Saturday, September 27, 2008

27 Ramadhan

Dimulakan hari ini dengan semangat berkobar-kobar untuk mengemas rumah.. Harap-harap laratlah..

2-3 hari ni sibuk je kat office.. sampai 'berkampung' kat bilik bos... he..he... Semalam pun balik lewat. Tapi sesibuk camner pun during lunch hour semalam sempat gak bershopping kat Pasar Tani. Nak dekat 2 ratus gak habis. Bukan untuk diri sendiri saja, beli barang untuk orang-orang lain juga.

Semalam dapat lagi komputer baru.. Semenjak keje kat sini dah 4 kali bertukar komputer. Dan yang ni rasanya takkan tukar2 lagi. InsyaAllah.

Oklah.. nak kejut suami kesayanganku bersahur dan nak mulakan gerak gempur mengemas rumah. Oh ye.. kepada semua. Sila lihat entry sebelum ni untuk kad raya. Kad raya tu untuk semua pengunjung SALAM DESA TANJUNG. Dan untuk kawan-kawanku yang lain, sms sudah ku hantar semalam.. yang berbunyi..
Kad raya sudah ku beli,
Tapi tidak sempat ku pos kan,
Hanya sms sebagai pengganti,
Ku pohon maaf dari kejauhan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF DIPINTA DARIPADA ROZITA SEKELUARGA...

Dan pesanan lain:
1) Berhati-hati memandu walau kemana sahaja destinasi anda.
2) Banyak-banyaklah bersedekah dengan memberi duit raya.. Hulur sikit kat Nabeela dan Nadeea ok.
3) Selamat bergembira di hari raya yang mulia ni..
4) Yang berjauhan dari keluarga tu jangan sedih.. InsyaAllah ditahun-tahun akan datang anda dapat merayakannya bersama keluarga.

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN

Kad raya ni ditujukan untuk semua pengunjung SALAM DESA TANJUNG.. Kehadiran anda amat-amat dihargai.. samaada saya mengenali anda atau tidak, tetapi sebagai orang Islam.. sama-samalah kita bermaaf-maafan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN

26 Ramadhan

Actually masih lagi sibuk.. Tapi sempatlah menaip sikit-sikit.. he..he.. curi masa.. Semalam baba berbuka ngan kawan-kawan dia kat Shah Alam. Pastu mama suruh dia singgah Tesco...
Tu je lah sempat menaip.. nak sambung buat keje ni.........

Thursday, September 25, 2008

25 Ramadhan

HARINI TUAN RUMAH MASIH LAGI KESIBUKAN... TAK DAPAT MENAIP DENGAN LEBIH PANJANG LAGI........

Wednesday, September 24, 2008

Sibuk

TUAN RUMAH SIBUK HARINI..... TAK DAPAT MELAYAN BLOG...

Tuesday, September 23, 2008

23 Ramadhan

Bawak kete sambil berangan2... tiba-tiba.. 'eh.. aku tak pernah ikut jalan ni..'.. rupa-rupanya terlepas simpang ........ adussssssssssss.... gelabas sekejap... kenalah tgk signboard dan tengok jalan mana kena ikut untuk ke office... Alhamdullillah selamat.. dan punch card pun belum merah lagi...

Alhamdullillah dah 23 hari kita berpuasa.

Another 1 week for Nadeea's birthday............

Monday, September 22, 2008


glitter-graphics.com

22 Ramadhan

Banyak story nak habaq ni... harap u all sudi baca.
1) Sabtu lepas ialah harijadi bapa mertuaku yang keberapa ye... sorry abah tak pasti berapa umur abah tahun ni.. Malu nak tanya.. Semoga abah sihat2 hendaknya..

2) Sabtu lepas juga baba gi hantar my comel savvy ke kedai Air cool (for tinted).. baba pegi dalam kul 12tghhari.. rupanya banyak kete yang beratur nak di tinted gak. So baba call suruh amik dia sebab kete tu siap petang. We all ke Jaya Jusco lah jawabnya. Cam biasa kalau ke Jusco memang wajib naik Merry go round (betul ke nama dia).. mesti 2 round kena naik.. Poning kopalo den... tapi demi anak2 kuturutkan jua... More pictures at ANAK BABA

Pastu merayau-rayau kat Jusco.. nak beli kasut anak2. Jumpalah kasut yang cantik kat kedai Princess tapi harganya RM49.90 untuk kasut budak. Akhirnya kami tak beli, mahallah.. nantilah esok2 cari kat kedai lain pulak.. Balik Jusco singgah Aircool, tapi kete tak siap lagi. Kami pun balik umah, mengemas apa yang patut. Pastu setelah kete siap, amik kete dan balik Ijok. Tak sempat nak berbuka kat rumah.. berbuka kat kereta ajelah.. TQ baba sebab belanja tinted kete mama.. Raya nanti taklah kita rasa panas sewaktu beraya. Memang confirm raya nanti guna kete mama.

3) Ahad. My mother in-law memasak untuk munjung (maknanya bagi makanan kepada jiran2)... memang dah tradisi orang kampung untuk saling bertukar juadah hari raya... Sebagai menantu kenalah tolong apa yang patutkan. Menu yang dimasak, lontong, ayam goreng, sayur lodeh, rendang daging, paru goreng. Untuk berbuka ada keladi goreng, sagu, sate, nasi impit dll. Takdelah nak amik gambar, apa pulak kata bapa mertuaku nanti... To Angah, tak terliur ke dengan lontong mak... angah dan family serta abg bad je yang tak de semalam...

4) Isnin - harini le.. pepagi server down lak. Alhamdullillah dah ok.. pagi ni rasa happy walaupun lapar sikit.. tak berapa lalu nak sahur pagi tadi. Alhamdullilah dah 22 hari umat Islam berpuasa. Tak lama lagi nak raya. Cepat betul masa berlalu sekarang...... tak terkejar dibuatnya...

Saturday, September 20, 2008

Friday, September 19, 2008

19 Ramadhan

Semalam seharian sakit kepala. Dari pagi sampailah ke malam. Sebelum tidur telan panadol 2 biji. Alhamdullillah bangun pagi ni ok sikit. Sahur pagi tadi cuma roti dan kuih raya. Malas nak makan nasi.. Berbuka semalam laksa dan kuih-muih.Tghhari nanti waktu rehat panjang. Dah ada plan dah kat kepala ni........

To: Seroja, nak ikut tak? Nanti saya calling2 bagitau ok...

Harini 19 September / 19 Ramadhan - birthday anak sedara yang bernama Nuha Khadija.. Happy birthday Nuha... Jaga adik2 yang kembar tu baik2.. Esok pulak birthday bapa mertuaku.... InsyaAllah kami semua akan balik kampung esok......
Birthday Nadeea yang sebaya ngan Nuha tu pulak tinggal lagi 11 hari. Nuha dah ada adik kembar, tapi Nadeea belum ada lagi. Tunggulah Nadeea.. ntah bila ntah waktunya akan tiba...

Thursday, September 18, 2008

Love married


Harini perkahwinan antara Abdul Haleem dan Rozita sudah menjangkau usia 7 tahun + 6 bulan. Semoga kebahagiaan ini menjadi milik kita selamanya. Amin..

18 Ramadhan


Pagi tadi on the way ke office ni dengar radio, ada lagu 'SELAMAT HARI RAYA' dendangan Ahmad Jais... uiiiiiii.. tak sabar nak raya ni.... Harini dah hari yang ke 18.. bermakna lagi 12 hari... Tahun ni raya pertama dirumah mertua... ish... memang tak sabar nak raya.. Dah tua2 ni pun tak sabar, apa lagi kalau budak2.. teringat zaman budak2 dulu. Sanggup jalan kaki beraya satu kampung sbb nak collect duit raya..

Semalam gi PARAM depan office ni. Banyak betul pilihan makanan. Akhirnya makanan yang dipilih untuk berbuka ialah:






Note: gambar diimport dari internet

Wednesday, September 17, 2008

Kisah Semalam

Semalam bercuti tapi cam tak bercuti. Sebab banyak aktiviti yang dibuat. Mula2 gi DEMC, pastu singgah Eon Bank (baba renew insurans) , terus ke Pejabat Pos Shah Alam (renew roadtax and claim rebat), singgah ke PKNS Shah Alam (dapatlah baju kurung sepasang for me), then gi Tesco Shah ALam (shopping barang dapur). Balik amik anak2 dari tadika/nursery terus buat kuih raya. Pastu masak mee goreng, cengkodok pisang, nasi dan ayam masak kicap. Letih betul badanni..

Sebut pasal kuih raya tu, dah memang lama bebenor tak membuatnya. Bayangkanlah mixer tu we all dapat sebagai hadiah perkahwinan we all (7 tahun lepas). Sekarang ni baru nak pakai... he..he.. sebelum ni keje swasta tak sempat nak buat kuih. Alasan.. sebenarnya malas.... So tahun ni saja nak merajinkan diri buat kuih. We all buat biskut coklat chip. Baba pun turut sama membantu.. Anak2 tolong bubuh coklat chip tu kat atas biskut tu... Dan hasilnya seperti di bawah..........

Tuesday, September 16, 2008

16 Ramadhan

First of all... HAPPY ANNIVERSARY to mama and baba.. Masih ingat tak kenangan 14 tahun yang lepas.....

Harini cuti. Banyak gak plan harini. Antaranya nak beli baju raya lagi... plan lain tak boleh sebut dulu sebab takut tak jadi.

Lepas sahur on line jap. Pasni nak sambung membuat keje2 rumah. Almaklumlah sayalah pembantu rumah di rumah ini.. Malas ke rajin ke kena buat gak. Esok ialah Nuzul Quran. Tapi saya keje kat Putrajaya jadi takdelah cuti. Bosannya sbb baba dan anak-anak cuti. Kenalah baba yang jaga anak-anak esok.

Monday, September 15, 2008

15 Ramadhan

Salam setengah bulan berpuasa. Another half month menjelanglah Hari Raya Aidilfitri.

Semalam gi Banting, ajak baba dan anak-anak sekali. Tapi masuk kete je Nadeea terus tido. So baba temankan nadeea tido kat kete. Mama dan Nabeela je gi berjalan2. Dapatlah baju kurung lagi sepasang untuk anak-anak (warna maroon). Pastu jenguk baba dan Nadeea dalam kete masih lagi tido, jadi mama dan Nabeela pun gi berjalan lagi. Belilah t-shirt dan jeans untuk anak2. Rasanya dah cukuplah baju raya diaorg kot. Cuma kasut raya je belum beli lagi.
Nak tau tak kenapa Nadeea tido keletihan. Sebabnya masanya banyak di habiskan bersama Elis ( baby 4 month).. Suka betui dia dengan baby tu... Mintak baby kat mama tapi tak keluar2.. so dia pun mainlah dengan baby org.... Lepas tu dia suka sangat menyikat rambut org...

Disebabkan dah beli baju kurung warna maroon utk anak2, mama plan nak beli gak baju kurung / jubah yang berwarna maroon gak. Mama ni memang suka sedondon ngan anak2. Cuma baba je yang tak nak. Esok mama cuti nak ke Shah Alam, so plan nak singgah ke PKNS Shah Alam. Nak gaklah membeli baju lagi. InsyaAllah.

Semalam berbuka kat Banting. Semua adik-beradik berkumpul.
Menu berbuka semalam : Nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, ayam masak merah dan sambal goreng.
Menu berbuka kelmarin di Banting jugak : Nasi , ikan masak asam, ikan masak taucu, ikan masak singgang. Yum....yum....

Saturday, September 13, 2008

13 Ramadhan

Plan nak tidur lepas sahur tapi tak jadi, nak layan internet dulu. Lagipun kalau tido tension sebabnya sekejap2 kena bangun gi bilik air.. biasalah kalau dah minum banyak kan. Sure nak keluar semula. Lagipun tak elok tidur lepas subuhkan.

Apa ye yang nak dicoretkan. Nanti nak pujuk baba ke Shah Alam. Itupun kalau sempatlah..

Petang ni balik Banting.

Friday, September 12, 2008

12 Ramadhan

Lepas sahur tadi tido sekejap. Lepas tu dah kelam kabut bersiap. Pinggan mangkuk tak sempat nak basuh. Selalu tak tido lepas sahur, tu yang keje beres. Takpelah ptg ni pinggan mangkuk tu akan bersih semula.

Cepatkan masa berlalu, harini hari Jumaat, jadi esok dan lusa adalah masa untuk berehat dirumah. Tapi kalau dah kat rumah tu, ada je keje yang nak dibuat. Orang gaji takde, jadi kenalah buat sendiri.

Tahun ni plan nak buat kuih raya, tapi bila ye nak start. Impian nak jahit langsir baru pun tak tercapai lagi. Kain langsir pun tak beli lagi camner nak jahitkan. Takde masa nak berjalan2 dan shopping rasanya. Esok lah kot nak pujuk baba gi shopping. Itupun kalau dia nak.

Esok turn balik Banting. Mestilah best berbuka kat umah sendiri. Makan makanan yang dimasak oleh mak sendiri. Kat umah mertua pun best gak tapi mesti lagi lagi best kat umah sendirikan. Rasa2nya semua setuju ngan saya kan.

Rasa macam nak berceloteh panjang pulak. Peduliklahkan ada org nak baca atau tidak. Baju kurung raya tahun ni baru beli 2 pasang. Warna pink dan oren. Untuk anak-anak dah ada 2 pasang baju kurung dan 2 pasang lagi baju bukan kurung.. he..he.. Rasanya nak kena tambah lagi baju dorang tu. Kalau baba baca blog mama ni, faham2 je lah ye... Baju abg tu takyah tukar pun takpe asalkan baju anak2 kita berganti... Jangan marah bang.. Tau sangat ngan sikap abg yang tak pentingkan baju baru.

Thursday, September 11, 2008

Juadah berbuka 11 Ramadhan

Tadi baba amik dari opis, sempat lagi membeli-belah kat pasar depan opis ni. Pas membeli-belah baba balik dulu. Kejap lagi saya balik sendiri.. Juadah berbuka puasa harini:
Nasi, ayam percik, roti boom, cengkodok, popia basah, ayam ball.
Selalu ke pasar kecik je, harini ke pasar besar lak... rasa cam nak beli sume je... he..he...

First time kena tag

Saya dapat tag ni dari ila , disebabkan harini mood saya ok dan ada masa juga menjawabnya, jadi saya jawablah harini.. Kalau lama-lama nanti saya lupe.,,

3 PERKARA -RAMADHAN

1 ) BERIKAN PENDAPAT MENGENAI PASAR RAMADHAN DI KAWASAN ANDA.
Kat area Puchong ni tak banyak PARAM. Yang terdekat ialah depan Taska anak saya, so lepas amik dia terus ke PARAM. Tapi PARAM tu tak ramai penjualnya. Adalah dalam 15 gerai kot (agak2 je tak sempat nak kira). Boleh dikatakan tiap-tiap hari saya ke sana kecuali weekend sebab balik kampung. Komen saya PARAM tu tak best tapi saya tetap bersyukur kerana ianya memudahkan saya untuk membeli. Dan disebabkan tak banyak pilihan, jadi saya tak banyak membeli. he..he... so tak banyaklah membazir.

2) APA YANG ANDA SUKA DI DALAM BULAN RAMADHAN YANG TIADA DI DALAM BULAN LAIN.
Bulan menambahkan pahala. Banyak ganjaran yang kita dapat jika kita menambahkan amal ibadat kita. Dan yang paling penting, dalam bulan ni saya rajin sikit mengaji. InsyaAllah akan saya teruskan amalan ini sampai bila-bila.

3) SIAPA ANDA DI DALAM BULAN RAMADHAN INI
Saya tetap isteri kepada Haleem dan mama kepada anak2 saya... he..he... Yang penting saya tetap hamba Allah dan berazam untuk menambahkan pahala di bulan yang mulia ini.

3 PERKARA-SYAWAL

1)KEUTAMAAN PERSIAPAN SYAWAL UNTUK........
Macam biasa, keutamaan untuk kedua puteri saya yang comel-comel tu.

2)DENGAN SUASANA EKONOMI SEKARANG,ADAKAH IANYA AKAN MENJEJASKAN SYAWAL ANDA??
Alhamdullillah, setakat ni masih tidak menjejaskan SYAWAL saya. Persiapan berhari raya seperti biasa kerana saya mementingkan kesederhanaan. Terutama sekali suami saya, kan baba......... I love you.

3) VISI SELEPAS SYAWAL................
Tambah anak.. he...he.... memang teringin nak tambah anak tapi semuanya bergantung kepada rezeki dari ALLAH. Kalau ALLAH bagi rezeki saya masuk maktab dulu, so tundalah visi nak tambah anak tu. Apa-apapun tunggu keputusan KPLI tu....

Okey, begitulah jawapan saya kepada konco saya , ila. Dan saya nak post tag ni kepada orang-orang dibawah:
Seroja
Nana
Lemongrass
Mama Anis

Saya tau ada diantara anda yang sibuk memasak juadah berbuka, atau sibuk membuat kuih raya atau sibuk dengan kerja seharian anda, tapi tak kira, anda tetap kena tag...... Jangan marah. Senyum sokmo.

11 Ramadhan

Semalam takde mood dari pagi sampai lah ke malam. Harini oklah kot. Tapi tak tau apa yang nak dicoretkan. Alhamdullillah harini dah masuk hari yang ke 11 kita berpuasa. Penghujung bulan ni iaitu InsyaAllah hari terakhir kita berpuasa dalam tahun 1429h, ialah hari jadi anak kedua saya. 4 tahun umurnya, asyik nak mintak baby aje...he... he.. nantilah nadeea....

Menu berbuka puasa semalam : Nasi, ayam kicap, roti john, laksa, murtabak. Lepas membeli kat pasar Ramadhan, kami 4 beranak ke Giant pulak. Cam biasalah beli barang keperluan rumah.

Wednesday, September 10, 2008

10 Ramadhan

Alhamdullillah dah sepuluh hari kita berpuasa.
Takde mood nak menulis harini.
Menu berbuka semalam : Nasi, ayam percik, ayam merah, kebab, bihun sup, kuih tepung pelita.

Monday, September 8, 2008

Rumah Baru

Hai semua,

Selamat datang ke rumah baru saya. Sempena nak raya ni saya pun catlah umah baru. Nanti saya masukkan perabut2 (gadget) baru ok.. Tapi ada gak perabut lama yang saya maintain.

8 Ramadhan

Sabtu -6/9/08
Seharian hujan. Petang balik Ijok. Berbuka kat Ijok. Menu : Mee Goreng, Pisang Goreng dll

Ahad - 7/9/08
Cuaca baik. Berbuka kat Ijok juga. Menu: Bubur nasi, sayur kangkung, kuih sagu dll.
Birthday adik bongsu saya (Azlan).
Malam balik Puchong. Dari Ijok dalam kul 11.00malam.

Isnin - 8/9/08
Dah 8 hari kita berpuasa. Selalunya lepas bulan puasa berat badan saya mesti turun... Takpe raya nanti saya belasah makan cukup2.. biar naik sikit berat badan ni.he...he..

OH YE..
BARU-BARU NI RUMAH SAYA CAT WARNA HIJAU TAPI KOMEN DARI KAWAN2, HIJAU SANGAT PULAK. NANTI ADA MASA SAYA CAT WARNA LAINLAH YE....

Ila and Cempaka Sari
Thanks for the comment...

Saturday, September 6, 2008

Ubahsuai rumah

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA. KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN SEDANG GIAT DIJALANKAN. HARAP BERSABAR.

Friday, September 5, 2008

Pasar tani dan pasar Ramadhan

Gambar apakah dibawah ni? Sebenarnya tu gambar pasar tani dan pasar Ramadhan yang nampak dari office saya. Dekat je tapi malas betul nak ke sana.


5 Ramadhan

Salam semua, harini dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Sahur pagi tadi tak lalu nak makan. Semalam dari tengahari hingga ke petang hujan manjang. Lepas ambil anak-anak malas nak singgah pasar Ramadhan sebab cuaca hujan. Balik umah masak nasi, goreng ayam, masak sardin. Buat sandwich sardin untuk berbuka semalam.

Ni saja layan gambar2 at my workstation




Thursday, September 4, 2008

Lawak - Sahur







SMS SELAMAT BERPUASA

Beberapa SMS yang diterima sempena menyambut puasa:

Ifa
"Sempena Ramadhan sama-samalah kita: setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa dan top-up ilmu agar boleh redeem pahala. Selamat berpuasa, InsyaAllah"

Mummy Husni dan dari no. yang tidak dikenali
"Perkataan yang cantik ialah ALLAH,Lagu yang merdu ialah AZAN, Novel yang menarik ialah AL-QURAN, Senaman yang baik ialah SEMBAHYANG, Diet yang mujarab ialah PUASA, Selamat menyambut bulan RAMADHAN.

Kak Shima
Sekotak mancis secawan madu,
Selaut kasih seluas rindu,
Salam manis penuh syahdu,
Salam Ramadhan ku ucapkan padamu,
Selamat berpuasa..

Ila
"Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada bulan seindah Ramadhan, salam Ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa"

Terima kasih semua. Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga Allah memberkati puasa kita. Banyakkan amal dan ibadah. Amin.

Hari Lahir

Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, ramai betul ahli keluarga saya yang menyambut harijadi pada bulan ini. Antaranya ialah:
1) Abg Adi (abg ipar-abang suami saya) - 1 Sept
2) Hairon (adik ipar - suami adik saya) - 3 Sept
3) Akeem (adik ipar - adik suami saya) - 4 Sept
4) Azlan (adik saya) - 7 Sept
5) Nuha (anak saudara saya) - 19 Sept
6) Haji Maarof (bapa mertua saya) - 20 Sept
7) Yusri (anak saudara saya) - 24 Sept
8) Nadeea (anak kedua saya) - 30 Sept

Yang disebutkan diatas adalah keluarga terdekat. Rasanya ada gak makcik, pakcik, sepupu, sepapat yang menyambutnya pada bulan ini. Kepada semuanya SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA DENGAN PENAMBAHAN USIA DITAMBAH DENGAN PENAMBAHAN AMAL. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA. AMIN.

Ramadan tetamu mulia

Oleh NAZMI AIDARUS
JIKA seorang teman yang anda kasihi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?
Tentunya anda gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.
Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?
Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?
Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah. Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.
Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.
Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah.
Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.
Malangnya, sebahagian umat Islam menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah SWT. Ada yang menyambutnya dengan berpesta, nyanyian, tarian dan muzik.
Sebahagian lagi menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam bulan Ramadan yang dipenuhi dengan adegan yang memenuhi tuntutan nafsu.
Ramai yang menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orang ramai untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur pada waktu siang, berjaga pada malamnya dengan aneka hiburan.
Cara yang dianjurkan oleh Islam secara ringkas adalah sebagaimana berikut:
1. Berdoa semoga Allah melanjutkan usia kita dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolongan-agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya.
2. Membersih diri dan bersuci, iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t.
3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain. Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.
4. Antara perkara terpenting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan tersebut.
5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)
Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati kata-kata ini:
“Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.
Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.
“Berapa ramai orang-orang terdahulu yang kamu kenal telah berpuasa di antara jiran tetangga dan sahabat handai?
“Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup. Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.
Ya Allah, sampaikan kami kepada bulan Ramadan, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.

Cerita 4 Ramadhan

Gambar kat atas ni 'dipaksa' ambil dari Mama Anis.
Arahan seterusnya

Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang.
Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe)
Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
Dan yang terpilih ialah:
Seroja-08
YusnFamily (ila)
Nana
(saya pilih 3 orang ajelah)..

Harini dah masuk Ramadhan ke 4. Semalam Nabeela puasa full day. Waktu berbuka lepas makan 2-3 suap, dia muntah semula. Mungkin perut dia dah masuk angin. Petang semalam beli nasi bungkus untuk saya, Nabeela dan Nadeea. Baba pula berbuka mee rebus (tak sedap langsung, kata baba). Lepas ke pasar Ramadhan we all ke Giant Bandar Puteri, beli makanan dan minuman sikit. Balik umah tu sempat lagi goreng popia otak2 dan chicken ball.


Harini birthday adik ipar (Akeem-adik suami saya),
SELAMAT HARI LAHIR DAN SEMOGA CEPAT KAHWIN...
Semalam pula birthday adik ipar (Hairon-suami adik perempuan saya)
SELAMAT HARI LAHIR DAN GEMBIRA SELALU DISAMPING KELUARGA.
Lepas sahur memang tak dapat tidur semula, ada aje keje yang kena buat. Itupun kekadang tak cukup masa. Dah jadi isteri dan ibu ni, walau malas cam mana pun kena gagahkan diri gak membuat keje rumah. Tapi kalau betul2 penat dan malas, tinggalkan aje dulu keje2 tu. Buat yang penting2 dulu.
Kasut kat bawah ni sebenarnya saya beli 5 tahun yang lepas. Lepas pakai 1-2 kali terus simpan sebab tak berapa selesa. Sekarang bila dah kena keje sini, memang kena pakai kasut yang bertutup, terus punggah balik kasut lama. Alhamdullillah masih elok dan cantik (harga pun tak buang lagi rupanya)... Sekarang dah tiap-tiap hari pakai selesalah jugak.


Oh ye, semalam saya menghadiri 'Forum Pendekatan Islam Hadhari. Di Bawah ni ialah aturcaranya. Tajuk yang dibincangkan ialah "Rakyat Berjiwa Merdeka - Sejauh Mana Masyarakat Cintakan Negara".

Wednesday, September 3, 2008

Kepalsuan hadis kelebihan Tarawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAHLot 1499,
Taman Seri Demit,
Jalan Sultanah Zainab 2Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi PenyayangPuji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluhNamun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Ramadan bulan jimat belanja

Oleh Roslah Othman
RAMADAN datang lagi. Bulan penuh keberkatan ini pastinya paling dinanti-nantikan seluruh umat Islam seluruh dunia. Ini kerana penghulu segala bulan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kita memperbanyakkan amalan, menahan hawa nafsu, lapar dan dahaga tetapi juga melatih kita bersederhana dalam serba serbi.
Namun, seakan menjadi kebiasaan masyarakat kita, apabila tiba bulan Ramadan tabiat berbelanja secara berlebihan terutama ketika membeli juadah berbuka dilihat begitu ketara. Apa tidaknya, hampir semua juadah di pasar Ramadan terasa mahu dibeli walaupun pada akhirnya tidak habis dimakan dan dibazirkan begitu saja.
Ini diakui Ketua Projek ke-2, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Siti Khadijah Daud sambil menegaskan Ramadan adalah bulan paling sesuai mendidik diri seseorang itu supaya sentiasa insaf dan mengawal diri serta hawa nafsu.
Menurutnya, dalam menjalani kehidupan seharian, kejayaan dan kenikmatan hidup pasti memihak kepada mereka yang sentiasa beringat dan berhati-hati ketika berbelanja bagi mengelak pembaziran terutama melibatkan soal makanan.
Dalam Islam sendiri setiap umatnya disuruh supaya bersederhana, tidak bermegah-megah dengan apa yang ada dan lebih pentingnya, kualiti hidup perlu ditingkatkan walau dalam apa keadaan sekalipun apatah lagi dalam senario yang dihadapi masyarakat hari ini, termasuk kenaikan harga barang.
“Ramai yang menganggap bulan puasa ialah bulan merajakan nafsu makan. Lihat sahaja di bazar-bazar Ramadan, aneka lauk pauk dan kuih muih yang dijual mengundang setiap individu mengunjunginya saban petang menjelang berbuka.
“Aneka juadah itu sudah tentu membangkitkan nafsu makan dan mendorong seseorang menjadi tamak. Keinginan untuk membeli itu dan ini yang sudah tentu semuanya kelihatan enak dan menarik belaka. Namun, setakat manakah kemampuan kita menghabiskan juadah yang dibeli?’’ soalnya ketika ditemui baru-baru ini.
Sambil menyifatkan amalan tersebut akibat kegagalan seseorang itu mengawal hawa nafsu yang beraja di hati, beliau menegaskan jika erti Ramadan itu sendiri dihayati dan difahami tidak mungkin perkara seumpama itu berlaku.
“Sememangnya bazar Ramadan menjual pelbagai jenis juadah enak yang membuatkan kita rambang mata. Langkah terbaik ialah kita membuat perancangan awal mengenai jenis juadah apakah yang ingin kita hidangkan kepada keluarga semasa berbuka puasa nanti.
“Buat senarai terlebih dahulu barangan yang ingin dibeli mengikut keperluan, bukan keinginan semata-mata,’’ ujarnya.
Mengaitkan dengan kelebihan bulan mulia itu juga, Siti Khadijah berkata, ia juga melatih seseorang untuk berjimat cermat lebih-lebih lagi dalam senario yang dihadapi masyarakat hari ini, termasuk kenaikan harga barang.
Jika pada bulan biasa menjadi kelaziman seseorang ke kantin untuk menikmati sarapan, makan tengah hari atau minum petang, tetapi berbeza sepanjang Ramadan di mana aktiviti tersebut tidak dilakukan dan sekali gus kos perbelanjaan dapat dikurangkan.
“Kita hanya memikirkan kos untuk berbuka puasa dan bersahur sahaja. Jika benar-benar dipraktikkan, insya-Allah tidak akan timbul masalah sesetengah daripada kita yang mendakwa kos yang terpaksa dikeluarkan sepanjang Ramadan lebih tinggi daripada bulan biasa.
“Apakah yang penting kebijaksanaan seseorang mengawal perbelanjaan sepanjang bulan tersebut,’’ tegasnya.
Siti Khadijah juga kurang bersetuju jika ada yang berpendapat sepanjang bulan mulia itu juga menghalang mereka untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Jika seseorang itu benar-benar memanfaatkan masa yang ada, mereka masih boleh mengeratkan hubungan sesama rakan atau saudara mara tanpa perlu menyelitkan acara makan atau minum.
Beliau turut bersetuju bahawa wanita paling layak digelar sebagai Menteri Kewangan dalam sebuah keluarga kerana ketelitian mereka menguruskan soal kewangan. Namun katanya, ketelitian itu perlu dilakukan secara berterusan dalam kehidupan harian tidak hanya tertumpu kepada sepanjang Ramadan sahaja.
“Merancang keperluan dapur dengan membeli secara sederhana dan tidak berlebihan harus dijadikan amalan. Jika tidak dipraktikkan kemungkinan besar setiap kali tibanya Ramadan, isu berbelanja lebih sepanjang bulan tersebut terus menjadi tajuk perbualan hangat yang tidak pernah habis,’’ tegasnya.
Pada pertemuan itu beliau turut menyenaraikan beberapa panduan yang boleh diikuti sepanjang Ramadan ini. Antaranya:-
lKetika ke pasar Ramadan, pastikan salah seorang sahaja yang membeli sama ada suami atau isteri.
lBerbelanja jangan melebihi kemampuan. Bawa wang secukupnya sahaja untuk membeli juadah.
lBagi peluang setiap ahli keluarga membuat pilihan mereka. Sebagai contoh, jika hari ini pilihan ditentukan mengikut selera Abang Long, hari kedua Abang Ngah dan diikuti hari-hari seterusnya ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapa. Amalan ini secara tidak langsung mendidik anak-anak membuat keputusan yang baik untuk orang lain.
lBerbuka puasa di masjid sepanjang Ramadan, selain mengimarahkan masjid, boleh juga menambahkan ibadah ketika Ramadan.

3 Ramadhan

Semalam balik hujan, jadi membeli-belah kat pasar Ramadhan pun dalam keadaan hujan. Nasib baik baba dah amik anak-anak. Berbuka dengan nasi lemak, kuih-muih dan laksa.
Nadeea kena sembelit. Kesian sangat kat dia.

Pagi tadi bangun dalam pukul 4.35pagi. Bangun terus goreng ayam dan panaskan nasi yang di masak malam tadi. Nabeela pun bangun sahur dan terus tak tidur. Yang tak bestnya semua makanan sahur saya keluar balik. Ntah kenapa tak berapa sedap mulut ni.

Tuesday, September 2, 2008

Macam-macam cerita

My staff MC lagi. Demam katanya. Khamis dan Jumaat lepas dia pun MC. Jadinya bos kecik ni terpaksalah sibuk.. he... he... Nak buat camnerkan.

Ahad lepas finally dapat gak ke Pasar Stadium Shah Alam. Ramainya manusia. Parking penuh manjang. Anak-anak pun badmood pulak. Rimas dan panas dengan ramai orang kot.
Sebelah petang pula balik Banting. Dan malam tu berterawih kat Masjid K.D.

Semalam hari pertama berpuasa untuk tahun ini. Ntah kenapa sakit pinggang memanjang semalam. Tapi dalam sakit-sakit pinggang pun sempat merayap ke Tesco Banting dan Kedai Kerepek Fazz. Untuk berbuka puasa semalam mak masak ikan pari dan tongkol masak asam pedas, sotong masak lemak pedas dll. Trend berbuka kat rumah mak Banting memang didahulukan dengan nasi dan lauk-pauk. Tapi kat belah mak Ijok pulak sebaliknya. Berbuka dengan kuih-muih terlebih dahulu. Nabeela cuba gak berpuasa semalam tapi dalam pukul 2.30 petang dia dah berbuka.

Malam tadi baba je yang terawih kat Masjid K.D. Dan bertolak dari Banting dalam kul 10.30malam. Baba yang drive so mama dan anak-anak membuta kat kereta. Nyenyak betul tido kitaorg.. Sian baba kena drive.

Pagi tadi tak berapa lalu makan sahur. Tapi try jugak sumbat apa yang lalu.

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA ABG ADI YANG MENYAMBUTNYA SEMALAM. SEMOGA LEBIH BERBAHAGIA DAN CERIA DISAMPING ISTERI DAN ANAK-ANAK-ANAK TERCINTA.
INFO
BUTTERWORTH 1 Sept. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan pembangkang di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September ini sebagai cuti umum.
Komen: Ok je kalau diisytiharkan cuti. Walaupun saya ni duduk kat Selangor tapi saya ni keje kat Putrajaya jadi terpaksalah keje. Oh ye, baru teringat 16 September tu memang saya kena ambil cuti sebab ada appointment kat DEMC. Dan yang paling best 16 September 1994 ialah tarikh permulaan cinta antara saya dan suami saya. Alhamdullillah bahagia sampai sekarang dan biarlah bahagia selamanya. AMIN.