Friday, November 28, 2008

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU... KAMI SEKELUARGA AKAN KE TEMERLOH HUJUNG MINGGU NI...

Disekitar majlis perkahwinan my cousin 23 Nov 08














Bergambar dengan bendera... dah rasa cam tiang bendera pulak...he..he...

Ni gambar seminggu yang lepas.. Harini rasa happy gak sebab baru terima call saya akan terima cek. 6 bulan yang lepas kan saya pernah jadi guru ganti.... setelah puas memfollow-up dengan kerani sekolah tu finally dapat gak. Tak pasti berapa amount dia.. tapi tu gaji utk saya ganti sorang guru je.. utk gaji yang saya ganti lagi sorang guru belum dapat lagi.. ntahlah berapa bulan lagi akan dapat.... Apapun syukur Alhamdullillah........

Thursday, November 27, 2008

Harini rasa bosan sangat.

1) bangun lambat
2) Nadeea menangis kat muka pintu waktu mama hantar dia.. dia pesan suruh amik awal... siannya dia.. dahlah batuk.
3) On the way, nampak accident- kereta terbalik atas jalan raya.. ntahlah apa nasib pemandu dan penumpangnya.
4) Tempat parking penuh.. kena parking jauh sikit.
5) Lift yang selalu guna rosak.. kena naik lif lain dan 2 lif lak tu.
6) Tak tertahan nak ke toilet.. tapi masuk2 toilet ada orang pulak... kena guna toilet lain.. bosannya.


Sekejap lagi ada bacaan Yasin.. hopefully lepas baca yasin akan rasa tenang semula.... Dah beli sarapan tapi tak sempat nak jamah. Tak berapa lalu.. takpelah.. lepas baca yasin ada makan2 sikit....

Wednesday, November 26, 2008


Seumur hidup saya, hanya dua kali saya pernah naik kapal terbang. Kali pertama naik kapal terbang ialah ke Langkawi. Dulu opis baba memang selalu buat melancong ke mana-mana tempat menarik di Malaysia. Semuanya ditanggung free. We all ke Pangkor, Langkawi, Penang dll. Sekarang tidak lagi... kalau nak kemana-mana kenalah tanggung sendiri ongkosnya.

Kali kedua pula saya dan Nabeela yang berumur lebih kurang 1 tahun telah terbang ke Bangkok. Waktu tu baba dah seminggu di sana. Baba ada training selama 3 minggu disana. Jadi 2 minggu terakhir saya dan Nabeela kesana. Dan Hari Raya Aidiladha kami bertiga menyambutnya disana. Apapun sesekali berpeluang ke negara orang memang menarik.

Nadeea aje yang belum pernah naik kapal terbang dan dia teringin sangat nak naik.. Sian dia baba... Kita kena plan untuk bawak anak-anak kita bercuti naik kapal terbang.. My akak ipar stay kat Perth... teringin nak kesana....................



















Nama: Ainnur Nabeela
DOB : 02 Feb 2002
Hobi : Membaca buku, bermain komputer dll.

Note : Hobi membaca buku ni bermula kira2 awal tahun ni.. byk dah mama dan baba belikan dia buku dan majalah kanak-kanak. Kat mana-mana pun dia suka membaca. Dalam kereta pun dia boleh membaca, tapi kalau mama sure pening kepala kalau membaca dalam kereta.
























Nama : Ainnur Nadeea
DOB: 30 Sept 2004
Hobi : Bermain komputer dll.

Note: Nadeea tak pandai membaca lagi tapi dia dah kenal huruf. Tahun depan dia akan masuk Tadika dan mudah-mudahan senang menerima ilmu pelajaran dan moga-moga menjadi kebanggaan keluarga.

Tuesday, November 25, 2008

Sabtu
-Pulang ke kampung (Banting)

Ahad
- Majlis perkahwinan my cousin (gambar nyusul kemudian le)

Isnin
- Bercuti, mama dan anak-anak ke PKNS Shah Alam atas urusan simpanan wang di Tabung Haji dan berjalan2...
- Petang - mama, baba dan anak-anak ke TESCO Puchong.

Selasa
- Biasalah kalau dah bercuti panjang, sure keje banyak... takleh nak update byk2... nak sarapan pun tak sempat

Friday, November 21, 2008

Apalah agaknya kabo my best friend yang terbang ke Perlis harini kerana menghadiri mesyuarat di sana. Hopefully segalanya berjalan dengan lancar..

Sementara saya disini agak kesibukan. Walaupun masa lunch time panjang tapi saya hanya tapau dan makan kat office saja. Malas nak keluar........

Cam biasa every Friday saya menjadi urusetia mesyuarat. Dan gambar dibawah antara staff-staff yang byk membantu saya.




Thursday, November 20, 2008

Harini bosan dengan design umah lama... jadi saya saja menukar design "Salam Desa Tanjung". Tak kiralah orang lain suka ke idak, tapi setelah beberapa kali menukar, akhirnya saya 'terpikat' dengan design yang u all nampak ni.. Bermotifkan brown colour..

Cuaca petang ni hujan... gelap je awan tu..

Esok rasanya tak berkesempatan nak memblogging sebab ada meeting penting yang perlu diuruskan. Biasalah my work menguruskan meeting setiap minggu. Nak bercuti pun tak boleh.. Lama rasanya tak bercuti bersama keluarga..

Weekend ni turn balik Banting. Lagipun ada majlis kahwin sepupu yang umahnya selang beberapa rumah je ngan umah mak.. Memang wajib pergi.. Next week pulak hantar rombongan Ijok ke Temerloh untuk majlis pertunangan adik ipar... Dah nak tunang kau keem... Tahniah.......

Inilah dia anak ketiga pasangan NORMADIAH dan AZIZ... Lunch time tadi sempat jugak menjenguk mereka di hospital. Comelnya.... geram tengok....

22 Zulkaedah 1429h (Khamis)

Cerita 1

Soalan:
Kenal tak gambar di atas?
Sure taukan sapa nama suami beliau?
Kenapa saya letak gambar beliau?

Jawapan:
Ya.. Allahyarham Normadiah dan suaminya bernama Allahyamrham Aziz Jaapar kan.
Tujuan saya letak gambar beliau ialah saja nak kaitkan seorang kawan lama saya yang bernama NORMADIAH dan suami kawan saya tu pula ABG AZIZ... samakan nama mereka suami-isteri.

Saya panggil kawan saya ni Kak Nor. Tarikh lahir dia sama dengan anak sulung saya iaitu 2 Feb. dan semalam Kak Nor dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan. Tahniah kak nor.... InsyaAllah during lunch time nanti saya melawat Kak Nor okey... dah 3 anak kak Nor.. anak saya masih lagi dua belum bertambah2....

___________________________________________________________________

Cerita 2

Eta, awak ingatkan harini hari apa?
Ya.. hari khamis. Semalam hari Rabu dan esok hari Jumaat...

ooooooooooooooo...................

Saya bukan lupa kena pakai baju batik hari ni... cuma saya tak sempat nak menggosok pagi tadi.... Mujur kemeja suami sudah digosok... lewat bangun harini... sampai office pun punch card dah warna merah.........

___________________________________________________________________________

Cerita 3

Saya beli nasi lemak yang hanya ada nasi, sambal, timun dan ikan bilis je... itupun kena charge RM1.70. Mahal kan.... kalau tambah telur goreng dicharge RM2.50 lak... Apapun takpelah asalkan perut saya ni berisi... Sarapan kan sesuatu yang pentingkan... Betul tak kawan2...

Wednesday, November 19, 2008

21 Zulkaedah 1429h (Rabu)

Barulah berkesempatan mengupdate blog ni.

Baba ke Melaka harini. Bertolak kesana kul 8.00pagi tadi dan Alhamdullillah dalam kul 4.30ptg tadi dah selamat sampai ke rumah. Ingatkan dia balik malam... terkejut gak bila dia call katanya dah sampai umah dah...

Lunch time tadi ajak seroja makan kat luar. Bosan ngadap makanan kat cafe tu. Syok jugak sesekali makan kat luar cuma selalunya malas nak keluar sebab kena bawak kete. Harini nak tuang minyak tu yang makan kat luar sekali tu......

Nabeela tak berapa sihat sejak malam tadi.....

Tuesday, November 18, 2008

Bayi maut tersedak susu

Berita ini sudah ku dengar sejak Jumaat lepas... memang sedih sangat.... Takziah kepada keluarga arwah...


Bayi maut tersedak susu

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat jasad anaknya terbaring kaku sedangkan pada sebelah pagi dia kelihatan gembira ketika bermain dengan bapanya,” luah Adelina Christine Awent Jon Abdullah, 28, ibu kepada seorang bayi empat bulan yang maut dipercayai tersedak susu di nurseri.

Malah, kata Adelina, dia masih ingat arwah seolah-olah melambai tangan ke arahnya ketika meninggalkannya di nurseri sebelum ke tempat kerja.

Mangsa, Abrahaem Noah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bayi malang itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke situ.


Dia dan suami, Mohamad Najib Rosli, 29 dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka oleh seorang penjaga nurseri di Istana Kehakiman di sini, kira-kira jam 2.30 petang, sebelum bergegas ke hospital.


Malangnya, Abrahaem sudah tidak bernyawa.

Menurut Adelina, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, apatah lagi Abrahaem berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri.

Malah, anaknya itu tidak mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.

“Saya amat terperanjat dengan kejadian ini. Kami sudah kering air mata...kalau bayi kami sakit tak apa, tetapi dia berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri. Itu yang menyebabkan kami terkilan.

“Lebih menyedihkan, kami tidak dimaklum awal mengenai kejadian itu, sebaliknya mengetahui selepas satu jam berlaku. Walaupun pihak nurseri meminta maaf tetapi kami perlukan penjelasan mengapa kami lewat dimaklumkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Ketika ditemui, Adelina Christine yang juga seorang pegawai di Kementerian Kewangan kelihatan sugul.

Dia ditemani Mohamad Najib dan ibunya, Rani Ibot, 50.

Beliau berkata, berkata Abrahaem didaftar ke nurseri itu sejak dua bulan lalu selepas mendapati ia terletak tidak jauh dari pejabatnya dengan bayaran RM250 sebulan manakala pekerja adalah warga tempatan.

“Terdapat antara lima hingga enam bayi berusia bawah setahun dan lebih 10 yang berusia lebih 10 tahun serta beberapa kanak-kanak lain di nurseri terbabit,” katanya.

Berikutan kejadian itu, pasangan terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada hari sama akibat tidak berpuas hati dengan jawapan pihak nurseri.

Ini untuk memastikan kejadian terbabit disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Kami terima takdir Ilahi, tetapi tidak mahu ada lagi bayi tidak berdosa menjadi mangsa akibat kelalaian. Kami tidak mahu apa yang kami tanggung ketika ini menimpa ibu bapa lain,” katanya.

Adelina berkata, kini hanya rakaman gambar dan video Abrahaem di telefon bimbit milik mereka berdua menjadi kenangan untuk melepaskan rindu kepada anak tunggal kesayangan pasangan yang berasal dari Sarawak itu.

“Saya sering merakam gambar dan video Abrahaem setiap hari. Saya tidak menyangka ia akan menjadi kenangan selepas arwah meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.

Dia dan suami turut meluangkan masa setiap hari menziarahi kubur arwah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini, Sabtu lalu.

Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan bersama harini...

Monday, November 17, 2008

19 Zulkaedah 1429h (Isnin)


Nabeela yang lahir pada 02.02.02 akan menyambut harijadinya yang ke 7 another 2months + 2 weeks & 2 days... wa semuanya angka dua... patutlah periksa asyik dapat no. dua aje...
Dimusim cuti sekolah ni Nabeela terpaksa tinggal di Nursery Nadeea. Bukannya dia nak stay kat kampung.. taknak berpisah ngan mamanye ni ha...

18 Zulkaedah 1429h (Ahad)


16 November 1976

Tarikh bersejarah dimana Puan Siti Jarah melahirkan puteri yang ke dua. Waktu itu beliau sedang merebus jagung dan terasa sakit untuk bersalin. Mujurlah ibu mertuanya seorang bidan. Alhamdullillah beliau selamat melahirkan seorang lagi puteri yang diberi nama Rozita.

16 November 2008

Sudah besar puteri itu......
Sesuatu terjadi dirumah Banting iaitu sebatang pokok kelapa sawit telah menghempap rumah Puan Siti Jarah. Alhamdullillah tiada yang mengalami kemalangan walaupun nyaris-nyaris terkena pokok kelapa sawit yang tumbang itu..

17 Zulkaedah 1429h (Sabtu)

Sabtu 15 November 2008

Pagi - Dirumah saja
Ptg- Berjalan2 ke SACC dan PKNS
Malam - Balik Ijok

Friday, November 14, 2008

16 Zulkaedah 1429h (Jumaat)


Harini ialah 14 November, ini bermakna:
1) Another 2 days for my birthday. dah tua dah...........
2) Last day persekolahan sebelum bebudak sekolah bercuti panjang..
3) Last day Nabeela belajar di PASTI BESTARI.

Semalam dah byk entry, harini entry ciput ajelah...

Thursday, November 13, 2008

Azam

Gambar anak2ku bersama bapa mertuaku..........
Diawal pagi ni takde mood sungguh.. tapi lama2 mood tu datang dan byk lak entry for today....
Actually ada satu azam yang telah kusematkan dihati hariini..... dan InsyaAllah akan ku tunaikan azam ku itu. Ya.. Allah..... tetapkan hatiku ini agar aku tidak lupa dengan azam ku itu... Amin...

Buat anak-anakku tersayang.... mama amat menyayangi kalian berdua.. Dan sudah tentu menyayangi baba kalian................ pernah gak terlintas untuk berhenti keje dan mengasuh kalian berdua... tapi belum lagi tercapai niat itu... sebabnya bila fikir-fikir balik bukan senang tak bekerja ni kan.. takde duit sendiri sebenarnya... sekarang dah ada duit sendiri sudah tentu bebas nak berbelanja...he..he..he.. Baba cadangkan buatlah sesuatu bisnes sendiri.. dengan itu, income masuk.. anak2 pun terjaga... tapi nak bisnes apaye?????????????????????????

Kenangan


Sebenarnya banyak benda yang menerawang kat kepala ni... teringat cerita-cerita di zaman percintaan dulu.. byk sgt kenangannya .. ialah bercinta pun selama 7 tahun kan... sekarang dah 7 tahun berkahwin. Maknanya dah lebih kurang 14 tahun saya mengenali my Haleem ni... sikapnya tak banyak berubah dari dulu sampai sekarang.. dia jarang marah.. tapi kalau dah marah.... takuttttttttttttttttttttttttttt........................... anak-anak pun takut kalau baba dah marah kan...

Malulah nak cerita lebih2....he...he...he... tapi memang kalau teringat zaman bercinta dulu byk indahnya... Dan sekarang kami lebih bahagia menjadi satu pasangan suami-isteri........... dan mempunyai 2 org puteri......... teringat dulu masa bercinta mmg suka nama Nabila dan berangan2 nak namakan anak nabila... dan Alhamdullillah impian termakbul.... NABEELA kami lahir pada tarikh yang istimewa iaitu 020202... Kami sayang NABEELA dan NADEEA....

Tag dari nana


buat masa sekarang ni si Puan tulip merah ni dah agak tenang, dah kurang stress..... setelah buat 'housekeeping' rasa lega sikit kepala otak...

Ni nak kena buat homework yang diberi oleh nana pulak..

peraturan permainan:-


*take a picture of yourself RIGHT NOW.
* DONT change your cloth.
*DONT fix your hair, just take a picture.
* Post that picture with NO editing.
* post this instruction with your picture.
* Tag 10 people to do this.

Sorry nana takde gambar terkini... akak letak jelah gambo tulip merah tu... Dan kepada pengunjung blog ni anda kena tag................................................. sila rujuk peraturan permainan diatas.

15 Zulkaedah 1429h (Khamis)

Mama, Baba, Akak dan Adik di hari raya pertama......... Raya dah lama habis tapi baru nak letak gambar dalam blog..

Perasaanku harini rasa cam tak best, gelisah, sedih, tak happy, takde mood dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya... Oleh itu, tak mood juga nak menulis entry panjang2.......

Wednesday, November 12, 2008

14 Zulkaedah 1429h (Rabu)


Anak sulungku Ainnur Nabeela bakal menghabiskan sesi persekolahan tadikanya. Harini diadakan MAJLIS PERPISAHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PASTI BESTARI. Sempatlah jugak mama kesana untuk bagi sokongan pada Nabeela. Sebagai ibu-bapa kenalah selalu joint serta apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah anak2. Oleh itu, hubungan dengan cikgu2 akan jadi lebih mesra. Dan hubungan mama dan kawan-kawan Nabeela pun mesra gak. Dari dulu memang saya akan pastikan untuk menghadiri apa-apa jua majlis yang dianjurkan. InsyaAllah akan berterusan.
Gambar2 disekitar majlis akan di download kemudian.

Anak keduaku Ainnur Nadeea pula yang akan mengantikan akaknya untuk belajar di Pasti Bestari tahun depan. InsyaAllah Nadeea juga boleh berjaya seperti kakak.. Malam ni ada majlis kesyukuran di Pasti Bestari. InsyaAllah kami suami-isteri akan turut serta dalam majlis tersebut.
Anak ke 3 ku...ha......????????. dah ada ke baby dalam perut??????????????????????????????









Ha..ha..ha... takde baby lagi dalam perut... gambar diatas ni copy dari blog org.. Jgn mare ye... Saja je berangan anak ke3. Bukan taknak lagi tapi belum tiba masanya..he..he.... Untuk yg dah tau dan yang belum tau, saya ni tengah menunggu result KPLI samaada berjaya atau tidak masuk maktab. Kalau berjaya, saya akan meneruskan belajar. InsyaAllah. Dan kalau tak berjaya, bolehlah berusaha untuk dapatkan anak lagi terutamanya anak lelaki. Apapun semua rezeki itu ditangan Allah.

Tuesday, November 11, 2008

Happy birthday to Seroja


glitter-graphics.com

To my best friend.. seroja
I wish you all the best
And make your dreams come true........
Esp KPLI and baby...

Monday, November 10, 2008

Ikhlas buat suamiku...



Puisi buat baba...

Abang...
Kehadiran cintamu mengisi segala ruang rindu dalam hatiku
Kehadiranmu dapat hidupku melengkapkan lagi perjalanan hidupku
Pinanganmu ku terima dengan hati yang amat gembira
Pernikahan denganmu menambahkan lagi kebahagiaan kita
Mengandungkan anakmu mengeratkan lagi kasih sayang kita
Kelahiran anak-anak memancarkan lagi sinar dalam rumahtangga kita

Walaupun ungkapan cinta dan sayang jarang terbit dari bibirmu
Tapiku tahu, dirimu amat menyayangi diriku
Ku tahu dirimu menerima diriku ini seadanya
Dan ku berdoa agar rumahtangga kita ini sentiasa dilingkungi kebahagiaan

Abang...
I love you...

Aktiviti hujung minggu



Aktiviti dihujung minggu

Sabtu
Pagi: Menghadiri majis konvokesyen PASTI kawasan Puchong di Institut Pertanian Serdang. More picture please link to anakbaba
Tghhari : Ke Jaya Jusco, jalan-jalan dan beli kasut sekolah Nabeela

Ahad
Pagi : Daftar Sekolah Agama untuk Nabeela
Tghhari : Ke Pasaraya Hari-Hari, seksyen 18 Shah Alam untuk shopping barang keperluan sekolah untuk Nabeela dan Nadeea
Petang : Ke rumah makcik baba

Friday, November 7, 2008

9 Zulkaedah 1429h (Jumaat)

Seharian ni dari pagi sampai ke petang sibuk dengan tugas di ofis. Ni baru sempat nak menjengah blog.. Takde yang istimewa nak dikongsi utk hari ni. Cuma agak stress dan dah start sakit kepala...

Esok ada majlis Konvo for Nabeela kat serdang.........

Thursday, November 6, 2008

8 Zulkaedah 1429h (Khamis)


Suatu masa dulu my little princess suka main dengan tudung saji. Agaknya dorang imagine tudung saji tu as sampan.. Sekarang ni my little princess dah semakin membesar.. Tahun depan si kakak akan masuk darjah satu dan si adik akan masuk Tadika... Tapi si 'adik' yang baru belum muncul2... Baba pernah cakap, dia nak anak 4 orang.. pernah gak terdetik dalam hati ni. Kalau ada rezeki melahirkan lagi biarlah keluar kembar... pastu tak payah nak beranak lagi.. Tapi terfikir pula, laratke mengandung anak kembar ni... yang segala-galanya double... Apapun semua rezeki ni Allah yang tentukan. My abang ipar baru dapat anak kembar.. dan my mother in law juga kembar... rasanya ada peluang nak dapat kembar...

Wednesday, November 5, 2008

Lagu ni dah lama dah glamournya.. tapi mama cukup suka dan feeling je dengar.... Buat suamiku... lagu ini untuk mu..

Dealova
by Once

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]
selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

7 Zulkaedah 1429h (Rabu)

Alhamdullillah baru lepas sarapan nasi lemak. Kalau ikut hati nak cuti je harini sebab tak badan tak berapa sihat. Selsema pun ia gak. Harap-harap tak berjangkit kat anak-anak sebab kalau diaorang sakit mesti kesian...................

Tarikh : 5-Nov-2008
Hari : Rabu
Kawasan : Kuala Lumpur
Subuh : 5:38
Syuruk : 6:56
Zohor : 12:58
Asar : 16:19
Maghrib : 18:57
Isyak : 20:09

Awalkan Maghrib sekarang ni... memang seronok kalau berpuasa. Tapi disebabkan tak berapa sihat ni tak jadilah nak berpuasa. Dah celik dah kul 5.00pagi tadi tapi sambung tido semula. Kul 5.30 celik balik. Cam biasa, keje2 dirumah perlu dibereskan sebelum ke ofis. Normally kalau rutin harian tu dah buat sebelum tido, saya akan bangun pagi dalam kul 6.00. Kalau malam tu tak buat , nampak gayanya kena bangun lebih awal dari biasa.
Alhamdullillah sekarang baba tolong hantar anak. Mama hantar sorang, baba hantar sorang. baru adilkan..he...he.. Love you baba.

Tuesday, November 4, 2008

6 Zulkaedah 1429h (Selasa)

Disaat usia perkahwinan kami yang ke 7 years +++, kami bahagia dikurniakan 2 orang puteri yang masing-masing sudah berumur 6 dan 4 tahun. Bagi baba rumahtangga kami perlu diserikan dengan beberapa orang anak lagi.... Ya betul.. memang kena tambah anak lagi tapi bilakah masanya itu????????? Ku mohon pada Allah, biarlah kami dikurniakan putera pula. Barulah seimbang rasanya dengan kehadiran puteri dan putera.

Kepada anak2ku, walaupun kalian selalu kena marah tapi percayalah mama tetap menyayangi dan akan menyayangi kalian sampai akhir hayat mama. Tanpa kalian terasa kosong hati ini. Semoga kalian menjadi anak yang solehah... Amin.

Kepada suamiku pula, jangan lupa birthday mama yang akan tiba tidak lama lagi...he..he... Actually kepada baba, mama akan terus menyayangimu................ Malulah nak cakap lebih2... pembaca blog baca nanti.....



Monday, November 3, 2008

Food


Makanan di cafe dah kehabisan, nak tak nak terpaksa berjalan jauh untuk mencari makanan. Disebabkan perut yang berkeroncong makanan habis dimakan, kecuali batang-batang kangkung. Gambar diatas bukanlah menu hidangan lunch saya tapi makanan yang saya teringin nak makan. Dah lama tak makan chicken chop ni..

Semalam kat Banting, asyik makan je... breakfast nasi goreng, lunch nasi dan sup ayam, kul 3.00petang makan nasi dan ketam masak lemak. Dinner pula makan nasi dan sambal udang. Memang best kalau balik umah mak sendiri... Tapi mak cakap mata saya cengkung dan suruh makan banyak2... dah banyak dah makan ni mak... badan je tak naik2...he..he... Kalau dah naik nanti risau pulakkan...

5 Zulkaedah 1429h (Isnin)


Pepagi lagi mama dah kena minum susu Anlene. Akibat meninggalkan amalan minum susu selama beberapa minggu akhirnya badan mama sakit2. jadi mulai hari ini InsyaAllah mama akan amalkan meminumnya semula.........

4 Zulkaedah 1429h (Ahad)

Keadaan mama masih tak berapa sihat. Baba suruh minum air banyak2. Alhamdullillah beransur pulih tapi terkencing2 lah lepas tu sebab banyak sangat minum.

Plan nak buat keje ofis yang memang kena buat, tapi rasa tak berapa sihat dan malas sangat. Akhirnya tak sentuh pun keje tu...

Sebelah petang gi jenguk sepupu yang baru bersalin. Nama baby dia Nurul Intan Sofia.. lebat kan rambut baby...

Malam balik Puchong.........

3 Zulkaedah 1429h (Sabtu)

Pepagi hantar Nabeela ke Tadika PASTI Mawardi di Kg. Sri Aman, Puchong untuk menghadiri peperiksaan SETARA kawasan Puchong.

Wakil daripada PASTI BISTARI ialah
1) 6 tahun - Riduan dan Nabeela
2) 5 tahun - Nasrul dan Nurin

Ada 7 buah PASTI yang datang untuk ambil exam. Dan keputusannya ialah:
1) 6 tahun - Riduan dan Nabeela mendapat markah tertinggi dengan markah yang sama.
2) 5 tahun - Nasrul mendapat markah tertinggi.
*** Mesti cikgu2 PASTI Bistari berbangga, disebabkan markah Riduan dan Nabeela sama, jadi AJK nak buat meeting sapa yang akan terpilih untuk mewakili Puchong. Mama rasa sure Riduan yang terpilih kerana sebelum ni dia always no. 1. Apapun mama bangga dengan Nabeela.

Tengahhari tu mama dah start sakit kepala. Mama puasa actually dan rasanya sebab kurang minum air mama jadi sakit kepala. Baba suruh buka sebab tengok keadaan mama camtu. Tapi mama masih berdegil................ Akhirnya dalam kul 4.30ptg mama terpaksa berbuka juga sebab tak tahan.. kepala sakit sangat sampai muntah2..... Lepas maghrib baru we all balik Banting..