorang ibu... janganlah sesekali membenci ibu kerana merekalah yang mengandung dan membesarkan kita... janganlah melukakan hati seorang ibu....... dan jika anda telah meninggalkan ibu anda... pulanglah kepada mereka kerana mereka tentu merindui anda..........

Buat kawan-kawanku yang lain yang memang seorang ibu/mama/umi/mummy/emak..... walau apapun panggilan untuk anda......... tahniah kerana telah menjaga anak-anak kalian dengan baik.....

Saturday, January 10, 2009

Kisah tentang "rutin seharian selama seminggu"

Salam semua,

Rindunya dengan blog ni.. sejak dah duduk rumah ni mana sempat nak bukak komputer... tiap-tiap hari sibuk. Tiap-tiap hari saya akan bangun lebih kurang pukul 5 pagi dan terus buat keje apa yang patut seperti menyediakan sarapan, jemur baju, gosok baju, siapkan anak-anak untuk kesekolah. Mujur juga Nabeela dah boleh mandi sendiri dan bersiap sendiri. Dan Alhamdullillah sejak mula sekolah ni dia senang bangun pagi.

Hari Isnin
- Sila rujuk entry sebelum ni.

Hari Selasa
Lepas hantar Nabeela ke SKPBP(2), hantar Nadeea pula ke Pasti Bestari. Lepas tu dalam pukul 9.45pagi saya bergegas ke MOF sebab ada jamuan perpisahan. Baba masih bercuti dan dia ke sekolah Nabeela berjalan kaki. Lepas habis di MOF mama terus ke sekolah untuk ambil baba dan Nabeela. Then balik rumah dan lepas lunch hantar Nabeela ke Sekolah Agama pula. Petang ambil Nabeela dan Nadeea... Nadeea hari pertama di sekolah jadi dia terlebih excited sampai tak tido, malam dalam kul 8.00 dia terus lena sampai pagi. Mama pun lebih kul 8.30 malam tido gak... letih dan ngantuk sangat.

Hari Rabu
Baba dah mula keje. Lepas hantar Nabeela ke SKPBP(2), hantar Nadeea pula ke Pasti Bestari. Lepas tu balik rumah buat keje-keje mana yang patut dan tengahari kesekolah Nabeela untuk ajar dia camner nak naik van Umi. Pastu mama ke Pasti Bestari pula sebab Nabeela transit kat situ. Ajar dia naik van Kak Hasni pula. Lepas tu mama ke sekolah agama pula untuk pastikan Nabeela dah selamat sampai. Mama intai je dia dari tingkap. Then balik umah mama menyiapkan mengisi borang-borang untuk masuk maktab tu. Ptg keluar lagi amik Nabeela dan Nadeea. Singgah makan kat Siti Seafood dan terus balik umah. Malam pun 'pengsan' awal.

Hari Khamis
Lepas hantar Nabeela ke SKPBP(2), hantar Nadeea pula ke Pasti Bestari. Lepas tu mama terus ke Shah Alam. Nyesallak pegi pagi-pagi sebab jalan jem. Mama ke Pejabat Pos Shah Alam untuk beli setem hasil. Then dalam kul 9.00pagi dah sampai Alam Sentral. Plan nak cuci gambar ukuran pasport kat situ sebab murah iaitu 30keping = RM10.00. Tapi kedai bukaknya kul 10.30pagi. Berjanggut menunggu. Dah settle urusan kat Alam Sentral, mama singgah Tesco Puchong untuk membeli belah.... then singgah SKPBP(2) untuk monitor Nabeela naik van umi. PAstu singgah Pasti Bestari untuk monitor dia naik van Kak Hasni pula. Nadeea ikut mama balik dan we all ke Sekolah agama untuk pastikan akak selamat sampai. Pastu balik umah ngan Nadeea dan petang Nabeela naik van kak Hasni sampai Pasti Bestari. Duit dan beg duit dia hilang. Katanya ada orang tolak dia waktu nak beli makanan... Hilanglah RM2 dan hilanglah beg duit kesayangan mama tu.. 2 hari sebelum tu pun hilang gak (mungkin ditarik orang)... duitnya hilang tapi beg duitnya dijumpai. Risau gak kalau sekolah tu memang ada yang suka mencuri duit. Jadi mama dan baba plan, Nabeela takyah membeli dan mama akan bawakan bekal untuk dimakan di sekolah petang.

Hari Jumaat
Pagi cam biasalah menghantar Nabeela ke sekolah dan mama terus daftarkan Nadeea utk darjah satu kat sekolah yang sama. Lepas hantar Nadeea mama balik umah dan cam biasalah buat keje-keje umah. Semalam dah janji nak amik Nabeela kat sekolah. Tapi sibuk dengan urusan keje rumah dan urusan borang-borang, mama tak amik dia dan anggap umi akan amik dia... Dalam kul 12.30 mama sampai Pasti Bestari, umi kata 'bukan eta yang amik Nabeela ke, sebab Nabeela taknak naik van umi dan dia kata mama akan amik dia'.... then bergegas mama ke sekolah... rupa-rupanya dia tengah menangis..... kesian dan sedih sangat mama tgk dia.... mama betul2 rasa bersalah dan betul-betul mintak maaf sayang... ialah selama 1/2 jam dia tunggu mama dan tak nampak bayang... sure takut dan sedih............ InsyaAllah mama takkan buat lagi sayang....... then amik Nadeea dan terus balik umah. Nabeela tak bersekolah agama sebab ada keje-keje menurap jalan kat sekolah tu...

Hari Sabtu
Harini le... disebabkan dah terbiasa bangun kul 5pagi.. harini pun sama tapi terus bertenggek depan komputer... tak tau lagi nak kemana harini. Dan tak balik kampung minggu ni sebab mama kena uruskan hal-hal berkaitan nak masuk maktab ni. Minggu depan selama 5 hari mama kena duduk asrama. sedihnya nak berpisah ngan anak-anak dan suami... dan for sure tak dapat memblog next week.

Lain-lain hal
1) tak dapat nak download gambar sebab ada masalah sikit... bosannya
2) tak taulah ada org baca ke tak entry ni sebab panjang.. tak kisahlah...
3) disebabkan tak selalu dpt berblog... mama cuma berblog dalam diari je... he..he...

Monday, January 5, 2009

Kisah tentang " Hari Persekolahan Nabeela"

Harini hari pertama Nabeela dalam darjah satu di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2. Sy ni dulu bekas guru ganti kat sekolah tu, jadi kenallah dengan cikgu-cikgu kat situ..... Walaupun sekolah bersebelahan dengan rumah tapi sy tetap hantar Nabeela naik kereta... sebabnya letihlah nak berjalan kaki... Pastu bila dah dekat keluar lambat sikitlah.... dan udahnya susah dapat parking sebab dah penuh... akhirnya parking je mana-mana dan blocking kete orang...

Pagi ada perhimpunan pagi Isnin selama lebih kurang 1/2 jam. Pastu bila dah pastikan Nabeela selamat masuk kelas, dalam kul 9 pagi saya balik umah.... nak dekat kul 10 pagi saya ke sekolah semula... sebab nak temankan dia waktu rehat... pastu balik umah... tengahhari amik dia pulang dari sekolah... Letih gak dibuatnya....

Sebelah petang Nabeela bersekolah agama pula... kali ni hantar dengan baba sekali.. pastu tinggalkan Nabeela dan kitaorg ke Tesco pulak membeli barang-barang keperluan umah..

Oklah takleh nak berceloteh panjang sebab dah maghrib ni... gambar pun tak sempat nak download.........

Friday, January 2, 2009

KIsah tentang "kehidupanku sebagai suri rumah"

Dah masuk tahun baru 2009. Ini bermakna saya bukan lagi kakitangan MOF. Sementara menunggu daftar ke IPBMM 12 Jan ni.... saya menjadi suri rumah sepenuh masa... harini baba keje, jadi saya dan anak-anak hanya dirumah. Ada perancangan nak keluar untuk cuci gambar Nabeela tapi malasnya nak keluar.. Udahnya dok kat umah dari siang sampai malam. Ada projek besar yang saya buat hari ni iaitu menggosok baju secara besar-besaran. Sampai 2 trip saya menggosok baju. Sumenya baju sekolah anak-anak dan adalah sehelai baju saya dan 3 helai tudung saya.

Disebabkan kat umah ni nak online kena tunggu baba ada sebab guna hp dia, jd mungkin jarang-jarang saya berblog. Dan alang-alang dah berblog, saya nak berblog panjang-panjang le.. Tapi line internet kat umah ni tak selaju kat ofis dan nak download gambar punyelah lama..... bosan je... tapi saya kenalah bersyukur sebab dapat jugak saya berblog...he..he...

Anak-anak saya dah agak besar juga, jadi senang sikit nak menjaga dorang.. dorang boleh mandi sendiri, makan sendiri (tp biasanya saya suapkan), main sendiri dan macam-macam lagilah.. Esok Nabeela kena ke sekolah untuk hari orientasi darjah satu.Dan dalam masa sebulan lagi Nabeela akan berumur 7 tahun.


Esok Nabeela juga akan ada ujian untuk tentukan kelas. Harap-harap Nabeela akan berjaya masuk kelas yang terbaik.... Amin. Isnin nanti adalah permulaan Nabeela di alam persekolahan sekolah rendah. Nadeea pun akan bersekolah tadika pada selasa depan. Semoga kedua-dua anak mama berjaya. Kat bawah ni gambar anak-anak mama lebih kurang 4 tahun yang lepas... cepat je masa berlalu....