Friday, October 31, 2008

During lunch time tadi ke pasar tani.. Saja jejalan sebab dah lama tak kesitu. Beli selipar untuk anak-anak. Juga selipar untuk empunya diri.

2 Zulkaedah 1429h

Semalam petang nak ke Jaya Jusco tapi baba dah bawa anak-anak ke sana tengahhari semalam, jadi we all ke Tesco ajelah. Nabeela nak buku untuk hadiah dia.

Takde cerita menarik nak dikongsi bersama ditambah pula dengan beban keje yang banyak harini..........................................

Gambar 2puteri comelku yang ayu bertudung.....

Thursday, October 30, 2008

1 Zulkaedah 1429h

Semalam petang plan nak beli hadiah untuk anak-anak tapi disebabkan semalam pulang lewat (7.15malam baru gerak dari ofis), tak jadilah nak ajak dorang beli hadiah. Sorry to anak-anakku.

Harini baba cuti dan dia tolong jaga anak-anak. Mama dah siapkan breakfast roti telur, untuk lunch nanti pandai-pandailah baba ye..

Wednesday, October 29, 2008

29 Syawal

1)Semalam baba beli hp baru, jadi hp dia yg lama di sedekahkan kepada isteri kesayangannya ni.
2) Keputusan exam Nabeela dah dapat, dia maintain no. 2. Dia lahir 02.02.02 dan exam asyik dapat no. 2 aje.. terpikir gak, Nadeea lahir 30.09.04. Adakah akan dapat no. 30????
3) Pagi tadi dah suruh Nabeela fikir, hadiah apa yg dia nak sbb dapat no. 2.. kita tunggu jawapannya petang nanti ok.
4) Actually hadiah untuk birthday Nadeea pun tak beli lagi.. Apa nak bagi dia ye??? Kena tanya tuan punya diri ni apa yg dia nak...

Tuesday, October 28, 2008

28 Syawal

Semalam tak mengemas lagi pinggan mangkuk yang kotor, jadi hari ni celik mata dalam kul 5.30pagi dan terus menonyoh pinggan mangkuk, jemur kain, kemas baju anak2 utk kesekolah. Kelam kabut dibuatnya. Nasib baik dah menggosok. Plan nak sambung puasa tapi tak sempat nak sahur. Dalam kelam kabut tu, sempat lagi masak nasi goreng. Ada nasi dan lebihan sate semalam.

Takleh nak berceloteh panjang. Ada keje yang menanti....

27 Syawal

Harini keluarga banting datang berkunjung ke rumah. Semua adik-beradik dan ipar duai berkumpul kecuali 2 orang my brother. Sorang gi kursus, sorang lagi tak ikut sebab tak muat kete. Takde makanan yang istimewa dihidangkan, cuma nasi dan lauk-pauk serta sate. Kesian to them esp to my parents sbb kena panjat tangga setinggi 5 tingkat. Tapi takpelah kan sesekali excercise.

Juga rumah kami dikunjungi oleh Senah sekeluarga dan Seroja sekeluarga. Akibat ada masalah sikit dengan guard, Seroja sekejap je kat umah we all. To all my visitors, jangan serik datang umah we all lagi. Maklumlah parking jauh, kena panjat tangga lagi. Apapun terima kasih atas kunjungan u all.

Lepas semua balik, terasa penat sangat sgt nak mengemas, letih sgt... mandi dan terus tido.

Sunday, October 26, 2008

26 Syawal

Dah lama rasanya tak balik Banting. Sejak minggu pertama raya haritu. Plan nak balik Banting minggu ni tapi disebabkan family Banting nak datang umah esok, so kami tak jadilah balik. Lagipun baba keje harini. Apalah baba ni hari Ahad pun keje... dulu masa mama kat company lama kekadang hari Ahad pun keje, dan tu yang membuatkan baba bising dan akhirnya mama resigned dari situ. Alhamdullillah keje sekarang ni cuma 5 hari seminggu.

InsyaAllah kami akan menghadiri jamuan hari raya Taska Nadeea. Jamuan bermula pada pukul 1.00 t/hari sampai 6 ptg. Tak tau pukul berapa akan kesana sebab mestilah tunggu baba pulang dari keje kan.

Bangun awal pagi ni. Plan nak buat keje ofis. Tapi malasnya nak mula... sekarang ni layan internet dulu.

Syawal sudah hampir sampai ke penghujung. Cepat je masa berlalukan.. Usia pun dah makin meningkat. Tapi Alhamdullillah dalam usia begini, saya dah punya keluarga yang bahagia disamping 2 orang cahayamata, ada rumah sendiri, ada kete sendiri.... Cuma keje je belum dapat yang tetap. Keje sekarang ni cuma kontrak selama 2 tahun...... Doakanlah ye semoga saya dapat keje tetap. Amin......

25 Syawal

Hari sabtu memang tak keje. Best betul, tapi ada keje ofis yang dibawa balik ke umah. Tapi sepanjang harini tak sentuh pun tu keje tu.

Kami sekeluarga ke rumah 2 orang pakcik baba, ada majlis jamuan raya dan kami memang tak ketinggalan. Dalam pukul 5.00 petang dah sampai umah, tapi dalam kul 6.00petang kena bersiap-siap semula sebab nak ke jamuan raya yang diadakan oleh company baba pulak.

Rasanya majlis hari raya yang dianjurkan oleh company baba kurang meriah tahun ni. Makanan pun tak banyak. Mama dan anak-anak cuma makan nasi dan ayam masak merah. Makanan lain kurang menarik dan malas nak beratur panjang. Asalkan perut kenyang udahlah kan. Sorrylah tuan rumah takde gambar yang boleh dipaparkan. Malas nak bergambar. Setakat cerita ajelah yang boleh dikongsi bersama. Itupun kalau u all sudi baca.

Friday, October 24, 2008

24 syawal

Sebelum dimulakan keje yang mmg sibuk harini.. menaip entry barulah sambil sarapan. Sarapan today ialah nasi lemak + ayam rendang.. Mmg my favourite ayam rendang ni..

Cuaca pagi ni hujan, bawak kete pun slow aje sambil layan lagu2 80-an di hot.fm. Feeling je bawa kete...

Takleh nak berceloteh panjang.. keje dah menanti.

Thursday, October 23, 2008

23 Syawal


Kenapa gambar printer pulak kali ni????? Saja je letak sebab baru dapat printer ni semalam. Finally dapat gak printer.

Tghhari nanti ada jamuan raya. So kepada Seroja, sorry tak dapat lunch sekali.

Wednesday, October 22, 2008

22 Syawal

Harini baba send my savvy for service. So mama kena bawak kete baba to ofis. Bukan tak suka cuma tak biasa. Sampai tak jumpa mana button for wiper belakang. Bawak pun tak berani nak memecut. Alhamdullillah selamat sampai dan punch card pun tak merah lagi.

Baba balik lewat lagi malam tadi. Kesian sangat kat dia, keje banyak. Takpelah bang, mama faham keadaan abg. Jgn melencong kat tempat lain udah..he..he.. Tau abg tak buat camtukan.. Love you. Harini plan nak sambung puasa lagi tapi terlewat bangun untuk bersahur. Minggu depanlah kot sambung sbb esok ada jamuan kat ofis ni (tak sesuailah nak puasakan)..

Bangun pagi tadi terlebih rajin gosok baju untuk 3 hari berturut2. Actually bukan terlebih rajin tapi malas nak menggosok tiap-tiap hari.

Seroja.. perasan tak awak kat belakang kete saya waktu di traffic light besar tadi dan waktu nak masuk parking. Selalu saya bawak kete merah, harini bawak kete hitam... Perasan ke tak???

Tuesday, October 21, 2008

21 Syawal

Harini nak story pasal my jam tangan kesayangan. Jam tangan ni pemberian baba sempena anniversary perkahwinan kitaorg 2-3 tahun lepas. Semalam Nadeea pegang jam tu dan tiba-tiba terlepas dari tangan dia... Pagi ni bila nak pakai jam tu, ianya dah tak berfungsi lagi. Alamak sedihnya.... adakah disebabkan ianya terjatuh atau baterinya dah 'kong'???.... Harini tangan ni terasa kelainannya sebab tak berjam....

Monday, October 20, 2008

20 Syawal

Salam semua.. Ayu tak kedua anak saya tu bertudung? Actually Sabtu lepas we all menghadiri majlis jamuan hari raya PASTI BESTARI (tadika Nabeela). So anak-anak pun kenalah ayu bertudung. Majlis bermula dalam pukul 10pagi dan berakhir jam 1.00petang. Lepas kekenyangan, we all balik dan lepak-lepak kat rumah. Dalam pukul 6.00ptg we all balik Ijok.

Hari Ahad pulak menghadiri majlis baca Yasin dan jamuan hari raya umah maklong di Ijok. Dalam pukul 3.30ptg we all terpaksa balik ke Puchong sbb baba kena keje. Sian baba... kul 1.00pagi baru balik umah.

Harini pula Majlis Hari Raya utk semua warga .......... Alhamdullillah kenyang. Kalau tiap-tiap hari camni memang makin naiklah badan ni... Ni je lah gambar yang ada.. itupun ehsan dari kamera orang lain...

Friday, October 17, 2008

During lunch time ni tak kemana.. lepak je kat bilik ni sorang-sorang. Perut pun dah kenyang sebab tadi ke openhouse ofis sebelah. Member baikku pun ntah kemana merayapnya..

luv,


Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts




17 Syawal

2-3 menjak ni actually baba yang hantar Nadeea ke taska, tapi harini Nadeea nak mama pulak yang hantar. Mama memang dah terlewat harini hantar juga Nadeea ke taska, pastu hantar Nabeela ke tadika. Lepas tu dengan kudrat my savvy tu, mama pecut kete selaju mungkin. Alhamdullillah tak apa-apa dan selamat sampai ke ofis serta punch card pun belum merah lagi.

Harini ni sarapan nasi goreng + mee. Memang my habit suka makan campur2. Reasonnya ialah kalau nasi tu tak sedap, boleh makan mee. Kalau dua-dua sedap, belasah makan sampai habis.

Semalam petang dalam kul 6.30petang actually ada sesuatu terjadi tapi tak boleh nak share ngan u all.... he...he.. jangan marah ok.. Tapi benda tu memang buat tension bebeno dan terasa ruginya.....................................................

Exam Nabeela dah habis dah. Hopefully dapat markah yang best2. Exam pertengahan tahun lepas dia dapat nombor 2. Kali ni hopefully maintain. Nak dapat nombor satu tu agak payah sikit sebab member dia tu setiap kali periksa mesti dapat nombor satu. Tapi mana tau kali ni kan..he..he.. takpelah sayang dapat nombor berapa pun. Kita kan dah mencuba. Dan esok Tadika Nabeela ada buat openhouse. Memanglah kena pegi, lagipun Nabeela dan kawan-kawan dia kena buat show esok....

Thursday, October 16, 2008

16 Syawal

Walaupun mata ini terlalu berat untuk dibuka,
Tetapi demi untuk bersahur ke gagahkan diri juga,
Baba ku kejut untuk bersahur bersama-sama,
Tapi tak bangun-bangun tak larat katanya.

Oleh itu bersendirianlah aku bangun sahur,
Hanya makan nasi berlaukkan telur,
Alangkah bestnya kalau makan sup ekor,
Tapi takpelah asalkan aku tidak kebulur.

Malam tadi baba pulang lewat ke rumah,
Jam 11 malam baru nampak wajah,
Tengok muka dia letih tak sudah,
Nak senyum pun dah tak larat dah.

Anak-anak turut sama tidur lewat,
Kerana nak jumpa baba walaupun sesaat,
Tak sempat baba nak lepaskan penat,
Macam-macam soalan terpaksa di jawab.

Hari ini ialah hari istimewa,
Harijadi bapaku yang tercinta,
Yang keberapa nanti kukira,
Semoga sihat walafiat sentiasa.

Sampai disini sahaja celoteh tuan rumah,
Takde idea pulak dah,
Jemput-jemputlah datang ke rumah,
Da.....da.............................

Wednesday, October 15, 2008

15 Syawal


Semalam petang meter reading my savvy mencecah angka 20000. Ini bermakna nak kena hantar for 2nd service. Oleh itu, temujanji sudah dibuat dengan Pusat servis iaitu pada 22 Oktober 2008, 9.00pagi.
Semalam petang singgah pasar tani dan beli makanan untuk berbuka. Beli nasi, ayam masak kicap, ayam percik, murtabak, otak-otak dan kuih. Oh ye.. semalam exam paper Nabeela ialah English dan Math. Harini pula pembangunan sosial dan tulisan jawi. For esok tak ingat pulak apa dia kena tengok jadual balik ni...
Harini tak puasa. Esok InsyaAllah sambung puasa semula.

Tuesday, October 14, 2008

14 Syawal

Semalam petang dari kat office lagi mmg hati ni sedih dan sayu.. bila ambil Nadeea dia tengah menangis.. lagilah sayu hati ini. Dan atas permintaan anak-anak semalam, puasa-puasa pun bawak dorang ke Tesco gak. Dan tak sempat nak beli makanan berbuka. Sampai umah je terus azan, hanya berbuka dengan kuih siput dan kuih tart. Baba pula berbuka kat kete.. Pastu baba singgah Awan Besar dan beli sate kajang.. Kira berbuka ngan sate kajanglah semalam walaupun dah kul 8.00 malam baru makan.

Pagi tadi bersahur berseorangan sambil menonton Musang Berjanggut. Sahur pun cuma sate 2 batang dan kuih tart dan susu. Terasa cam dah lapar sekarang ni. Tapi InsyaAllah akan bertahan sampai petang nanti.

Oh ye... hari ni kena lapor diri kat Bahagian baru... uwaaaaaaaaaaaaaaa..............

Monday, October 13, 2008

13 Syawal

Sabtu lepas baba tak jadi keje, so we all beraya ke Bukit Jelutong dan Puncak Alam. Malam tu start kul 3.00pagi Nadeea bangun dan muntah2.. selang sejam muntah lagi.. adalah 4 kali dia muntah. Mungkin tersalah makan atau terlebih makan tembikai kot. Kesian dia.....

Ahad semalam plan nak balik banting dan ke rumah open house mak usu sekali, tapi disebabkan Nadeea masih tak sihat jadi we all tak jadi balik Banting. Bila petang, keadaan Nadeea baik sikit, we all ke rumah 2 orang pakcik baba di Klang. Masa kat rumah tu, Nadeea tak nak makan sebab dia takut muntah. Dan badan dia mula panas sikit, we all singgah klinik seksyen 27 Shah Alam dan beli ubat demam.. Sebelum balik umah singgah ke Tesco.

Harini InsyaAllah sambung semula puasa. Baba pun turut berpuasa, tak berapa lalu nak makan sahur pagi tadi..

This whole week, Nabeela exam akhir tahun. Paper for today - Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab. Good luck sayang..
Dan PMR juga start harini.. Good luck kepada yang mengambilnya terutama Sara...

Friday, October 10, 2008

Zero Mood

Ptg ni takde mood sesangat... Pening kepala gak nak buat plan pegi open house... byk openhouse yg clash harinya.. jarak jauh2 lak tu. Dan yang lebih tak best lagi baba kena keje esok.. byk plan esok.. takkan nak beraya umah orang tanpa diakan.. Adui...

Oklah.. daripada dok mengeluh je ni.. baik balik umah dulu. Jumpa anak-anak dan suami. Dan balik nanti bincang semula ngan baba pasal plan2 beraya ni.

10 Syawal

Hari ni terkocoh-kocoh nak ke office, sampai terlupa bawak hp. Jadi, terpaksalah naik memanjat tangga semula yang setinggi 5 tingkat tu. Mujur baba tolong hantar Nadeea harini. Kalau tak tentu punch card merah.

Petang semalam beli Nasi Lemak Baldi Korner lagi... Harini tak kot, ingat nak masak kat umah. Malam tadi tengok citer Khabi Khusri Khagi Igam ngan anak-anak. Best gak citer ni, mula2 tu cam hindustan je, dah separuh akhir citer tu memang banyak babak yang menyayat hati. Tapi takdelah sampai meleleh air mata ni. Kalau tak silap, hero asal citer ni ialah Yusri dan Hans Isaac, tapi Yusri tarik diri setelah beberapa scene siap dan digantikan oleh Rusdi Ramli.

Harini ni stop puasa dulu dan InsyaAllah disambung Isnin depan. Sebelum memulakan tugas-tugas rutin, lepas ni nak mengemas apa2 yang patut kat my work station ni.

Thursday, October 9, 2008

Pesanan buat baba




Cerita birthday

ni saja je nak informed.. birthday nabeela lagi 3 bulan, 3 minggu dan 3 hari... birthday dia ialah pada 02 Feb.

Birthday nadeea pula sehari sebelum raya haritu. Jadi hari ini Nadeea berumur 4 tahun, 1 minggu dan 2 hari. Dah makin besar dah anak mama...



3 hari lepas pula birthday anak sedara yang duduk jauh kat Perth.. happy birthday Zahra. More story please link Salam2benua


9 Syawal

Petang semalam balik keje terus tapau Nasi Lemak Baldi Corner.. malas nak masak. Nasi lemak ni memang my favourite. Tiap-tiap hari makan pun tak jemu. So berbuka ngan nasi lemak semalam. Ayam goreng dia memang best. Selalunya anak2 tak suka makan ayam goreng tu, tapi semalam masing2 nak ayam goreng. Jadinya sharelah 4 beranak dengan 2 ketul ayam goreng.

Pagi tadi bangun sahur kul 4.30pagi. Cuma sahur roti dan milo. Baba pun turut bersahur sekali. Adalah teman bersahur dan berborak.

Didepan gerai Nasi Lemak Baldi Corner tu ada gerai burger. Nak citer sikitlah pasal burger tu.. memang sedap burger dia. Ni nak story setahun lepas punya story.. Lepas raya tahun lepas, abg burger tu tak bukak2 gerai lagi gerai dia.. rupa-rupanya dia telah meninggal dunia sebab accident. Isteri dia pula koma. Sekarang ni tak tau bagaimana keadaan isteri dia. Kesian sangat rasanya. Dengar citer, pasangan ni selalu balik kampung naik kereta. Tapi waktu tu dorang naik bas pula, dorang naik bas dari pudu. So dari pudu nak ke puchong, dorang naik motor. Dah ajal si suami, motor yang dorang naik tu kena langgar. Si suami meninggal dan si isteri koma. Sedih betul dengar citer tu. Sampai ke hari ini masih lagi teringat muka pasangan suami-isteri tu. Sekarang gerai burger tu dah beroperasi semula. Tapi burger dia tak sesedap yang dimasak oleh arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah. Al-fatihah.

Wednesday, October 8, 2008

My next birthday



Just to informed that another 1 month, 1 week and 1 day until my birthday... To baba, jangan buat2 lupa lak...he..he.. I love you dear....

8 Syawal

Harini mata ni celik jam 4.15pagi. Teruslah bangun buat keje apa yang patut. Pastu sahurlah sekali. Ajak baba puasa gak tapi dia kata nak puasa esok, so hari ni puasalah sorang-sorang. Sahur pun cuma roti, susu dan kuih siput..
Terasa lak letih dan ngantuknya sekarang ni. Tapi mana boleh tidurkan sebab bekerja. During lunch time nantilah kalau nak tidurpun.
Raya ni tak banyak amik gambar.. sibuk beraya sampai lupa nak bergambar.. ni saja letak gambar terbaru anak-anak saya.. sambil tunjuk gambar anak , tunjuk sekali cat dinding belakang tu. Warna hijau.. ada lagi satu warna tapi sapa nak tau datanglah ke umah...he...he.. Hari sabtu sebelum raya tu we all decide nak cat umah.. penatnya ya ampun..... tak tau nak cakap. Lepas ni kalau suruh mengecat lagi, sorrylah...he...he... Apapun puas hati gak, lagipun dah 5 tahun duduk umah ni, barulah sekarang ni nak mengecat umah.. itupun selepas banyak contengan di dinding2 (hasil keje 2 budak comel tu lah... actually ikut peel mak dorang yang suatu ketika dulu suka sangat menconteng.. tak kira apapun mesti nak diconteng.. tapi sekarang mak dorang dah baik dah)...


Tuesday, October 7, 2008

7 Syawal

Sebelum menyibukkan diri bekerja hari ni.. baik sarapan dulu sambil mengupdate blog ni.. Nadeea hantar ke Taska gak tapi kena charge RM20.00 sehari.. cam ntah apa-apa je owner Taska tu.. ada ke Taska2 lain camni? Esok baru tak kena bayar charge RM20.00. Kalau pikir2 balik memang tak patut sebab dah lah bulan ni kena bayar sebulan gak, pastu minggu lepas dah cuti seminggu.. harini hantar anak kena charge RM20.00lak..

Takleh nak celoteh panjang sebab harini memang sibuk.. Plan nak puasa harini tapi tak jadi...

Monday, October 6, 2008

6 Syawal

SELAMAT HARI RAYA SEMUA... hari ni dah hari yang ke 6 kita beraya. Actually saya masih bercuti harini... tapi tengoklah nanti kalau bos panggil datang office kenalah datang. Esok pun masih bercuti.. tapi rasanya cuti for tomorrow kena cancelled sebab memang kena datang office tomorrow.. harini lepak kat umah ajelah.. hopefully bos tak call suruh datang keje. Taska Nadeea masih tutup lagi sebab tu saya bercuti. Esok rasanya tumpangkan Nadeea kat Tadika Nabeela kot.. Lusa baru Taska Nadeea buka. Apalah lama sangat bercuti......

Harini InsyaAllah berpuasa....
Sepanjang seminggu raya ni tak sempat nak memblogging.. Almaklumlah mengunjungi umah sanak saudara.. Ni baru berkesempatan nak memblogging.. dan tengok blog kawan-kawan yang lain.

Rata-ratanya semua start keje harini... Selamat bekerja semua..