Wednesday, December 30, 2009

Penempatan di Hulu Langat

Setakat ini aku dah tau dimana daerah aku akan ditempatkan iaitu Daerah Hulu Langat. Semalam PPD Hulu langat call aku dan mengarahkan aku untuk ke sana esok, jam 9 pagi atas urusan pengambilan surat. Setelah itu barulah aku tau sekolah mana aku akan ditempatkan.....

Aku rasa yang baru dapat panggilan hanya dari PPD Hulu Langat, Klang dan Petaling Utama... so kawan2 yang belum dapat panggilan.. sure korang di PPD selain yang disebutkan... sabarye kawan2....

Aku masih lagi takut dan berdebar2 walaupun dah tau daerah mana.... jauh juga dari umah ni... tgklah camner.. mungkin akan berpindah ke sana atau ntahlah... cuma kita tunggu dan lihat

Berikut adalah PPD yang terdapat di Selangor:
PPD Klang

PPD Kuala Langat

PPD Hulu Langat

PPD Kuala Selangor

PPD Hulu Selangor

PPD Sabak Bernam

PPD Gombak

PPD Sepang

PPD PEtaling Perdana

PPD Petaling Utama

Tuesday, December 29, 2009

Good Luck

Kemungkinan hari ini atau esok akan diketahui penempatan sekolah.... Harapan aku biarlah ianya akan menggembirakan hati semua orang termasuklah aku...

Aku dengar ramai tul tahun ni yang ke Johor terutama yang bujang2 (perempuan). Yang bujang2 lelaki pula terbang ke Sarawak. Aku doakan semuanya dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru dan bersama2lah kita meningkatkan modal insan...

Good Luck to All


Monday, December 28, 2009

Cuti sekolah bakal berakhir

Isnin depan akan bermulanya penggal baru persekolahan. Tapi hingga ke saat ini aku masih belum tahu aku akan ditempatkan di sekolah mana. Mungkin esok akan ku ketahui. InsyaAllah.

Semalam mencari baju sekolah Nabeela di Hari-hari tapi tiada stock untuk saiz yang bersesuaian dengan Nabeela. Esok terpaksalah aku mencari di tempat lain. Semalam sempat juga aku ke jualan gudang Bata dan membeli 2 pasang kasut untuk Nabeela. Buku-buku tulis dan buku rampaian untuk Nabeela sudah dibeli. Buku-buku teks dan buku-buku aktiviti juga sudah dibalut. Dan hari Sabtu ni kena menjelaskan bayaran tambahan yang berjumlah RM38.50. Yuran PIBG pula perlu dibayar selepas mesyuarat PIBG. Nampaknya Nabeela akan meneruskan persekolahan (darjah 2) di SKPBP(2). Sampai bila aku tidak pasti, semuanya bergantung pada keadaan sekolah mama dia nanti.. Itu akan difikirkan dan dibincangkan kemudian.

Untuk sekolah agama pula, aku belum lagi mendaftar untuk darjah dua dan belum lagi membayar yuran dan buku2. InsyaAllah akan kubuat pada Rabu nanti. Esok aku hal yang lebih penting untuk diselesaikan.

Nadeea juga akan meneruskan persekolahan di Tadika Pasti Bestari. Pendaftaran dan pembayaran pun belum aku buat lagi. InsyaAllah Rabu nanti.

Rabu ni juga member sekelas aku iaitu Noralima akan berangkat ke Sarawak sebab beliau dipostingkan ke sana (atas permintaan beliau sendiri kerana beliau memang orang Sarawak). Ada member yang mengajak aku untuk ke LCCT untuk bertemu dengan Ima.. InsyaAllah kalau takde aral melintang aku akan pergi.

Esok pagi kalau aku masih tidak dapat menghubungi Jabatan Pelajaran Selangor, mungkin aku akan ke sana (bergantung pada keadaan). Pada sebelah petang aku ada appointment dengan doctor.

Khamis pula akak ipar aku sekeluarga akan pulang ke Perth. Kalau baba berkelapangan mungkin kami akan berjumpa angah di KLIA. InsyaAllah.

Nampaknya sepanjang minggu ni aku sibuk.. Harini pun patutnya aku keluar membeli barang dapur tapi rasa malas sangat nak keluar… Sebenarnya hari ni banyak kali aku call Jabatan Pelajaran Selangor tapi line asyik busy aje… musykil juga aku takkan sepanjang hari asyik busy aje… adakah betul2 busy atau ada sebab2 lain.. Ntahlah aku malas nak komen panjang… aku dengar kawan aku dah dapat panggilan dari Jabatan Pelajaran Pahang dan beliau perlu mendaftar di Jabatan Pelajaran Pahang hari Sabtu ni…. Selain tu, aku dapat tahu member aku yang ambik Pendidikan Khas dapat Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai. Terkejut gak aku sebab KPLI kan untuk sekolah rendah… Aku harap janganlah aku dapat sek. Men….

Panjang lebar dah aku menaip ni…. Aku stop kat sini dululah…..

Friday, December 25, 2009

Posting3

Ni nak story pasal posting lagi... harap2 takde yang jemu membacanya... almaklumlah story ni tengah panas untuk bakal2 cikgu yang sama batch ngan aku..

Semalam aku call JPN selangor, aku tanya bila tarikh lapor diri.. dorang pun tak tau bila... then dorang kata surat dapat lepas 30hb... 29hb ni korang boleh check penempatan sekolah di talian 03-55186517

EH.. Takleh nak story panjang. kalau ada apa2 update pasal posting aku bagitau wokey... ammaaaa

Sekolah anak


Selasa lepas iaitu selepas pulang dari KPM aku singgah sekolah Nabeela. Aku membeli buku2 tulis nabeela... walaupun aku masih tak pasti akan mengajar dimana tetapi aku dan suami dah decided bahawa nabeela akan tetap disekolah lama... berapa lama? itu akan dibincangkan kemudian dan mengikut keadaan sekolah aku nanti.

Aku menyudahkan kerja membalut buku sekolah anak... dengan adanya pembalut buku yang aku beli kat mydin, segalanya jadi mudah......... dahlah murah...

Kali ni ntah kenapa aku malas betul nak menulis nama dorang.. so aku print dari komputer dan tampal kat buku dorang.. dan untuk buku tulis pula aku tempah rubber stamp nama dorang dan aku hanya chop ajelah... senang sikit keje akukan...





Tuesday, December 22, 2009

Posting2

Disebabkan susah sangat nak tembusi talian Kementerian Pelajaran Malaysia, jadi aku dan Ila amik keputusan pergi sendiri ke KPM. Dan Alhamdullillah aku ditempatkan di negeri Selangor tapi masih tak pasti di sekolah mana pulak. Bila aku call Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, keputusan hanya akan diketahui selepas 29 hb pula…. Takpelah… walauapapun syukur sangat aku dapat mengajar di negeri Selangor ini.

Berikut adalah senarai nama kawan-kawan sekelas aku dan negeri penempatan mereka.

Aniza – Selangor

Hamdan – Sarawak

Huzaimi – Kedah

Nazim – KL

Noraien – KL

Ainun – Johor

Alima – Sarawak

Azlina Rajab – KL

Azlina Hanafiah – Johor

Azlina Zainal – Negeri Sembilan

Fazilah – Selangor

Norziana – Selangor

Rafidah – Johor

Rohani Ibrahim – KL

Rohani Mahasan – Selangor

Roslawati – KL

Rozita – Selangor

Roznilah – Selangor

Rushmani – Selangor

Saliza – KL

Salmiah – Selangor

Kebanyakan daripada kami dapat negeri pilihan kami kecuali beberapa orang iaitu Hamdan, Lina Hanafiah dan Rafidah je yang dapat negeri bukan pilihan dorang…. Harap korang tabahkan hati dan redha menerimanya.

Dan untuk kak jem yang juga dapat Selangor, tahniah dan bersyukur pada Allah… dan harapan supaya sekolah yang kita ditempatkan nanti janganlah terlalu jauh dari rumah……

Posting

Macam2 citer pasal posting ni... dan ramai yang cuba untuk menembusi talian KPM tapi tak berjaya... aku relax je... tak cuba call pun............ TAPI.... hari ini aku akan mencuba nasib.. manalah tau....

check kat internet hanya ada penempatan untuk ijazah sarjana muda pendidikan je..... (tuk dak PISMP kot)... bila lak nak kuar untuk budak KPLI gak....

walau apapun aku tetap berdoa agar aku dapat mengajar di negeri kelahiran aku ni... MERAH KUNING - SELANGOR.......

Sunday, December 20, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Day 1

Kami bertolak dari Puchong
dalam kul 10.00 pagi... kenapa pagi sangat sedangkan nak check-in kul 3.00pm??????? sebabnya we all nak ke Banting dulu kerana nak ambil roti jala yang ditempah untuk dijadikan makanan petang..

Selepas makan2 di Banting, dalam kul 12.00 tengah hari we all bertolak dan singgah di Masjid KLIA sebab baba nak sembahyang Jumaat di situ.
Dalam kul 2.00petang kami bertolak ke A FAMOSA RESORT. Perjalanan mengambil masa sejam aje. Disebabkan my biras yang buat booking tu tak sampai lagi dan check-in pula ditunda ke pukul 4petang... kami 4 beranak ber'siar-siar' di alor gajah....... bosan betul......... takde apa yang menarik.

Then dalam kul 4.30 sampai A FAMOSA RESORT. Disebabkan ada beberapa 'masalah' akhirnya dalam kul 5.30 ptg baru dalam masuk rumah........ anak-anak tak sabar nak mandi. Diaorang pun meneruskan pelbagai aktiv
iti di kolam renang.

Disebabkan hanya ada 4 buah bilik sedangkan kami ada 6 keluarga terpaksalah kami share bilik... dan aku dan baba dengan rela hati tidur di ruang tamu... tak kisahlah tidur di mana2 asalkan suami ada disisi.. sapa setuju angkat tangan kanan anda... he..he...

Day 2

Awal pagi anak2 dan anak2 sedara dah tak sabar nak berendam kat swimming pool... baba pun join sekali....... dan yang paling best ialah bila baba campakkan tilam angin ke dalam swimming pool... bolehlah dorang berbaring2 di situ... dan boleh buat kapal... tapi aku, kakak2 ipar dan biras2 tak kuasa nak berendam, lebih baik lepak kat dalam umah je....

Kami tak ke mana-mana pun sebab cuaca tak mengizinkan...... asyik hujan je....

Day 3

Anak-anak meneruskan aktiviti berendam, berenang, bermain di swimming pool... sedangkan kaum ibu sedang ibu sibuk mengemas barang2... kaum bapa pula??????........

Kami bertolak balik dalam kul 12.30 kot.... along sekeluarga singgah seremban, abg adi sekeluarga balik keramat terus, dan yang baki2nya iaitu mertuaku, angah sekeluarga, akeem dan isteri dan aku sekeluarga singgah Bangsar sebab ada kenduri cukur jambul... mujur makanan masih ada lagi... aku ni dah kebulur, siap tambah nasi lagi.... (memang kuat makan isteri haleem ni).....

Balik dari Bangsar kitaorg singgah Giant jap... ada 'hal' sikit....... dan sampai umah kul 4.oo petang......

Percutian kali ni lebih kepada berehat dan menenangkan fikiran le kira2nya... aku ok aje walau ke mana aje dorang ajak bercuti...... dengar2nya dorang plan nak bercuti lagi Jun nanti......

Sorrylah takde banyak gambar sebab camera out of memory... kalau nak tgk gambar nanti tunggu angah post dalam blog dia okey.........

Thursday, December 17, 2009

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan

Tahniah kepada baba yang sudah berkhidmat di Pernec selama 10 tahun.

Semalam temankan baba untuk menerima anugerah/hadiah.

Majlis : Penyampaian Anugerah Perkhidmatan
Tarikh : 16 Disember 2009
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan.


Note:
1) Tahniah baba
2) Kalau keje cikgu ni memang dah time-based naik pangkat

Aku dapat duit...

Alhamdullillah setelah lebih kurang menunggu selama setahun setengah akhirnya dapat juga aku gaji sebagai guru ganti..... Itupun setelah banyak kali aku mem'follow up'... kalau tak follow up ntahlah.......... tapi ada hikmahnya sebab bulan ni memang aku takde bergaji atau berelaun pun.. so duit ni memang banyak membantu..

Cuma yang aku harapkan orang-orang yang bertanggungjawab menguruskan gaji tu dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin... buatlah kerja secara efisien dan ini sudah tentu akan menyenangkan hati semua orang............

Wednesday, December 16, 2009

Selamat hari lahir

Selamat hari lahir diucapkan kepada ibu mertuaku, Puan Arbakisah bersama kembarnya, Puan Arbakinah....

SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN GEMBIRA SELALU....

12-13 december 2009

Lama tak update blog... busy la katakan...he...he...

Minggu lepas sibuk dengan majlis perkahwinan adik ipar di Ijok...

Antara beberapa gambar yang sempat dipaparkan disini... nak tengok lagi... jenguklah sini ....
(lama giler aku nak upload gambar... sebab tu hanya 3 keping ajelah ye..)



Tuesday, December 8, 2009

Yahoo

Harini baba balik dan bawa berita gembira dimana minggu depan kami akan bercuti bersama keluarga Ijok. Tempatnya ialah di Melaka....... Yahooooooooooooooooooooo..... dapat gak bercuti....Ialah dok kat umah lama2 jadi bosan... tapi nak keluar rumah malas pulak... tapi siang tadi terpaksa gak aku keluar sebab bekalan makanan dah habis... terpaksalah hamba ke luar ke kota untuk mendapatkan barang-barang makanan...... he...he....

Esok dah janji anak2 untuk mandi di swimming pool.. itupun kalau cuaca mengizinkan..

Hari rabu depan baba dijemput menghadiri majlis untuk meraikannya dan rakan-rakan yang lain yang telah berkhidmat selama 10 tahun. Mama pun dijemput sekali dan ia bertempat di Kelab Darul Ehsan...... Anak-anak kenalah 'lepak' kat nursery.... ialah dorang kan tak leh ikut... Tapi tak lama pun majlis tu kot... sabar ye anak2....

Saturday, December 5, 2009

Terpaksa memerap di rumah

Dah seminggu lebih aku memerap di rumah.... cuti sekolah memang best tapi yang tak bestnya ialah takde duit masuk... he..he... elaun dah takde dah...... Aku memanglah kena berjimat cermatkan... bila dah mengajar nanti kena tunggu lebih kurang 2-3 bulan baru dapat gaji.. mana tak sakit.... baru2 ni aku servis kete savvy aku tu... chargenya mencecah RM650... adui... kenapalah mahal bebeno... adakah aku kena tipu????? tapi ini adalah major servis... nak tak nak terpaksalah aku mengeluarkan duit simpanan aku dan membayarnya...

Macam-macam citer aku dengar pasal posting ni.. ada yang kata boleh semak selepas 15 hb,, ada yang kata 20hb.. ada yang kata 28hb... aku ada gak call KPM, dorang kata suruh semak hujung bulan ni... aku bukannya tak sabar nak mengajar.. tapi aku tak sabar nak tau aku ditempatkan dimana... ada banyak sebabnya... antaranya ialah
1) bolehlah aku survey sekolah tu... kalau jauh dari umah, kenalah cari alternatif lain
2) Nabeela nanti tahun depan sekolah kat sekolah aku ke atau tetap di sekolah lama... kalau sekolah aku kenalah aku uruskan pertukaran sekolah.. kalau tetap di sekolah lama, aku kenalah belikan baju pengawas untuk dia (tahun depan dia dilantik jadi pengawas)...
3) dan banyak lagilah perkara2 lain yang perlu diuruskan...

Kan senang kalau dah tau dimana penempatan sekolah.....

Sekarang ni aku hanya perlu bersabar........... di rumah ni... kenalah aku cari kerja-kerja yang boleh dijadikan hobi seperti menjahit dll.....................

Hari ni aku balik kampung mak aku... dimana lagi kalau bukan di Banting... Minggu depan pulak, kenduri kahwin adik ipar aku di Ijok... Kawan-kawan yang sudi silalah datang ke Ijok........ Korang bolehlah link disini untuk kad jemputan dan pelan rumah pengantin ..

Sebenarnya kan cuti2 sekolah ni memang elok kalau dapat bercuti dan melancong kan... lebih best kalau semua tu free... tapi sapa nak sponsor???? baba pun sibuk bekerja... tiap2 hari balik malam bila masanya nak bercuti?????

Monday, November 30, 2009

hai

Aku takde idea nak mencoretkan apa2... cuma aku rasa tak best dan gelisah sebab sampai sekarang ni tak tau lagi bila nak posting.. kalau ikut surat lantikan, tarikhnya ialah 1 december tapi masih lagi tak tau sekolah mana ditempatkan...

hari ni banyak tempat gak aku pegi... pusat service proton, tesco, bank, dll... dan banyak orang yang aku call untuk cuba menyelesaikan beberapa masalah....................................... tapi masalah tersebut masih gak tak settle....

Thursday, November 26, 2009

Syukur

Alhamdullillah..... syukur ... kerana aku dah berjaya melalui KPLI. Diam tak diam, dah hampir setahun aku menjadi pelajar di IPGM, KBM. Dan semalam adalah hari terakhir aku berada di sana.. semalam juga adalah hari peperiksaan untuk KISSM.

Banyak suka daripada duka sepanjang aku bergelar pelajar di sana... dan selepas ini aku akan melalui kehidupan sebagai seorang guru pula... dimana aku akan dipostingkan... itu belum diketahui lagi.. dan harapan aku biarlah di negeri Selangor juga... dan janganlah terlalu jauh dari rumah.....

Kepada rakan-rakan sekelasku,
Aku mintak maaf banyak2 jika sepanjang kita bersama aku dah melukakan hati korang..
Aku doakan korang akan berjaya dan bahagia di sekolah masing2... jangan lupa dengan persahabatan yang pernah terjalin antara kita. Tentu aku akan merindui korang........

Sunday, November 15, 2009

Semalam, hari ini dan esok

Semalam14 November 2009

Kejohanan sukan SKPBP(2).... Nabeela masuk 3 acara.
1) Lari berganti 4 x 25m (perempuan) - dapat juara
2) Lari berganti 4 x 25m (campur)
3) Lari 80m

Untuk no. 2 dan 3 rasanya Nabeela dapat no. 3. Mama tak pasti sebab semalam tak sempat nak bagi hadiah dan akan diberi esok. Semalam nabeela hanya sempat ambil hadiah untuk no.1. Tahniah sayang... kuat jugak anak mama berlari...

Hari ini, 15 November 2009

Petang ni ada majlis penyampaian hadiah bagi Sekolah Kafa al-Husna. Nabeela juga bakal terima hadiah sebab keputusan peperiksaannya dia dapat no. 1. Tahniah sekali lagi sayang.

Esok, 16 November 2009

HARI JADI SAYA YANG KE 33 TAHUN.

Friday, November 13, 2009

TUGASAN PSK KPLI 2009


Tahniah kepada semua ahli geng bulat. Kita dah berjaya menyiapkan tugasan kumpulan kita. dan sekarang sila siapkan tugasan individu anda.

Wednesday, November 11, 2009

Aku yang ngantuk dan cuai

Petang tadi kelas aku habis awal sikit. so dalam pukul 4.20 petang aku dah sampai umah. Disebabkan terlalu mengantuk aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap dan dah set jam nak bangun kul 5 sebab nak amik anak-anak aku balik sekolah. Dalam kul 7, baba call dan aku terkejut sebab aku tak amik anak2 lagi........ Ya Allah, cuainya aku........ maafkan mama sayang......... Kesian anak-anak aku....................

aku boleh lakukan...

Aku harus memulakan untuk mencari bahan-bahan untuk assignment KISSM yang perlu dihantar pada minggu depan.

Kemalasan harus dibuang jauh
Kengantukan harus ditolak ke tepi
Kerajinan harus datang menerjah diri
Kesungguhan mesti diteruskan...

Ya... aku boleh lakukan...aku boleh lakukan...aku boleh lakukan...aku boleh lakukan...aku boleh lakukan...

Saturday, November 7, 2009

Salam 1 Malaysia

Salam semua..

Dah lama tak mencoretkan sesuatu disini. Almaklumlah sibuk dengan interview SPP dan exam. Alhamdullillah dah selamat cuma result tak tau macam mana. Harapan aku supaya aku dan rakan-rakan lulus dan berjaya.

Hari ini mula kursus induksi SMM. Dan di akhir kursus ini iaitu pada 25 November ada exam pulak... aku tgk contoh2 soalan memang mencabar.. semuanya berdasarkan fakta. takleh nak menggoreng... Aku rasa mulai minggu depan aku akan mula study. InsyaAllah... hari ini, esok dan lusa aku nak relax dulu.... rehatkan otak setelah bertungkus-lumus belajar utk exam haritu.. iye ke aku bertungkus lumus???? he...he... tapi aku dah berusaha sebaik mungkin...

Aku ni sekarang dah ada geng baru yang dinamakan 'The bulats" dan baru tukar nama ke 'Gebu-gebu's"..... tapi fizikal aku tak begitu.... oleh sebab fizikal aku lain dari dorang, maka aku dilantik menjadi ketua...he..he.. macam budak-budakkan... saja je nak menggembirakan hati. Tapi memang best kawan ngan dorang ni... terutama ani yang mempunyai perangai pelik.... mana tak peliknya.. ila bawak kete, bila berhenti di traffic light, boleh lak ani tolong angkat hand brek.... advance betul ani ni...
Ila still maintain dengan perangai pelupa dia tu...he..he... tapi mungkin dah berubah sikitlah... hari ni dia dah insaf tak tidur waktu p&p.... wati pulak dah ada 'kuasa' baru iaitu menilik..... layan ajelah.... roz pulak harap apa yang diimpikan menjadi kenyataan.....

Aku asyik citer pasal 'Gebu-Gebus'... cemburu pulak kawan-kawan yang lain nanti... Apapun untuk semua geng 2C... korang memang best... teringat kenangan kita sewaktu semester 1 dulu.. sekarang dah hampir sampai ke penghujungnya.... dan tahun depan kita akan di postingkan dimerata-rata tempat... sudah tentu kita akan merindui satu sama lain... kenangan selama setahun bersama akan dikenang..............

Plan aku esok pagi ialah untuk mengemaskan stor umah aku nii.... harap-harap kesampaian niat aku ni....................... akan ku buang mana-mana yang tidak diperlukan lagi........ dan harap-harap suamiku akan membantu.... he..he.. abang akan bantu kan..... tau abg rajin.....

Oklah itu aje coretan aku ni... salam sayang buat semua...

Oh ye... saja nak share ngan u all, Nabeela dapat no. 1 dalam peperiksaan sekolah agama.. Syukurlah... terima kasih kepada baba yang menjadi cikgu... mama tak dapat nak ajar sbb mama pun nak exam gak. Untuk sekolah pagi baru habis semalam, tak tau bila nak dapat result tu... tak lupa pada anak ke dua ku iaitu Nadeea yang semakin menurun prestasinya... dia dapat no. 6. Apapun Alhamdullillah... tahun depan Nadeea kena usaha dengan lebih keras lagi. Mama doakan anak-anak mama akan berjaya di dunia dan di akhirat....... dan InsyaAllah tahun depan plan nak tambah sorang lagi. Harap-harap dimakbulkan mendapat anak lelaki... Amin.....

Friday, October 23, 2009

Sejarah IPGM

Sejarah latihan keguruan negara bermula apabila Maktab Guru Melayu Singapura bertempat di Istana Lama Sultan Johor, Teluk Belanga, Singapura ditubuhkan pada tahun 1878. Pada tahun 1900, Maktab Melayu Melaka pula ditubuhkan dengan kemasukan 24 orang guru pelatih.

Maktab-maktab perguruan mempunyai pengalaman lebih 80 tahun dalam bidang latihan perguruan. Pengalaman yan begitu luas membantu maktab-maktab perguruan membina dan membangunkan kapasiti dari aspek kompetensi profesional sumber manusia dan infrastruktur.

Penawaran program bermula pada peringkat sijil perguruan. Pada tahun 1996, Maktab-maktab Perguruan mula menerima pelajar di peringkat diploma perguruan. Pada 13 Julai 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang boleh menganugerahkan ijazah melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Guru Cemerlang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
  • Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  • Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  • Meningkatkan motivasi guru.
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  • Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  • Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Makluman: Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan 2010 Tidak Diiklankan


Makluman: Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009.

Usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bidang pendidikan sejak merdeka.

Definisi perpaduan
Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bidang pendidikan sejak merdeka.
Corak pemerintahan penjajah telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, jurang akan semakin luas dan akan boleh menimbulkan timbulnya ketegangan antara kaum. Oleh itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mewujudkan perpaduan melalui bidang pendidikan. Antara usaha-usaha dan langkah-langkah yang diambil ialah membentuk sebuah jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji Dasar Pendidikan Kebangsaan yang diterima oleh semua rakyat.

Penyata Razak
Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Penyata ini menekankan perpaduan kaum dan penghasilan tenaga.
Penyata Razak ini memberi garis panduan tentang dasar pelajaran yang dicadangkan dan ia diterbitkan pada bulan April 1956.Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Antara cadangannya ialah:
a) Mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK).
b) SRK menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan Bahasa Inggeris wajib dipelajari. SRJK pula menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib dipelajari.
c) Murid-murid berketurunan cina dan India dibenarkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing, jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid yang mempelajari bahasa tersebut.
d) Mengadakan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan bagi tingkatan tiga dan tingkatan lima yang akan diambil oleh semua murid sekolah menengah.
e) Satu Lembaga Pelajaran Tempatan akan ditubuhkan yang bertanggungjawab ke atas pelajaran rendah dan pertukangan.
Tujuan Penyata Razak pula adalah untuk:
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.
d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
e) Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
f) Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan
Pada tahun 1959, satu Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkanuntuk mengkaji semula pelaksanaan system pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Razak. Kajian ini dilakukan kerana beberapa bantahan dibuat terhadap pelaksanaan Penyata Razak.

Laporan Rahman Talib (1960)
Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:
a) Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma.
b) Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
c) Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
d) Murid naik darjah secara automatik.
e) Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
f) Pendidikan akhlak dititikberatkan.
Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Akta Pendidikan 1961
Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib



Laporan Hussein Onn (1971)
Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:
"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.
Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempertingkatkan pembangunan negara.
Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.

Laporan Mahathir (1985)
Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.
Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.
Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:
a) Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.
b) Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Akta Pendidikan 1996
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.
Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.
Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.
Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.
Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979
Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974.
Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru, 1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.
Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan aspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988.Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi “ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”.
Selain itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 juga, telah menetapkan secara tersurat dan tersirat penentuan wajah dan jenis warganegara Malaysia yang perlu dibentuk melalui sistem pendidikan di Malaysia. Keperihatinan dan hasrat Jawatankuasa tersebut dirakamkan seperti berikut :“ Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahu pun secara beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya individu yang lahir dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.
Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik. Pada asasnya, insan baik yang hendak dilahirkan itu perlu memiliki yang ciri-ciri berikut :
a) Percaya dan patuh kepada tuhan.
b) Berilmu pengetahuan dan berketrampilan.
c) Berakhlak mulia.
d) Bertanggung jawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
e) Berbakti dan bersedia memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Laporan Jawatankuasa Kabinet membuat kajian selama lima tahun dan diterbitkan pada tahun 1979. Laporan ini mencadangkan beberapa perubahan kepada system pendidikan kebangsaan. Antara cadangannya ialah:
a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan matapelajaran wajib di sekolah-sekolah. Peluang untuk mempelajari bahasa Cina dan bahasa Tamil juga disediakan.
b) Mengadakan kurikulum dan system peperiksaan yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua sekolah.
c) Menyediakan peluang pendidikan asas selama Sembilan tahun, disamping meluaskan pendidikan teknik dan vokasional.
d) Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baharu Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu menulis, membaca dan mengira.
e) Mempelbagaikan kemudahan pendidikan diperingkat universiti, terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan serta menggalakkan kegiatan ko-kurikulum bagi memupuk disiplin seperti pasukan kadet tentera dan pengakap.

KESIMPULAN
Perpaduan merupakan perkara yang paling perlu dalam sesebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kemajmukan ini adalah satu ciri yang unik yang jarang dimiliki oleh Negara-negara lain. Apabila dalam keadaan masing-masing kaum bebas merencanakan aktiviti mereka masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan kepentingan nasional dan undang-undang. Kemajmukan ini akan dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa jika masyarakat Malaysia membuktikan semangat perpaduan yang jitu dan utuh.




Sumber: Internet

Wednesday, October 21, 2009

Makin hampir

Lama tak mencoretkan sesuatu disini.

Aku makin hari makin keletihan dan makin kemalasan. Interview SPP dan exam makin hampir. Tapi adui... malasnya nak membaca... badan pun asyik letih aje... dan asyik ngantuk aje bila pegang buku.....

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku menghadapi semua ini. Dan semoga aku berjaya dalam Interview SPP dan juga exam.

Sepanjang minggu ini, anak kedua ku Ainnur Nadeea sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun. Mama ucapkan selamat berjaya sayang...

Sunday, October 11, 2009

Antara tips temuduga SPP

Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut :-

Cara Penyampaian/Berkomunikasi.

Kemahiran berhujah dan kemampuan menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, logik, jelas, tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan seseorang guru profesional. Adalah menjadi andaian asasi bahawa guru-guru terlatih adalah fasih, cekap dan terampil dalam menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, calon-calon yang didapati tidak cekap dan tidak fasih dalam penggunaan Bahasa Melayu akan gagal dalam temuduga. Guru-guru yang tidak prihatin dalam pengucapan bahasanya sehingga selalu kabur atau memesongkan maksud yang hendak disampaikan akan diberi penilaian yang negatif. Perawakan Dan Penampilan Diri.

Calon-calon dikehendaki hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan. Calon-calon lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher, manakala calon-calon wanita memakai pakaian yang bersopan.

Pengetahuan Ikhtisas.

Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-

a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979);

b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah.

c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah.

d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya.

e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.

f) metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.


Pengetahuan Semasa/Am.

Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.

Laporan Nilaian Prestasi.

Laporan nilaian prestasi adalah juga diambilkira dalam pemilihan seseorang calon itu. Penilaian ini dibuat oleh Pegawai Penilai masing-masing dengan berpandukan kepada format borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Antara aspek-aspek yang dinilai ialah dengan memerhatikan guru berkenaan mengajar di dalam kelas atau membimbing murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.


CALON TIDAK DIPERAKU @ GAGAL

Lemah cara penyampaian/komunikasi
Lemah perawakan/sikap.
Lemah Pengetahuan Am.
Lemah Ikhtisas.
Lemah keseluruhan.

Jamuan Raya 2C

Tarikh : 8 October 2009

Menu Utama :
Bihun Tomyam
Nasi Impit
Lontong
Kuah Kacang
Sambal udang

Menu sampingan
Bubur kacang
Pelbagai jenis kek
Sagu mata
Cocktail
Tepung Pelita
Buah tembikai
Kuih muih
Kuih raya
Keropok dan kerepek
Dan lain-lain

Majlis ni memang best... makanan pun sedap-sedap. Macam biasa chef utama ialah Ila yang dibantu oleh Aien. Nozi juga menyumbangkan kuah kacang dan bubur kacang. Aku hanya menyumbangkan kek coklat... ada juga kek sarawak yang di buat oleh Ima (akak tak sempat nak merasanya). Juga tak ketinggalan nasi impit yang direbus oleh liza dan ani. Wati cam biasalah, cocktail nye yang kali ini macam-macam ada didalamnya. Peralatan pinggan mangkuk yang di sponsor oleh along dan k.ani. Dan semua makanan2 lain yang disediakan oleh semua pelajar 2 C (sorry kalau tak tersebut nama).

Terima kasih kawan-kawan atas kerjasama yang diberikan. Dan terima kasih kepada tetamu2 yang hadir.

Antara beberapa keping gambar yang sempat ditangkap...










Wednesday, September 30, 2009

30 September

Tanggal 30 September 2004, usia kandunganku genap masuk 37 minggu. Seperti kebiasaan, suami menemankanku ke DEMC untuk membuat Medical Check-Up. Sebelah pagi aku meneruskan kerja-kerja pejabat seperti biasa . Dalam pukul 11 pagi aku dan suami ke DEMC. Sampai di sana doktor mengatakan kandunganku sudah berada di bawah dan mengarahkan aku melakukan CTG. Hasil CTG ada menunjukkan tanda-tanda yang aku akan bersalin. Aku dan suami tidak berasa risau tapi berasa kelakar kerana tidak sangka akan bersalin pada hari tersebut. Maklumlah sepatutnya aku dijangka bersalin 21 October 2009.

Akhirnya aku dibawa ke bilik bersalin dan jururawat cuba untuk memecahkan air ketuban tetapi tidak berjaya. Akhirnya jururawat lain (setelah bertukar shift) berjaya memecahkan air ketuban. Rupa-rupanya jururawat tersebutlah yang memecahkan air ketubanku sewaktu aku melahirkan anak sulungku, Ainnur nabeela. Tak sangka anak-anak ku mahu disambut oleh jururawat yang sama. Kalau tak silap nama jururawat tersebut Umi.

Setelah mengharungi kesakitan dan keperitan, akhirnya aku bersalin kira-kira pukul 5.30 petang. Dan kini sudah 5 tahun berlalu. Selamat hari jadi Ainnur Nadeea…… nampaknya dah 5 tahun aku tak bersalin. InsyaAllah tahun depan kalau diizin Allah, ingin juga aku menambah cahaya mata



Selepas dilahirkan Nadeea terpaksa di tahan di wad selama seminggu kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Kesian kan. Alhamdullillah sekarang dah besar dan sihat walafiat...

Saturday, September 19, 2009

Touching story

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Thursday, September 17, 2009

Syukur

Aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana aku telah berjaya menamatkan praktikum selama lebih kurang 3 bulan di SKPBP(2). Walaupun tak dapat cemerlang tapi syukur aku dapat A. Tahniah juga kepada rakan seperjuanganku Norfazilah Ishak..............................

Kawan-kawan yang lain..
Bagaimana result praktikum u all???

Selamat hari raya


Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan di luar sana........ Maaf ku pinta atas segala salah silap.....


Pertandingan syair tahun 5


Norfazilah sebagai pengerusi majlis.



Kak Rohaza dan kak Siti Ghaslinda selaku hakim



Aku murid aku Norhasliyana mengambil bahagian



Seorang lagi anak murid aku yang turut mengambil bahagian iaitu Puteri najeehah



Anak murid aku yang terakhir yang mewakili 5 Delima iaitu Aisyah.

Seramai 9 orang mengambil bahagian iaitu 3 orang dari 5 Berlian, 3 orang dari 5 Delima dan 3 orang lagi dari 5 Intan. Agak2nya siapakah pemenangnya????? Hanya akan diketahui selepas hari raya nanti....

Ihya' Ramadhan



Pagi tadi diadakan Majlis Ihya' Ramadhan di SKPBP(2). Acara bermula daripada pukul 8.00 hingga 10.10 pagi. Ada beberapa acara diadakan. Dan yang akhir sekali ialah majlis penyampaian hadiah bagi murid-murid Islam yang berjaya dalam beberapa pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Dan yang paling membanggakan aku ialah, anak sulung aku iaitu Ainnur Nabeela mendapat tempat pertama dalam Tasmik bagi kelas 1 Nilam. Tahniah sayang.





Sunday, September 13, 2009

Hari ini dan semalam

Semalam kami berempat ke Kompleks PKNS Shah Alam. Dapatlah sepasang baju kurung Nabeela, dan sepasang baju kurung Nadeea. Dan yang paling penting sepasang baju Melayu untuk baba (bukan senang baba nak beli baju ni, rasanya dah lebih 5 tahun dia tak tukar baju baru)... dan dah keletihan berjalan-jalan, semua nak balik... dan baju mama tak sempat nak beli.... takpelah.. masih ada masa lagi.

Balik dari PKNS, singgah PARAM seksyen 19. Antara yang dibeli ialah murtabak, roti jala, ayam rendang, ayam percik dan otak-otak.

Hari ni kami tak kemana-mana, jadi kenalah mama memasak. Menu berbuka hari ini ialah spageti, roti telur, ayam masak merah... cukuplah tukan... banyak2 nanti tak habis pulak....

SELAMAT BERBUKA....

Saturday, September 12, 2009

Hari ini hari Sabtu

Hari ni aku dapat meluangkan banyak masa dengan internet sebab hari ni cuti.... dari lepas subuh lagi aku dah terpacak kat depan laptop ni... dah ngantuk sebenarnya tapi aku tahan gak mata ni...

Mungkin hari ni aku tak balik mana-mana kampung... sebabnya nak ajak suami aku membeli baju raya (harap-harap dia rajin nak kuar hari ni)... tak pun esok kot... aku pun nak mengemas umah aku ni... biasalah nak raya kan....

Nak lebih 2 jam aku berinternet... nak chow dulu le.....

Semasa menjadi penolong jurulatih bagi T.I.D







Kunjungan Puan Fatimah ke sekolah kami


Puan fatimah datang ke sekolah kami kerana nak observe anak bimbingan beliau iaitu Hasmizainudin dan Marzuki. Sebenarnya Ilah ada dalam gambar tapi mana dia????????

Ha... dah nampak pun muka Ila... My daughther (Nabeela) pun nak join bergambar gak....

Mengemaskini carta organisasi Pusat Sumber


Eta sedang menampal-nampal hiasan. Mula-mula kami dah tampal nama-nama yang berwarna oren tu


Eta masih lagi meneruskan usaha menampal untuk menceriakan lagi carta organisasi (sebenarnya bunga, daun dan rama-rama tu nak cover bekas2 selotip yang lepas)


Inilah dia tukang lukis bunga, daun dan rama-rama tu.. (kerja dia duduk dan melukis je...he...he... jangan marah beb)


Dan inilah hasilnya. Cantik tak?... kak Rosmah puji cantik dan bertambah cerita kalau compare yang sebelumnya (lupa pulak nak amik gambar yang asal)

Observation dan habis

Pertama sekali ku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana aku dah berjaya menghabiskan semua observation. Syukur Alhamdullillah sangat2. Guru pembimbing dan pensyarah pembimbing tidak mempunyai masalah dengan aku.

Aku dengar macam2 cerita tentang kawan-kawan yang lain. Ada yang ok dan ada yang k.o. Ada yang bermasalah dengan partner, dengan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Aku Alhamdullillah semuanya ok.

Kepada kawan-kawan lain yang masih lagi belum di observe. GOOD LUCK....

Tuesday, September 8, 2009

Group Rumah tradisional



Nozi.. aku dah email gambar yang lain-lain.

Saturday, August 29, 2009

Salam Ramadhan

Hari ni memang sengaja tak tidur lepas sahur.. Kalau tidur, confirm bangun kul 10 pagi. Saja nak melayan internet.. melayan facebook dengan kawan-kawan lama.

Dah hari Sabtu dah...... tapi kerja menanda kertas periksa anak-anak murid aku tak siap lagi (teruk betullah cikgu rozita ni)... takpe esok dan lusa ada lagi..he...he...

Raya tahun ni rasanya aku tak buat persiapan apa-apa kecuali baju anak2. Sebabnya semuanya kena guna duit suami aku..he..he... aku kan tak bekerja tahun ni (harapkan duit elaun je). Jadi memang macam malas nak keluarkan duit beli macam2. Sebab duit elaun tu perlu dijimat2kan penggunaannya. Aku memang tak membeli kuih-muih (apa lagi membuatnya), tak beli langsir atau perabut rumah, ntahlah tak beli apa2pun kecuali baju anak2. Pasal baju raya tu, pakai baju tahun2 lepas le (ish...ish..ish...) kalau nak beli pun beli yang dah siap je... tak kuasa aku nak menempah2 baju...

Aku sebenarnya tak sabar nak menghabiskan tempoh tiga minggu lagi atas sebab-sebab berikut:
1) Nak menghabiskan puasa
2) Nak menyambut raya
3) Nak menghabiskan praktikum

Lepas praktikum nanti, aku kembali ke maktab.... yang tak best dan yang kesiannya anak aku kena naik van semula.. kesian Nabeela... takpelah sayang... tahun depan mama dah jadi cikgu betul2 sure Nabeela akan satu sekolah dengan mama... Nadeea pun mungkin akan ke tadika yang berdekatan dengan sekolah mama.. Ntah dimanalah aku akan ditempatkan nanti? Risau juga memikirkannya... cuma harapan aku janganlah jauh sangat dari rumah dan semoga sekolah tersebut OK.


Thursday, August 27, 2009

Good morning

Hari ni lepas sahur aku tak boleh tidur sebab paper anak murid aku belum siap tanda lagi. Hari ni dah hari khamis, dan esok Jumaat. Lusa balik kampung.......... adui..... akan ku cuba menyiapkannya harini. Pastu kena prepare RPH untuk math pulak (selasa depan nak kena observe lak)....

Adui... malasnya...... bantal dah panggil tu..............................................

Oh ye kepada sesiapa yang nak cantikkan blog sila layari http://www.thecutestblogontheblock.com/

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MANA PUN ANDA BERADA. SEMOGA BULAN RAMADHAN INI MEMBERI SERIBU NIKMAT KEPADA KITA. BANYAKKAN BERSABAR MENEMPUH SEGALA DUGAAN DAN RINTANGAN.

Thursday, August 20, 2009

Cerita malam ini

Aku sebenarnya sudah agak bosan ngan 'rumah' aku di 'salam desa tanjung' ni... nak tukar cat dan dekorasi nanti perabut-perabut aku lenyap pulak... malas lak aku nak mewujudkannya semula...

Nak citer pasal observation, murid-murid dah macam mual pulak. Sebabnya ntahlah...... takpe... esok last day sekolah... pastu cuti selama seminggu... yahooooooooooooooooo........... tapi kan tak syok sebab aku kena tanda kertas karangan (penulisan)... dahlah takde pengalaman menanda kertas penulisan....

Hari ini aku malas nak citer pasal sekolah dan pasal profession perguruan ni... sebabnya petang tadi selama sejam setengah membincangkannya bersama pensyarah pembimbing.......... memang banyak pengalaman beliau dan aku rasa begitu kerdil sekali mendengarnya...

Tapi kalau tak citer pasal sekolah, aku nak citer apa ye?... ha... nak citer pasal facebook lah... melalui fb ni aku dapat trace balik kawan-kawan se SPM ngan aku... diana, ain, jazz, jah, naza, shida, dll lagi... 15 hb haritu dorang buat reunion tapi aku tak dapat join sebab kena sekolah (sekolah lagi!!!)...... kalau tak sure best jumpa dorang... aku masih teringat2 lagi kitaorg posing kat bus stop di Jenjarum... dan aku masih ingat tiap2 hari ada aje orang yang nak pinjam buku latihan matematik aku untuk ditiru..............................................

Bila tgk gambar2 kawan2 lama di fb tu, rasanya muka dorang tak banyak berubah... badan je kot yang berubah........... tapi aku dari dulu sampai sekarang badan sama je kot... sbbnya sampai ke hari ini aku masih lagi boleh pakai baju kurung aku waktu umur aku 19 tahun.. korang percaya tak?.....

Cerita pasal baju... aku membayangkan 10 helai baju kurung baru melayang... sebabnya gini... baju kurung aku budget RM50 sepasang..... dan aku terpaksa keluarkan lebih RM500 untuk repair kete aku... so paham2 sendirilah...........

Aku ketandusan idea ni... ialah tiap2 hari kena perah otak ....... faham2 ajelah apa yang perlu aku pikirkan tiap2 hari....

Thursday, August 13, 2009

Anak-anakku...

Akak... tengok apa kat atas tu...

Nadeea pulak.. nak kena potong rambut lagi ni....

Lega

Aku sebenarnya ketandusan idea nak mencoretkan apa dalam blog aku ni. Selain itu, banyak lagi faktor-faktor lain yang menghalang aku untuk berbuat demikian. Cuma yang ingin aku katakan disini aku hanya perlu melalui 2 lagi observation...
Bagaimana kawan-kawan KPLI ku yang lain? Korang ada berapa banyak lagi yg nak kena observe? Good luck untuk kita semua.
Esok aku dan ila akan ke IB.. ada hal nak jumpa pensyarah pembimbing........

Monday, August 3, 2009

Mykad

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk esok aku dah siapkan. Esok aku kena mengajar untuk dua mata pelajaran iaitu BM dan Math. Sekarang ni aku tengah cari bahan-bahan untuk p&p hari Rabu. Puan Rohaza iaitu guru pembimbing akan mengobserve p&p aku hari rabu ni untuk kali ke empat bagi mata pelajaran BM. Dan setelah difikir-fikir aku telah memilih tajuk 'Aplikasi Mykad'. Tapi RPH nya tak buat lagi. Esok baru nak buat.

Dan untuk semua, saja nak letak info pasal mykad.

MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. Bersama-sama dengan pasport, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya. Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001.

Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’ pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

Fungsi utama kad ini ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina dan agama yang terpapar di luar kad. Dulunya digelar Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK), kad ini mempunyai satu cip mikropemproses dan ingatan EEPROM 32k / 64k yang berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi di dalamnya. Contohnya adalah maklumat biometrik (cap jari / imbasan iris), lesen memandu, PKI, duit MEPS, Touch 'n Go, kad ATM, maklumat kesihatan serta maklumat pasport.

Projek MyKad ini diuruskan oleh lima agensi kerajaan, semuanya mempunyai kemudahan mencapai maklumat dalam kad tersebut:

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - jabatan utama
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Kementerian Kesihatan
  • Jabatan Imigresen

MyKad adalah wajib untuk semua warganegara bermula umur 12 tahun. Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kadnya apabila diminta boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda antara RM 3,000 dan RM 20,000 atau kedua-duanya sekali. Kad ini harus diperbaharui pada umur 18 tahun.


Nombor kad pengenalan

Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir

, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Untuk membezakan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

MyKid

Mulai 1 Januari 2005, semua bayi yang lahir turut diberikan kad pengenalan tanpa gambar berwarna merah jambu dipanggil MyKid. Perkataan 'Kid' bermaksud 'Kad Identiti Diri' dan juga bermaksud 'budak' dalam bahasa Inggeris. Tujuan MyKid adalah sebagai ganti sijil kelahiran, yang bermakna bayi tersebut tidak lagi mempunyai nombor sijil kelahiran, sebaliknya diberikan terus nombor kad pengenalan yang akan digunakan dalam MyKad.

MyPR

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap. Bermula dari tarikh 1 Jun 2006 juga, semua pemegang kad pengenalan merah lama diminta menukarkan kad mereka kepada MyPR sebelum 1 Julai 2007.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.


Saturday, August 1, 2009

Hai

Semalam sepatutnya pensyarah pembimbing nak datang observe. Tapi pagi semalam ada majlis pelancaran Hari Kebangsaan, oleh itu tak dapatlah beliau mengobserve saya. Beliau hanya observe my partner aje.... Minggu depan the whole week beliau busy. Nampaknya minggu lagi satu le beliau akan observe saya... sebenarnya lagi cepat habis, lagi bagus. Tapi nak buat camner, dah masa tak mengizinkan.

Tuesday, July 28, 2009

Pantun

Dah 6 minggu praktikum dilalui,
Hanya 6 minggu lagi terpaksa ditempuhi,
Tak sabar sebenarnya rasa dihati,
Untuk menghabiskan praktikum ini.

Nak kata menyesal pilih sekolah ini tak jugak,
sebab ianya betul-betul sebelah rumah,
cuma penat dengan perangai budak-budak,
yang memang tiap-tiap hari buat cikgu marah.

Ntah apa khabar kawan-kawan yang lain,
adalah sorang dua yang bertanya khabar,
tapi 2 minggu lepas memang lepas gian,
bukannya apa belasah ayam golek dengan geng yang badan besar-besar.

Jumaat ni pensyarah pembimbing nak datang lagi,
untuk menilai cara pengajaranku,
tapi tajuk mana belum pilih lagi,
pening jugak kepalaku.

Oklah itu saja pantun dariku,
harapanku agar aku lulus praktikum ini,
takpelah jika gelaran cemerlang bukan untukku,
asalkan aku buat segala yang diingini...

Monday, July 27, 2009

Hai

Semalam lepas hantar angah dan anak-anak ke KLIA, kitaorg ke Alamanda, Putrajaya. Balik umah terus pengsan... Ni bangun 3.30 pagi untuk membasuh baju, menggosok baju... dan yang penting sebenarnya kena buat soalan ujian bulanan 2 bagi murid-murid tahun 5. Nasib baik RPH untuk esok dah siap dah.....

Oklah chow.................

Happy birthday

Firstly happy birthday to my lovely husband (26 Julai)
Semoga Allah permudahkan segala-gala urusan abang.....
Semoga kebahagian kita kekal hingga akhir hayat...

Friday, July 24, 2009

Hai

Dah lama aku tak jenguk rumah aku ni. Atas banyak alasan : malas, sibuk, ngantuk dan macam-macam lagi. Ni aku nak cari bahan sikit untuk ngajar esok, tu yang menjengahle ke umah aku ni.

Esok lecturer aku nak datang observe.... terpaksalah membuat persediaan yang secukupnya...... ni bangun kul 3.00 pagi nak menyambung buat apa yang patut... doakan aku okey...

Sunday, July 12, 2009

Observation

Aku sebenarnya tak tau apa yang nak dicoretkan di dalam blog aku ni. Kehidupan seharian macam biasa, sehari sebelum mengajar, dah kena siapkan rancangan pengajaran harian dan bahan bantu mengajar sekali. Bila tiba waktu mengajar, macam biasalah kena mengajar... macam itulah tiap-tiap hari.
Cuma agak tertekan kalau kena observe. Bukannya apa, kita mengajar kat depan, ada orang observe kat belakang dan menilai pengajaran kita... perancangan juga perlu tip-top lah... pelaksanaan juga lagi kena tip-top. Ialah setiap kali observation, ada markahnya. tapi aku buat sebaik mungkin. Tentang markah dan komen dari guru atau pensyarah pembimbing, aku terima dengan hati yang terbuka.



Friday, July 3, 2009

Minggu ke dua praktikum

Alhamdullillah dah masuk minggu ke dua aku praktikum. Dan alhamdulillah dapat juga serasikan diri dengan murid-murid yang aku ajar. Cuma nama-nama mereka aku belum dapat mengingat sepenuhnya.

Anak-anak muridku 5 delima dan 3 Intan..
Semoga kalian dapat menerima pengajaran cikgu dan semoga kalian dapat memberi kerjasama dalam apa jua keadaan...

Geng sepraktikumku..
Sama-samalah kita mempertahankan sikap tolak ansur, kolaborasi, tidak berkira dan perkara-perkara yang positif...