Sunday, August 31, 2008

Mengomel di pagi Ahad

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-51.

Semalam petang bawa anak-anak ke PKNS Shah Alam, belilah baju raya dorang sehelai dua. Untuk saya baju raya dah ada 2 pasang, oklah tu... dah tua-tua ni tak berapa kisah ngan baju raya. Yang penting bebudak dua orang tu.

Nak sangat ke Pasar Stadium Shah Alam tu. Tp baba cam tak bagi je.. Saja nak meronda kat situ, member cakap best, boleh dikatakan setiap minggu dia ke situ. Nantilah cuba pujuk baba lagi.

Harini akan pulang ke Banting. Taktaulah pukul berapa nak bertolak. Lagipun bukannya jauh sangat. Dalam sejam dah sampai.

InsyaAllah esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Selamat Berpuasa Semua terutama yang membaca omelan saya di blog ni.

SALAM RAMADHAN DARI TULIP MERAH.

Saturday, August 30, 2008

Mengomel di pagi sabtu

Harini tak balik mana-mana kampung. Nanti nak pujuk baba ronda Shah Alam nak beli baju raya untuk anak-anak. Harap-haraplah dia mau hendaknya.

Sekarang ni saya dah ada 3 blog.
1) Salam Desa Tanjung - ruangan utk saya mengomel dan letak apa-apa saja yg saya rasa sesuai utk dibaca.
2) Novel-novel pilihanku - ruangan utk saya update novel-novel yg saya dah baca (cam takde keje lain je..he..he... )
3) Anak-Anak Baba - saya menulis bagi pihak anak saya. Pun saja suka2..

Lepas sarapan nanti nak start mengemas rumah.. Asyik dikemas aje rumah ni tapi cam tak cantik je.. Ajak baba cat rumah colour lain, tapi dia still nak colour sama je. Lebih baik takyah cat kan. Dan udahnya tak cat sampailah dah masuk 5 tahun lebih duduk kat umah ni.

Dan plan nak beli kain langsir. Sylah yg akan menjahitnya, tapi langsir yang simple-simple ajelah. Itupun InsyaAllah kalau kesampaian. Lama gak tak tukar langsir ni.

Lusa InsyaAllah start puasa. Selamat berpuasa semua. Dan semoga mendapat keberkatan di bulan puasa nanti.

Friday, August 29, 2008

Aduhai Kasih Aduhai - M.Nasir

Biar malam mentertawakan aku
Biar habis badanku dimamah rindu
Namun membiarkan ingatan ku luput
Dari mengenangmu
Itu sama sekali takkan ku lakukan
Habis apa lagi yang harusku hadapi
Tuk memiliki jiwa sepertimu kasih
Dalam seribu tak bisa ku temu
Sejuta hanya satu
Mimpikah aku kali ini
Bukan semudahnya
Ku berkata cinta
Jika hati tak tersentuh
Bukan semudahnya
Melepaskan dunia
Jika jiwa mencipta tembok kepalsuan
Aduhai kasih! aduhai
Sambutlah, sambut tanganku
Tak ingin hidup/terlepas dalam kekosongan
Aduhai kasih! aduhai
Sambutlah, sambut cintaku
Tak ingin terlepas
Tak kesampaian

Nota: Lagu yang mengingatkan berjuta kenangan. Baba.. masih ingat lagi tak lagu ni?

Macam-macam cerita

Petang semalam saya balik lambat. Jadi baba kenalah amik anak2. Disebabkan petang semalam dah lapar banget, sy beli burger dan hotdog dan telan kedua-duanya sekali. Anak-anak dan baba makan nasi, sup ayam dan ayam goreng kunyit (baba beli). Kebiasaannya kalau dah lapar sgt, memang terus tapau. Kalau masak pun selalu yang simple2 aje seperti mee goreng, sandwich sardin, jemput-jemput ikan bilis dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Semalam cerita Ezora sampai kepenghujungnya tapi frust jugak tak dapat tgk keseluruhan cerita sebab balik lambat. Hanya tgk dalam 15 minit terakhir.

Harini sarapan roti+kaya+butter. Lagipun tengahhari nanti lunch awal. Kalau idak dah telan nasi lemak atau nasi goreng pepagi ni.
Lunch time nanti dah plan nak ke Pasar Tani. Nak membeli tudung raya utk saya dan anak-anak. Bulan puasa dah semakin hampir, jadi kelengkapan hari raya terutama untuk anak-anak mestilah diberi keutamaan.

Thursday, August 28, 2008

BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wednesday, August 27, 2008

Projek Baru

Harini saya nak mulakan projek baru iaitu buat blog untuk anak-anak saya. Sila lah jenguk AnakBaba . Tapi masih baru lagi, so tak banyak yang menarik.

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untuk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
Ikan Tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Tuesday, August 26, 2008

Cuti lagi

Harini saya bercuti lagi. Berdating ngan baba..... mestilah sesekali kena berdua-duaan dengan suamikan..he...he.. Actually ke DEMC. Sebelah petang ke Tesco Puchong lak.



Monday, August 25, 2008

Ahad 24082008


Semalam plan nak ke Pasar Stadium tp baba tak izinkan. So dok umah mengemas umah secara 'besar-besaran'.. letihnya.
Cuaca semalam hujan manjang. Tp sbb dah plan nak melawat anak sedara yang kembar tu, hujan2 pun we all redah gak.
Dari ptg sampai ke malam lepak umah dorang. Muka Raina dan Raisa memang sama. Susah nak bezakan.
Nadeea dan Nabeela main sakan ngan akak si kembar tu. Maklumlah budak-budak. Memang main je dalam kepala dorang.

Saturday, August 23, 2008

Gambar anak-anak di Desa Water Park




























Exam SPA 15 SKIM

Alhamdullilah akhirnya selamat menjalani Exam SPA (15skim). Sampai ke Dewan exam dalam kul 8.30. Exam start kul 9.00 pagi

9.00-9.45 = Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan alam sekeliling
10.00-10.45 = Daya menyelesaikan masalah
11.00-11.45 = Kefahaman BM dan BI
12.00-1.00 = Esei BM
2.30-3.30 = Esei BI
3.45-4.25 = Sahsiah

Untuk esei BM saya pilih soalan no.2 berkenaan dengan faktor-faktor gejala rasuah.
Untuk esei BI saya juga pilih soalan no. 2. Soalannya ialah ' The increases in oil price has hit the tourism industry hard. What measures can be taken to increase the number of tourist in the country.

Dah selesai habis exam, nak dijadikan cerita ada sorang calon tu nak tumpang sampai perhentian bas. Dia nak amik teksi ke komuter Bangi then balik ke Bukit Beruntung. Sian lak hujan-hujan, so saya hantar dia ke Komuter Serdang. Pastu ntah jalan mana2 yang saya ikut. Sy ni bukannya reti arah mana nak ikut. So main ikut signboard jelah. Nasib baik hujan tak lebat kalau hujan lebat susah nak tgk signboard. Dan Alhamdullilah selamat juga sampai ke rumah tanpa sesat walaupun jalannya agak jauh.

Dah selesai exam, dalam kepala ni nak bersihkan rumah secara 'besar-besaran'. Weekend ni tak balik mana-mana kampung. InsyaAllah esok plan nak ke pasar Stadium dan nak melawat anak saudara sikembar tu. Dah dua minggu dah usia si kembar tapi still tak melawat lagi. Sorry ye raisa dan raina. InsyaAllah esok mama dan baba uda serta kakak Nabeela dan kakak Nadeea akan melawat kamu.

Friday, August 22, 2008

Cuti

Hari ni cuti. Sepatutnya ke Ilham PD. Tapi disebabkan esok ada exam SPA terpaksalah dibatalkan.
Dan esok baba dan anak-anak akan ke Desa Water Park (Family day).. Nampaknya kurang sorang family nak bergembira esok sbb mama akan 'bergembira' di Dewan Institut Perguruan Islam Bangi, bertarung menghadapi peperiksaan dari pagi hingga ke petang..
Good luck for me....
Tak boleh berceloteh panjang sebab nak sambung study.
Oh ye.. ptg tadi dapat panggilan dari PPD, Petaling. Depa panggil interview GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) hari Selasa depan. Rasanya hantar borang tu dah 3 bulan lepas kot. Tapi rasanya cam tak pegi kot sebab dah seronok dengan kerja sekarang ni. Lagipun hari Selasa depan ada appointment lain yg sangat2 penting.

Aktiviti 210808

Petang 'mandikan' kereta. RM10.00 dikenakan.

Wajah anak-anak menunggu kereta 'dimandikan'.

Sebelah malam ke IOI Mall, Puchong.



Thursday, August 21, 2008

Teka-teki


Kemanakah arah tuju bas ini?
Ke kiri atau ke kanan ..... dan... bagaimana anda tahu tentangnya?
Tidak dapat berfikir?
Lihat sekali lagi gambar di atas.....
Masih tidak dapat teka? Kanak-kanak pra-sekolah di Malaysia... telah ditunjukkan gambar ini dan di tanya soalan yang sama .
90% daripada kanak-kanak pra-sekolah memberikan jawapannya...
" Bas itu menghala/bergerak ke arah kanan..." Apabila di tanya, "Mengapa bas itu menghala ke arah kanan?"
Mereka menjawap: "Kerana anda tidak dapat melihat pintu untuk naik ke dalam bas"
Bagaimana anda rasa sekarang? Saya tahu....

Nadeea

Berkat kesabaran baba menjaga Nadeea semalam, demamnya beransur pulih. Cuma batuk agak menjadi-jadi.. sampai muntah2 bila terbatuk.
Harini dua-dua anak mama terpaksa gi Taska gak sbb mama dan baba keje. Esok mama cuti .. preparation SPA exam. Good luck for me...

Wednesday, August 20, 2008

20082008

Years come and go...
But today is Special Day..
~ 20082008 ~
Double Match
It happens only once in a lifetime ..
so I wish yOu a very Wonderful Day!

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kitaketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampirajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimikmukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika mautmenghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dandiamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kitatidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasasakaratul maut menghampiri kami.Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.2
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalulama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandinganbola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yangberfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya

Kurma/ Kismis / Madu

Sabda Rasulullah s.a.w"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, keranasekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakaldilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdaspemikirannya."
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekalijika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakanmakanan Rasullullah s.a.w.Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang haruspuan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyakkhasiat.
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya,akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismisd apat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:"Rasul saw sangat menyenangi madu".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membacaAl-Quran".

Duduk Iftirash






Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology di atas, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...
Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya: 'Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)…..' Hadith shohih riwayat Bukhri.
Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT 4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Nadeea demam lagi

Nadeea demam lagi. Petang semalam amik dari Taska memang lembik dan panas badan dia. Terus bawa ke klinik.
Harini baba tak keje sbb jaga Nadeea. Keperihatinan dan keikhlasan baba dalam bab-bab kesihatan anak2 ni memang 100%. Mama sendiri tak begitu. Terima kasih baba......
Mama tak boleh cuti hari ni sebab 2 orang bos mama takde.
Semoga anak mama cepat sembuh. Amin...............

Top-up

Tarikh : 19 ogos 2008
Masa : 5.30petang
Tempat : Petronas Puchong

Agenda:
1) RM50.00, pam 3
2) Top-up TouchnGo RM100.00

Nota :
1) Benda yang tak suka buat tp terpaksa buat ialah tuang minyak. Nak tak nak memang kena tuang gak seminggu dalam RM50.00. Kira menjimatkan gak savvy ni.
2) Bayaran tol 2 hala sehari = RM3.20
So sebulan = 20hari x RM3.20 = RM64.00.


Kita tunggu harga petrol yang baru 1 September depan ok.......

Tuesday, August 19, 2008

Nadeea demam lagi

Nadeea masih lagi demam.
Mama pulak sakit kepala, sakit leher, sakit badan.
Ikut hati memang taknak keje harini tapi terpaksa gak datang.

Monday, August 18, 2008

Bosan+Boring+Risau+Rindu

Rasanya harini memboringkan dan ada sesuatu perkara yg dirisaukan.... Bosannya......... Rasa cam nak balik umah je....

Harini cuti sekolah, so Nabeela kena tinggal kat Taska Nadeea. Rasa rindunya kat anak2 mama ni. Tapi bila dorang depan mata ada aje benda yang mama nak marah... Walaupun begitu mama sayang kedua2nya sangat.. Dan semoga anak-anak mama berjaya didunia dan di akhirat.

Impian Lee Chong Wei genggam emas musnah


Daripada Meor Harman Meor Shakri
SEKADAR PERAK... Hasrat Lee Chong Wei untuk menghadiahkan emas pertama Olimpik kepada negara tidak kesampaian apabila beliau sekadar meraih pingat perak setelah tewas kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing di Beijing, China, malam tadi.
BEIJING 17 Ogos – Malaysia terlepas peluang membawa pulang pingat emas pertamanya di Sukan Olimpik Beijing 2008 apabila pemain utamanya, Lee Chong Wei tewas kepada lawannya dari China, Lin Dan untuk meraih perak pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di sini, malam ini.
Chong Wei yang dilihat gemuruh sejak permulaan set pertama tewas 21-12, 21-8 dalam permainan berat sebelah yang lebih banyak melihat penguasaan pemain tuan rumah sehingga ke mata penamat dalam set kedua.
Pemain utama negara itu dilihat tidak bermain pada tahap terbaiknya sebelum ini malah banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya sepanjang perlawanan di depan ribuan penyokong tempatan yang memenuhi ruang gimnasium Universiti Teknologi Beijing itu.
Chong Wei yang ditemui selepas penyampaian hadiah berkata, dia akur dengan persembahan Lin Dan yang jauh lebih baik hari ini.
“Saya cuba memberikan tentangan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa sebab permainannya terlalu laju.
“Jurulatih saya, Misbun Sidek meminta saya meningkatkan kelajuan permainan tetapi saya masih tidak dapat menyaingi kelajuan permainan Lin Dan,” kata Chong Wei yang mengakui merasai tekanan dan menganggap kekalahan itu merupakan yang paling mudah kepada lawannya itu sepanjang pertemuan kedua-duanya sebelum ini.
Apa pun, kemaraan pemain nombor dunia itu ke babak akhir saingan Olimpik sudahpun dianggap satu pencapaian terbaik skuad negara yang kali terakhir membawa pulang pingat gangsa dalam acara perseorangan menerusi Rashid Sidek pada temasya Olimpik Atlanta 1996.
Pencapaian terbaik negara dalam acara badminton ialah pada temasya yang sama (Atlanta) apabila pasangan beregu negara, Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit menghadiahkan perak untuk negara selepas gandingan adik beradik, Razif-Jalani Sidek meraih gangsa dalam Sukan Olimpik Barcelona 1992.
Berakhirnya saingan badminton hari ini meletakkan tumpuan negara beralih ke saingan acara berbasikal, taekwondo, kapal layar dan terjun yang masih berjuang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya emas.
Sementara itu di Bukit Mertajam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan merangkul pingat perak oleh Chong Wei itu sebagai satu kebangaan negara.
– Utusan

Sunday, August 17, 2008

Petang ahad

Semalam tak jadi melawat si kembar sbb Nadeea demam. Lagipun baba service kereta kul 5ptg baru siap. Frust jugak tak dapat melawat si kembar.
Harini melepak aje kat Ijok sambil membaca buku 'Soal Jawab Peperiksaan Am Kerajaan'. Memang mengantuklah bila membaca buku ni.. ntah berapa kali terlelap.
Cuaca panas harini..
Takde apa lagi nak dingomelkan......

Saturday, August 16, 2008

Pagi Sabtu lagi

Cam biasa hari sabtu tak keje. Tapi mata ni takleh nak bangun lambat. Sebelum start buat keje-keje rumah dok lah depan pc ni jap. Anak2 pun belum bangun lagi.
Sebagai seoarang isteri dan ibu yg takde pembantu rumah ni memanglah banyak keje-keje rumah yang menanti dan memanggil-manggil. Tak payahlah nak listdown apa yg perlu dan akan dibuat sbb sy pasti isteri-isteri yang senasib ngan saya tentu tau apa kerjanyakan.
Mmg dari dulu taknak ada pembantu rumah. Disebabkan takde pembantu rumah kedua-dua anak saya tu sejak umur 2 bulan dah hantar ke nursery. Mulanya mmg macam-macam perasaan melanda diri (sedih, risau, cemas dll). Tapi terpaksa juga hantar dan Alhamdullillah takde apa-apa berlaku. Cuma demam tu dah jadi perkara biasalah. Nak buat camnerkan, pembantu rumah takde. Mak dan mertua kat kampung. We all suami isteri memang dah decided taknak menyusahkan mak dan mertua.

Plan for today
1) Nak melawat si kembar
2) Nak balik kampung mertua. (ibu dan bapa mertua baru sampai malam tadi setelah seminggu bercuti di Indonesia)
3) Tapi sebelum 1&2 kenalah buat 'homework' dulu... Rimas kalau umah ni semak.

Ok sampai sini dulu berceloteh.

Friday, August 15, 2008

Savvy Merah

Babaku pulang dari kota,
Babaku belikan kereta,
Kereta Savvy warna merah,
Bolehku bawa ke tempat kerja,

Pon..pon..pon..pon..pon,
Kereta Savvy ku berbunyi,
Marilah anak2 mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek (balik kampung le)...

Note: Lagu yang dah diubahsuai. Actually cuma nak bagitau kereta kesayanganku ialah Savvy yang berwarna merah.

Percutian di Penang

Harini post gambar-gambar kenangan sewaktu bercuti di Penang. Waktu tu Nadeea baru berusia 3 bulan dan Nabeela 2tahun++. Disebalik percutian ini ada sesuatu yang menggerunkan berlaku iaitu berlakunya Tsunami yang dasyhat tu.. Alhamdullillah rombongan kami selamat. Masih teringat dalam perjalanan pulang ternampak sampan tercampak ke atas jalan raya dsb.....









Apa yang sy ingat sewaktu kami bersiap-siap pulang ada ternampak beberapa orang yang berdarah dan luka-luka. Ingatkan kenapa rupa-rupanya laut bergelora dengan kuatnya... We all masa tu tak taupun berlakunya tsunami tu.
On the way balik tu ramailah sedara mara we all telefon bertanyakan khabar we all ni. Rupanya dalam berita dah keluar cerita tsunami. We all yg dalam bas ni tak tau apa2.
Tapi Alhamdullillah semuanya selamat. Sewaktu hari kejadian rombongan kami tidak berada di pantai. Jika tidak taktaulah apa nasib kami tu. Sehari sebelum tu memang Nabeela dan baba ada turun ke pantai..
Sekarang ni kisah tu dah lama berlalu. Anak2 pun dah besar. Bila kejadian ni berlaku dorang kecil2 lagi... comelnya rasa muka dorang waktu kecil2 dulu. Terasa nak ada baby kecil lagi tapi ntah bila ye.......

Thursday, August 14, 2008

Sekolah rendah saya


SK Kanchong Darat

Antara Sekolah Terawal di Kuala Langat


Menurut sejarah awalnya, bangunan lama sekolah ini telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1922 di atas tanah (land) seluas empat ekar. Bangunan ini dikatakan telah dibina oleh seorang tukang kayu (carpenter) berbangsa cina dengan menggunakan tiang batu setinggi lima kaki untuk menampung dua bilik darjah. Sekolah yang dibina menggunakan 21 batang tiang untuk mendirikan bilik darjah ini hanya beratapkan nipah dan berdindingkan bertam dengan menggunakan kayu sebagai penahan tingkap.Hanya pada tahun 1925, sekolah ini telah dibuka secara rasminya dengan menggunakan nama Sekolah Melayu Kanchong Darat. Kemudiannya, perubahan demi perubahan dapat disaksikan pada sekolah ini melalui struktur fi zikalnya seiring dengan masa dan perubahan zaman. Bangunan baru sekolah ini telah siap dibina pada bulan Disember 1971 dan dirasmikan (offi ciated) oleh Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Selangor dan sehingga kini bergelar Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat.Sejak penubuhan sekolah ini, seramai 16 orang guru besar pernah bertukar khidmat di sekolah ini. En. Mohd Sudin Ibrahim merupakan guru besar pertama yang bertugas. Tahun berganti tahun, masa silih berganti. Selepas beberapa kali guru besar bersilih ganti, kini, Pn Nooriah Zakariah pula yang ditugaskan untuk menjawat jawatan tersebut dan paling istimewa adalah kerana beliau merupakan guru besar perempuan pertama yang berkhidmat di sekolah ini.

Tarikh pernikahan

18 March 2001 adalah tarikh pernikahan antara pasangan Rozita dan Abdul Haleem.
Maaf tiada gambar pengantin tapi ada gambar masjid tempat kedua pasangan ini bernikah.


Dimana kedudukan kampungku?


Ayam percik

Sure sume kenal gambar di atas. Bukanlah saya yg memasaknya cuma inilah makanan favourite saya terutama sewaktu berbuka puasa. Dan ayam percik yg sy rasa paling sedap ialah yang di jual oleh 'Usop Percik'. Rasanya org-org Banting dan Kanchong Darat terutamanya sudah sedia maklum dengan 'Usop Percik' ni..

Bulan puasa bakal menjelang bulan depan (September). Sebut pasal bulan September ni ramai betul ahli keluarga saya dan suami yang akan menyambut hari lahir pada bulan September nanti. Antaranya ialah
1) Bapa mertua
2) Abg ipar
3) Adik ipar (2 org)
4) Anak saudara (2 org)
5) Anak sendiri
6) Adik sendiri
7) Makcik
Nampaknya takdelah majlis potong kek sbb bulan puasa..he..he..

Tuesday, August 12, 2008

Surat Rasmi Nak Kahwin Lagi

Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu. 31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hindun binti Mat Tiga Tiang yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan Tabung Haji saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon, Suami bin Lelaki

Ayat Lepas Kahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Sibuk

Takde apa-apa yang istimewa berlaku harini. Cuma kesibukan melanda dari pagi hinggalah ke ptg. Babalah kena amik anak2 harini.

Monday, August 11, 2008

Anak Saudara (2)

Dah tau dah nama anak sedara baru (twins)
Afsa Raina Maarof dan Aisya Raisa Maarof..
Bestnya dapat baby kembar.

Dan nak update nama anak-anak sedara:

1) Anak-anak sedara belah baba
* Alya Hannah Tiling
* Zahra Sofia Tiling
* Nuha Khadija Maarof
* Layla Tijani
* Afsa Raina Maarof
* Aisya Raisa Maarof

2) Anak-anak sedara belah mama
* Nor Syamimi
* Muhammad Norsyam Yusri
* Misha Fadlina
* Mellisa Farhana

Note: Kepada mummy, mama, ibu, sorry kalau spelling nama anak puan-puan tu salah ...

Anak saudara

Semalam sehari suntuk bz kat kampung. Almaklumlah malam tadi ada kenduri. Kenduri cukur jambul untuk anak sedara yang bernama Melissa Farhana.
Penat betui rasanya...

Kelmarin 09.08.08 dapat ada sedara baru (twins). Tahniah pada abg adi dan kak ja. Tak tau lagi apa nama babies ni. Tak sempat nak melawat pun lagi.

Saturday, August 9, 2008

Swimming Pool

Nabeela berendam kat swimming pool



Disebabkan Nadeea tak dapat mandi, so dia lepak jelah sambil minum susu.

Dah habis mandi, dua-dua sambung bermain.

Habis main gi makan roti canai dan nasi lemak kat Kedai mamak (gambar takdelak)..

Pagi Sabtu

Harini tak keje ingat nak bangun lewat tp mata ni dah biasa celik pepagi, takleh tido lak. So bangun dan surf internet jap.. And pas ni plan nak buat keje-keje umah dan nak bawak turun anak2 ke swimming pool. Semalam dah janji ngan dorang. Tp nadeea batuk, so baba tak bagi dia mandi.
Saja letak gambar mandi-manda kat Ilham PD last year. This year plan nak pegi lagi pada 22-24 August tp terpaksa cancelled kerana 23hb tu ada exam SPA. Frust gak tp nak buat camner, dan 23hb tu juga office baba ada buat family day kat Desa Water Park. Nampaknya baba dan anak-anak dapat bergembira sementara mama pula dalam Dewan peperiksaan (dari pagi sampai petang lak tu). Wish me luck..

Petang ni turn balik Banting lak. Malam esok mak nak buat kenduri. Kalau balik Banting selalunya mmg mama yg kena drive. Baba nak relax. Untunglah dia dapat isteri yang boleh bawak kete. Kalau dulu2... dia jelah yg kena drive kemana-mana pun. Walaupun mama ni sering 'bertekak' ngan baba tp percayalah ' Mama terlalu sayangkan baba ' ...

Friday, August 8, 2008