Wednesday, December 31, 2008

Gambar-gambar dibawah adalah kenangan masa konvo lebih kurang 10 tahun yang lepas... Waktu tu baru je habis belajar... dan tahun depan saya akan belajar semula..

Aleem dan Eta (waktu belum lagi jd suami isteri)


Kami lagi


Abah, mak ,me and aleem


Mak, eta dan abah


yan, eta, k.shima dan aida (eh mana k.jem dan ifa???)


Ni waktu atas pentas

Sorry le gambar kurang cantik.. maklumlah dah lama... nak dekat 1 abad dah..
Harini ialah hari terakhir dalam tahun 2008 dan hari terakhir saya di MOF ni...

Saya ingin ucapkan selamat tinggal dan tak lupa ucapan terima kasih kepada bos2 saya terutamanya En. Abu dan En. Yong yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Kepada staff saya As, Zubir, Wani dan Lela... terima kasih kerana banyak membantu. Kepada kawan-kawan yang sama batch terutamanya Zie, Fuzah dan Ain.. jaga diri baik-baik.. sedih nak tinggalkan korang dan makin kuranglah geng makan nanti.. to K.jem.. he..he... kita akan berjumpa lagi di IPBMM. Tak lupa kepada kawan-kawan lain iaitu fizah, ila, onie, jen, diana, ida, nisa, hajar, ita, sabariah dan ramai lagi................. saya doakan u all juga akan dapat keje tetap walau dalam apa bidang sekalipun... Dan kepada semua warga MOF, saya bangga bekerja dengan MOF ni....
Walaupun hanya 6 bulan bertugas disini, tapi saya rasa seronok sangat.... sudah semestinya saya akan merindui u all.

Kepada pengunjung blog ni... Selamat tahun baru.. dan lepas ni saya akan sibuk sebagai isteri, ibu dan pelajar... harap-harap masih sempat nak berblog.... tapi takkan seaktif sekarang ni...

Dan kepada anak-anak saya... u all juga akan menjadi pelajar.. akak dalam darjah satu dan adik masuk tadika.. mama doakan u all akan berjaya dunia dan akhirat... Dan istimewa buat suamiku... usia kita makin bertambah.. dan tanggungjawab kita juga makin bertambah... sama-samalah kita didik anak-anak kita... dan tegur-tegurlah isterimu ni selalu kalau dia ada buat silap.. dan bagilah sokongan buat isterimu ini untuk melalui hidup sebagai seorang pelajar semula... syg love abg forever............

Tuesday, December 30, 2008

Kebiasaannya saya berkerja selama 5 hari berturut2.. tapi kali ni bercuti selama 5 hari berturut2... bessstttttnya.......

Hari pertama (khamis) kami ke Wet World Shah Alam, pastu balik singgah PKNS. Cerita ada di entry sebelum ni.

Hari kedua (Jumaat), baba walaupun bercuti tetap ke Ofis. mama pulak ke Pasti Bestari untuk menguruskan pendaftaran sekolah Nadeea. Yuran pendaftaran, buku2, baju, Yuran bulan Jan je totalnya RM590. Mahalkan ..... Camner kalau si Nadeea tu kembar, sure sakit nak membayarnya... Sebelah malam we all balik ke Banting.

Hari ketiga (sabtu).. kami masih di Banting. Mak masak ketam masak lemak... memang favourite saya dan anak-anak... tq mak....

Hari keempat (ahad) - dalam kul 12.00tghari kami bertolak dari banting sebab nak ke Ampang untuk menghadiri majlis kenduri kawin abg kepada kawan baba. Balik tu kami singgah IPBMM (tempat saya bakal belajar selama setahun nanti).. pastu singgah seksyen 18 Shah Alam untuk beli baju sekolah nabeela.

Hari kelima (isnin) - kami ke Giant Puchong dan ke Alamanda Putrajaya. Saja berjalan-jalan.

Harini dah start keje semula...

Esok pulak saya last day kat sini... sedihnya....... sebab seronok keje kat sini............

Friday, December 26, 2008

Terima kasih pada baba yang membolehkan saya bersiaran dari rumah..................

25 Disember ialah public holiday (mmg sume org taukan...) . We all ke Wet World Shah Alam harini. Almaklumlah sepanjang cuti sekolah ni langsung tak bawak anak-anak berjalan-jalan. Nak pergi yang jauh-jauh leceh pulak, jadi baba decide nak ke Wet World, Shah Alam.. (rasanya we all memang takleh nak pisah ngan Shah Alam le walaupun we all duk kat Puchong)....

Punyelah ramai orang kat situ. Rupa-rupanya ada family day utk NSTP. Tapi disebabkan dah janji ngan anak-anak dan dorang dah siap ngan baju swimming lagi dari rumah, we all masuk jugak. Mama malas nak mandi dan hanya mengisi masa dengan membaca novel. Baba dan anak-anak je yang mandi....... Seronok betul anak-anak jumpa air.. berejam gak dorang mandi dan babalah peneman setia dorang mandi.

Dah letih mandi, perut lapar pulakkan... anak-anak jamah ajelah coklat-coklat yang dibawa dari rumah. Dan lepas tu we all ke tempat 'wajib' we all iaitu PKNS Shah Alam. Makan kat tempat biasa... Baba makan Fish and Chip, mama makan chicken chop, anak-anak makan bubur nasi (sori gambar tiada dalam perkhidmatan... terima kasih)

Wednesday, December 24, 2008

Esok - Public holiday
Lusa - Apply cuti
Next day - Saturday memang cuti
Next day lagi - Sunday memang cuti gak
Next day lagi-lagi - Public Holiday sempena awal muharam

Waaaaaaa....... bestnya cuti panjang..
Pastu Selasa dan Rabu keje semula. Rabu last day saya kat keje kat sini....

Khamis - tahun baru......

Kepada semua pengunjung SALAM DESA TANJUNG secara rasmi dan tak rasmi, saya ingin ucapkan selamat bercuti.. jaga diri baik2, bawak kete elok2....

Ptg ni nak ajak baba dan anak-anak ke Tesco... nak beli meja study...he...he... kan saya kena belajar semula... meja study untuk anak-anak pun tak beli lagi. InsyaAllah saya akan membelinya harini.. itupun tengok stock dan keadaan le....

Sayang korang semua... terutama Mr.KC
Ok sambung lagi.. pasni masa utk layan blog sure dah kurang. Sebabnya nak online kena guna hp baba.. siang baba keje, boleh online malam je.. itupun kalau rajin (kalau bg pinjam sebenarnya...)..
Pastu lagi siang mesti sibuk uruskan anak-anak sekolah,... pstu mesti saya ada kelas lagi.. (hopefully takdelah kelas waktu malam). walaupun saya tak tau lagi camner jadual kelas saya.. tapi saya dapat bayangkan sure pack giler.. sebabnya dalam masa setahun kena habiskan .. dalam masa setahun juga kena macam2.. please refer below:

KOMPONEN MATA PELAJARAN JUMLAH
(A) PENGAJIAN 1. Bahasa Melayu Komunikasi 1 kredit
ASAS 2. Pengurusan Sumber 2 kredit
3. Tamadun Islam 1 kredit
4. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral 1 kredit
5. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia 1 kredit
6. Pendidikan Alam Sekitar 1 kredit
7. Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 kredit
8. Pendidikan Jasmani 1 kredit
Jumlah (A) 9 kredit
(B) PENGAJIAN
PROFESIONAL 9. Ilmu Pendidikan 7 kredit
Jumlah (B) 7 kredit
(C ) PENGAJIAN 10. Major 8 kredit
KURIKULUM 11. Minor 1 4 kredit
PERSEKOLAHAN 12. Minor 2 4 kredit
Jumlah (C) 16 kredit
(D) KOKURIKULUM 13. Kokurikulum
· Pengurusan Gerko 1 kredit
· Unit Beruniform 1 kredit
· Sukan 1 kredit
Jumlah (D) 3 kredit
35 kredit
(E) PRAKTIKUM 14. Latihan Amali 12 M
( 6 kredit )
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 41 kredit
(Tertakluk kepada perubahan)
NOTA

1. Program KPLI Sekolah Rendah dikendalikan dalam tempoh 39 minggu yang merangkumi 1 minggu
pengurusan pelajar baru, 24 minggu interaksi kuliah , 12 minggu praktikum, 1 minggu refleksi dan 1
minggu peperiksaan.
2. Program Bina Insan Guru dilaksanakan secara pakej perkhemahan 4 hari, 3 malam termasuk
perjalanan. Masa pelaksanaan perkhemahan ditetapkan oleh institut sendiri.
3. Praktikum dikendalikan dalam 2 fasa. Pelaksanaannya ialah pada Semester 2 selama 12 minggu.
4. Mulai ambilan 2004, Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan di dalam dan di luar bilik kuliah
pada hujung minggu selama satu atau dua minggu.
5. Sebanyak 10 hari diagihkan untuk lawatan pengalaman berasaskan sekolah sebelum praktikum fasa 1.
6. Calon IPTA tempatan dibenarkan pindah kredit Tamadun Islam.
7. Kandungan Pengurusan Sumber merangkumi 3 bidang pembelajaran iaitu Teknologi Maklumat &
Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan.
8. Pengiraan Kredit
· 1 kredit kuliah = 15 jam interaksi
· 1 kredit amali kokurikulum = 45 jam
· 1 kredit praktikum = 2 minggu
Harini bagi sesapa yang nak check result KPLI secara on line, bolehlah menyemaknya di http://www.moe.gov.my

Banyak gak borang nak kena isi, kena buat salinan dan pengesahan dsb. Saya kenalah start awal mengisinya, takut2 last minute nanti ada pulak yang tertinggal.

Kawan-kawan yang interview sama dengan saya ada 5 orang. So far yang saya tau, ada 2 orang lagi yang berjaya masuk maktab, sorang sama maktab dan sorang lagi kat Melaka. Kat bahagian saya pula, ada 3 orang termasuk saya yang dapat masuk. Sorang kat Keningau, Sabah dan sorang lagi kat Terengganu. Sure pening kepala bos2 saya tu.. Pastu geng2 yang keje sama lak sorang dapat sama maktab (kawan baik saya si Seroja tu).. dan sorang lagi kat Penang. Tahniah kepada semua yang berjaya. Yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.

Actually minggu pertama kat maktab tu, kena stay kat asrama.... alamak... tengah bayangkan bagaimana saya akan meninggalkan anak-anak. Tak pernah sekalipun saya dan anak-anak berjauhan pada waktu malam.. sedih rasanya. Dan baba sorang-sorang kena uruskan mereka. Dahlah waktu tu dah start alam persekolahan. Sure baba sibuk menguruskan mereka... takpelahkan bang... selalu abg tinggalkan saya gi outstation, sekarang saya pulak tinggalkan abg selama seminggu. Nasib baik selepas tu tak yah stay kat asrama. Ulang alik je dari rumah...

nanti celoteh lagi ye.. bos panggil...
Pepagi dah kena exercise turun naik tangga sebabnya terbawak kunci kereta baba.. nak bawak kete dia tapi pass kerja ada dalam savvy.. nak tak nak kena naik atas dan amik kunci savvy..
Termengah-mengah dan berpeluh-peluh dibuatnya.. ialah turun naik tangga 5 tingkat..

Baba bercuti harini.. bolehlah dia menjaga anak-anak.....

Semalam balik dari keje bawak anak-anak ke Giant. Dorang bermain-main je... (tengoklah aksi-aksi dorang bermain).. dan pastu makan KFC... lama tak makan KFC ni.....







Tuesday, December 23, 2008

Resign letter sudah dihantar semalam,
31 Disember adalah tarikh akhir bekerja disini,
Selamat tinggal bakal ku ucapkan,
Pada bos, staff dan kawan-kawan,
Walaupun hanya 6 bulan bersama kalian,
Tetapi telah terjalin jalinan yang erat,

2009 bakal membuka lembaran baru,
Saya akan menjadi pelajar semula,
Anak sulung saya akan melalui zaman sekolah rendah,
Anak kedua saya akan belajar di Tadika,
Anak ketiga saya???? kenalah tangguh sebab kena belajarkan...

Monday, December 22, 2008

Salam semua..

Taknak citer lain dah.. cuma nak kongsi kegembiraan ni dengan u all.. Adalah ini dimaklumkan bahawa.... saya telah ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, Kuala Lumpur..

Syukur Alhamdullillah..........................

Friday, December 19, 2008

Macam biasa hujung minggu takleh nak memblogging. Kalau boleh pun, malas nak memblogging sebab nak tumpukan pada family.... he..he..

Esok mungkin balik Ijok kot..

Baba akan bertolak balik dalam kul 6 lebih kot.. semoga baba selamat sampai ke rumah.... Love you dear...

Kepada kawan-kawan,

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
Nasib baik ada panadol dalam beg.. sbb sakit kepalaku datang lagi.. Jangan kena migrain udah sbb my mom ada migrain..

Lepas makan ubat, sapu minyak angin nak berehat kejap...
Alhamdullillah..baru lepas sarap nasi lemak + sambal pedas giler. Kena kenyangkan perut sebelum buat keje yang agak banyak harini. Semalam sarap nestum je, tengahari dah pening-pening kepala... So harini tak sanggup nak pening-pening kepala sebab kelaparan, jadi pepagi dah makan nasi lemak....

Akhirnya hari yang dinanti tiba juga dimana suamiku akan pulang harini. Mama doakan baba selamat sampai ke rumah harini. Mungkin malam nanti baru sampai...............

Thursday, December 18, 2008

Rasa cam bosan je.. jadi, sambil buat keje sambil dengar muzik.. Sekarang tengah layan lagu Kiroro - Miraie... walaupun tak faham makna tapi suka sangat dengar lagu ni....

Esok hari Jumaat bermakna baba balik esok. Malam kot baru sampai.. Semoga baba selamat sampai ke rumah.. sure baba rindu kat rumah dan terutama 'suri rumah' dia (eden lah tu)...
Salam,

Pagini hanya bersarapan nestum sedangkan baba bersarapan di hotel...

Ntah kenapa malam tadi asyik nak marah aje.. dan anak-anaklah yang jadi mangsa. Sian dorang.. takpe.. pagi ni mama tak marah lagi dan dah janji nak beli aiskrim ptg nanti.

Sekarang kan cuti sekolah dan ramailah pasangan pengantin yang naik pelamin. Teringat lak kenangan dulu2 waktu naik pelamin......

Wednesday, December 17, 2008

Salam..

Entry kali ni nak meluahkan rasa hati yang sedih kerana malam tadi kami 3 beranak tidak dapat menghubungi baba dan baba juga tidak dapat menghubungi we all. Ntah kenapa telefon mama takleh nak call in dan call out. No network coverage... mama dahlah tak reti nak menggodam hp tu.. Kesian Nabeela sampai menangis dia tak dapat cakap ngan baba... dan akhirnya dia tido berselimutkan kain pelikat baba...

Pagi ni call baba guna telefon ofis.. dan dia pun risau kan we all malam tadi.. byk kali dia call dan sms we all... dan pagi ni dia ajar camner nak solve the problem with the hp. Alhamdullillah dah ok.. dan InsyaAllah lepas ni mama tau camner nak buat.. Mama dah dapat bercakap ngan baba pagi ni.. tapi anak-anak belum lagi dapat bercakap ngan baba.. sian sgt kat dorang.. sure rindu sgt ngan baba.. Dah 2 malam tanpa baba.. dan we all kena menghadapi 2 malam lagi tanpa baba... rindunya......

Tuesday, December 16, 2008

Petang ni saya banyak-banyak kali tukar background.. tapi lama-lama ia tidak memuaskan hati saya... udahnya saya memilih background putih saja... tgklah esok2 kalau rajin dan ada masa saya tukar lagi.

Lunch time tadi makan mee bandung. Dalam kul 3 tadi perut dah lapar semula. Iyalah selalunya lunch time mesti cari nasi, harini makan mee pulak.

Harga minyak turun lagi iaitu RM1.80 seliter. Syukur saya tak isi semalam kalau tak rugi sikit.. sy isi during lunch time tadi. RM40.00 = 22.222 liter.
Inilah novel yang sedang saya baca dirumah... tapi cam bosan je.... baru suku baca cerita ni... baca sambil baring...mata pun mengantuk je...

Harini baru hari Selasa... sabar menantikan hari Jumaat....... Alhamdullillah anak-anak pun ok.. malam-malam buat video call ngan baba.. bolehlah nampak muka dia..

Baba.......... mama dan anak-anak merinduimu..................
Salam..

Harini Nadeea nangis bila dihantar ke sekolah.. Nabeela pun dah sebak gak.. Sian dorang.. InsyaAllah mama balik awal harini. Semalam lewat sikit amik dorang dalam kul 6.30ptg. Dorang dah lapar dan we all terus gi makan kat kedai... Dah kenyang balik umah dan lepak-lepak.. Nabeela menyambung buat latihan, Nadeea menulis2/menconteng2. Mama baca novel dan tertido..he..he.. Ini bermakna anak yang jaga emak.. he..he...

Takleh nak berceloteh panjang...

Monday, December 15, 2008

Kabare? Waras?

Kalau sesapa yang tak faham bahasa jawa, kabere=apa khabar, waras = sihat (iye kot).

Harini baru hari Isnin... baba ke Melaka dan dah sampai ke Maktab perguruan perempuan melayu melaka dalam kul 3.30ptg tadi. Alhamdullillah.. pastu dia dan 2 org lagi kawannya akan mencari hotel untuk penginapan selama 5 hari+4 malam.

Esok hari selasa.. baba belum balik lagi.
Lusa hari Rabu .. baba belum balik lagi.
Tulat hari Khamis .. baba belum balik lagi.

Lepas tulat apa yek? tak kisahlah yang penting hari Jumaat baba balik.. dah lama tak kena tinggal jauh ni... SABAR...SABAR... zaman sekarang ni kan dah canggih.. byk cara untuk berhubung....... nasib baik ada anak-anak sebagai peneman dirumah......
Salam semua,

Sesungguhnya hari ini dan minggu ini rasanya akan memboringkan. Ini adalah kerana:

1) Baba bertolak ke Melaka harini. Jumaat nanti baru balik.
- tak bestnya kena tinggal ni. Apapun mama doakan baba selamat sampai ke Melaka dan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya.... sedih tau bang.......

2) My best pren masih lagi bercuti. Esok dan lusa baru ada. Khamis dan Jumaat takde lagi sebab meeting di Kuantan.
- kuranglah member makan sorang.. dan member borak....

3) My bos pulak cuti selama 2 minggu kerana ke Australia sempena majlis konvo anak beliau.
- Memang sah-sah takleh nak cuti sebab bos bercuti.. Apapun saya guna parking bos ok..

Rasanya macam nak berulang-alik dari Banting aje.. Tapi memikirkan jarak agak jauh jugak.. dan kesian pulak mak nak kena jaga anak-anak, rasanya niat ni dibatalkan. Lagipun baba tak berapa setuju.. Tapi tengoklah esok lusa camner.........

Oh Sabtu lepas kami bersenang-lenang dirumah saja. Tak kemana-mana pun. Dan semalam kami ke Kuang (majlis perkahwinan) dan balik tu singgah PKNS Shah Alam dan Tesco Puchong. Di PKNS cam biasalah.. tu memang tempat favourite kitaorg.. Makan kat meja no.10, restoren FC, beli buku latihan Nabeela, beli tudung sekolah Nabeela. Di Tesco pulak, membeli stok keperluan dirumah....

Friday, December 12, 2008

Salam semua,

Saya balik dulu.... esok dan lusa mungkin tak dapat menjengah blog.. Oh ya..

HAPPY BIRTHDAY
TO MY M.I.L
PADA ESOK 13.12.08

SEMOGA :
DIPANJANGKAN UMUR
DIMURAHKAN REZEKI
DIBERKATI ALLAH
DISAYANGI SELALU

Rossa - Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud
Salam semua,

Tadi sempat menjelajah pasar tani. Hanya beli nasi, ayam percik, hati, donat, buah epal, buah lai dan buah pisang. Itupun dah berat nak mengangkatnya. Balik Ofis terus makan. Dah kenyang terus menjelajah alam blog pulak. Macam-macam blog yang saya jelajah. Ada yang menarik, ada yang memboringkan dan macam-macam lagi kekreatifan mereka untuk menjadikan blog mereka menarik. Ada yang simple sangat. Tapi kebanyakan empunya blog yang saya jelajah tu perempuan. Agaknya orang lelaki tak berapa suka menulis dan tak suka mendedahkan kisah kehidupan mereka kepada umum. Termasuklah suami saya tu. Mungkin juga si lelaki2 tu sibuk bekerja. Almaklumlah bagi yang sudah berumahtangga tu memanglah kena bekerja untuk menyara keluargakan. Suami saya macam tu jugak. I love you baba...

Sekarang ni air mineral memang kena ada kat sebelah saya setiap masa. Sebab setiap masa saya akan berasa haus. Mujur juga saya tak suka yang sejuk2.. Air batu memang saya tak suka. Jarang sangat saya minum minuman berais. Apalagi minuman bergas. Saya lebih suka air kosong dan air suam. Mungkin juga sekarang ni tengah batuk dan selsema sebab itu tekak saya selalu rasa kering.

Salam semua..

  • Ni baru lepas check glukos dalam darah. Dan Alhamdullilah result dia ok iaitu 5.0 mmol. Semalam 8.2 mmol.. apapun lepas ni kena jaga makan..
  • My best pren harini melancong ke Langkawi.. bestnya... Enjoy your holiday seroja.....
  • During lunch nanti nak bersiar-siar di pasar tani.. nak beli buah-buahan. Pas ni kena rajin makan buah dan sayur.
  • Weekend ni tak decide lagi nak balik kampung ke idak sebabnya ada jemputan kawin di Kuang (sedara belah baba). Kita tunggu apa kata baba ok..
  • Sekarang ni tekak selalu sangat dahaga.. Banyak minum, banyaklah ke bilik air... adussss.. maleh betul....
  • Kat umah sekarang tengah sibuk membaca novel ADAM dan HAWA.. baru separuh baca.. best gak citernya.....
Majlis pertunangan dah hampir 2 minggu berlalu.. Baru berkesempatan meletakkannya dalam blog ni. Sorry kalau gambar2 kurang jelas......

























Thursday, December 11, 2008

Salam semua,

Ku ucap kesyukuran kepada Allah kerana esok meeting dibatalkan lagi. Alhamdullilah....

Tadi buat pemeriksaan kesihatan (penyaringan ringkas kesihatan dan pemakanan).. dan nak share ngan u all resultnya.

1) Berat - 45.2kg (dah naik dah ni)
Tinggi - 156cm
Indeks Jisim tubuh (IJT) 18.6
Ini bermakna = Berat badan sesuai (<18.5-24.9)

2) Peratus lemak badan - 27.8% (perempuan jika melebihi 30% adalah berisiko).
Berat lemak badan - 12.6kg
Ini bermakna tak berisiko.. Alhamdullillah

3) Tekanan darah
Sistolik - 118
Diastolik - 89
P - 94
Masih lagi OK.

4) Glukos dalam darah 8.2mmol/L
Ni yang merisaukan ni sebabnya jika melebihi 8.0 adalah berisiko kencing manis.. Nurse pesan kurangkan minuman bergas.. yang peliknya saya memang tak suka minuman bergas. Untuk memuaskan hati, esok InsyaAllah akan check lagi... Lagipun tadi baru lepas makan then check... Apapun hopefully result esok OK
..

Bosanlak tengok rama-rama ni... sajalah tukar gambar lain lak.. nanti dah boring tukar lagi..he.h.e. lagipun blog ni saya yang punya.. kalau saya boring saya tukarlah... ni tengah boringlah ni.. tengah tunggu keputusan bos samada meeting esok diteruskan atau idak.. cepat2lah bagi tau.. dah ramai yang telefon tanya esok ON atau idak... bos pun sebenarnya tengah tunggu keputusan orang kuat meeting tu.. harap2 tak jadi....

Kalau tak jadi sure happy giler... kalau jadi pun takpelah.. dah tanggungjawab keje kenalah laksanakan ye... Apalah baba dan anak-anak buat sekarang ni...

Orang selangor bestlah bercuti harini.. kalau compare Selangor dengan Wilayah Persekutuan memang Selangor lebih banyak cutinya... takpelah dah bertahun2 keje di Selangor.. tahun ni tukar haluan pulak..

Apa ye nak celoteh lagi.. Itu jelah kot... Bye semua....


Today all my friends di Selangor sedang bercuti sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor. Jadi takdelah teman berchatting di facebook.. Apapun selamat bercuti kawan-kawan.. dan selamat bercuti juga kepada baba... anak-anak dibawah jagaan baba harini, so jaga dorang baik2 dan jgn lupa bagi dorang makan... Love you all..

Semalam baba belikan ubat selsema.... lepas makan tu Alhamdullillah dengan izin Allah, hidung mama terasa lapang dan tak rasa tersumbat.. tapi selsema tu still ada lagilah.. ubat tu kena makan 12 jam sekali.. dan sekarang ni dah tiba masanya utk mama makan ubat.... alahai... bukan tak suka.. tapi masalahnya mama tak reti nak telan ubat.. nak tak nak kenalah gigit ubat tu.. hancurkan dalam mulut dan baru telan... pastu minum air bercawan-cawan sebab mulut rasa pahit... he..he. nak buat macam mana tak reti nak telan ubat... tapi yang peliknya biji buah rambai selamba aje telan............

Stop jap............ nak makan ubat...............



Pahitnya.. sambil habis sebotol mineral water.............. Pagi ni sarap nasi lemak.. tapi rasa cam tak sedap je... Dah beli nasi lemak, my friend call ajak makan roti ranai.... sori seroja... lain kali ok..

Wednesday, December 10, 2008

Hidung ni makin tersumbat dibuatnya....
My staff takde harini, so.. bos kecik nilah yang terpaksa sibuk........... macam-macam kena buat.. tadi sorang lagi staff call... dia nak sambung cuti esok... nak tak nak kenalah bagi... kalau tak bagi camnerlak nanti kan...
Salam semua..

Sebelum ni berlatarbelakangkan ladybird.. sekarang tukar butterfly.. ada masani tukar2 wallpaper je.. Saya tak sihat harini tapi terpaksa gak bekerja. Semalam bercuti....

Dah beberapa hari tak update blog ni. Byk gak yg nak dikongsikan bersama.. Beberapa insiden berlaku pada Hari Raya Aidiladha lepas.. yang pertama rumah mak Banting dimasuki air (banjir paras buku lali).. sian betul kat my family. Hujan memang turun tanpa henti dari malam sebelum raya tu.. Baba gi sembahyang raya pun dalam keadaan hujan... Dalam keadaan banjir tu kami terpaksa jugak bertolak ke Ijok (kesian my mother and my family)...
Pastu on the way ke Ijok pula kami melalui jalan yang ditakungi air. Baba sangka tak dalam takungan tu.. rupanya dalam.. tak boleh nak cerita cemasnya waktu tu.. kereta kami susah dicontrol dan nyaris2 melanggar tepi jalan. Dan mujur juga takde kereta dihadapan atau dibelakang kami... Syukur Alhamdullillah.
Diijok ada 4 ekor lembu ditumbangkan..

Semalam saja bercuti.. mama dan anak-anak ke sekolah sebelah rumah.. beli buku untuk persekolahan Nabeela. Lepas tu balik umah dan berehat.. sebab badan tak sihat.. demam, selsema..

Esok Selangor bercuti sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor. Jadi baba lah kena jaga anak-anak esok. Mama keje.

Friday, December 5, 2008

During lunch time berjalan-jalan di Alamanda ngan Seroja dan zietwin.... Tengok2 kasut tapi tak berapa berkenan... last2 ke Reject Shop... beli 5 helai baju untuk anak-anak2.. patutnya kena beli 6 helai baru adilkan.. tapi dah kesuntukan masa nak memilih... takpelah.. salah seorang anakku kena beralah... agak-agak sapa ye yang akan beralah..

Petang ni rasanya sharp2 kul 5 nak balik.. Balik dengan hati yang senang tanpa risau pasal keje.....he...he... Rasanya ramai yang bertolak balik ke kampung harini. Semoga selamat sampai ke destinasi... Kami esok baru balik Banting.. itupun petang kot.. Isnin pagi lepas sembahyang raya, we all bertolak ke Ijok.

Ahad ni nak buat majlis harijadi untuk Misha (anak sedara).. birthday dia 25 Nov lepas.. saja je mak dia buat lambat.. Mak misha (my sister) sms semalam suruh sponsor kek.. ok je.. takde masalah....

Bulan december ni birthday my MIL iaitu pada 13 Dec dan cucu dia yang bernama Tijani tu pula 2 Dec lepas..
Ni tengah terkenangkan suamiku yang sibuk kebelakangan ni.. sian dia.. takpe bang.. esok cuti.. rehatlah.. mama tak kacau..he.he... iye.. ke.. mama tak kacau... Lepas solat subuh tidurlah semula... karang mama kejutlah..... kitakan nak membeli meja study anak kita..

Mama nak berborak ngan baba kat talipon pun takleh lama2 sebab baba sibuk ngan keje......