Thursday, July 31, 2008

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Kenapa saya letak lirik lagu ni dalam blog saya:
1) Sebagai persediaan utk menghadapi interview KPLI tu, sibuklah mengkaji pasal perguruan. Dan terjumpalah lirik lagu ni dan teringat kenangan sewaktu saya menjadi guru ganti. Sy turut menyanyikannya pada Hari Guru.

Kat bawah ni lak lagu Tema Hari Guru 2008


GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Guru cemerlang
Mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa
Seikhlas jiwa
Gigih terus berbakti
Hidup penuh berbudi
Maruah profesion disanjung tinggi
Guru berjasa
Berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah
Waja dan berkarisma
Realisasi visi nan sejati
Guru cemerlang negara terbilang
Keunggulan pendidikan dimartabatkan
Guru cemerlang negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia terpelihara
Guru cemerlang negara terbilang
Keunggulan pendidikan dimartabatkan
Guru cemerlang negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia terpelihara

Lagu & Lirik : Rosli bin Ahmad BTP 2008

Wednesday, July 30, 2008

CINTA SEORANG SUAMI...

Based on True Story..
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ......... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan.
Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ...
Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........
"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya.
Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.
"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup.
Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.
Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia ....
Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ........bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...
Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya...
Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani.
Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...
Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya...
Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ...
Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar...

Tuesday, July 29, 2008

Mengapa WANITA sangat Istimewa.... .

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Ibadat solat dikira doa

Ibadat solat dikira doa
Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my

SAIDINA Umar r.a berkata, dalam kitab al-Muwatta', sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya, bererti dia memelihara agamanya dan mereka yang mensia-sia kannya, dia akan mensia-siakan kewajipan lain dalam aga ma.
SAIDINA Umar r.a berkata, dalam kitab al-Muwatta', sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya, bererti dia memelihara agamanya dan mereka yang mensia-sia kannya, dia akan mensia-siakan kewajipan lain dalam aga ma.Menurut Sidi Ahmad bin Ata'illah dalam kitab at-Tanwir, solat amat besar kemuliaan, malah keadaannya di sisi Allah amat berat dan kerana itulah Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mung kar.”
Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai semulia-mulia amal, baginda menjawab, maksudnya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”Ibadat solat suatu ibadat yang mendekatkan hubungan di antara seorang hamba dengan Tuhannya, sebagaimana sabda baginda dalam hadis bermaksud: “Sehampir-hampir se seorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud.”Solat dari segi bahasa ialah doa, istilahnya ialah ibadat yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.Dalam solat terhimpun berbagai-bagai jenis ibadat yang tidak ada pada ibadat lain, seperti bersuci, berdiam diri, mengadap kiblat, membaca al-Quran, berdiri, rukuk, sujud, bertasbih dalam rukuk dan sujud.Ibadat itu juga mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran dan kefasadan (kerosakan), melahirkan jiwa yang tenang, menghapuskan dosa kecil, mendisiplinkan diri mukmin khususnya dalam aspek pengurusan dan pematuhan terhadap masa serta peraturan.Oleh kerana solat adalah ibadat istimewa yang mendekatkan diri seorang hamba dengan Tuhannya, apakah seseorang yang mendirikan solat dibolehkan memanjat permohonan kepada Allah, berdoa untuk kesejahteraan atau hal berkaitan du niawi?Ada sesetengah mendakwa dibolehkan berdoa di dalam solat, malah berdoa, meminta sesuatu berkaitan duniawi sepanjang mengerjakan solat tidak salah, kerana ada pendapat ulama seperti Maliki dan golongan Hanbali menyokong amalan itu. Ini termasuk memohon pertolongan Allah dalam hal ber kaitan pelajaran, perkahwinan dan meminta dipermudahkan segala urusan atau memohon kesihatan seseorang kawan, malah memohon dipertemukan dengan kawan yang baik.Golongan ini berhujah dengan pendapat Imam Malik seperti dalam al-Mudawwanah: “Tidak salah seseorang berdoa bagi keperluannya sepanjang solat wajib, keperluannya di dunia ini dan di akhirat, sewaktu berdiri, duduk dan sujud.”An-Nawawi juga dikatakan ada menyatakan dalam al-Ma jmu': “Pandangan kami ialah diizinkan untuk berdoa se panjang solat untuk semua perkara sebagaimana diizinkan berdoa di luar solat, sama ada urusan spiritual atau du niawi...”Bagaimanapun, Abu Hanifah dan Ahmad menegaskan, tidak dibenarkan berdoa sepanjang solat kecuali doa se bagaimana mengikut nas al-Quran.Pendakwah, Mohd Rani Awang Besar, berkata dalam solat yang terpenting ialah khusyuk kerana faktor itulah yang menjaminkan kualiti ibadat seseorang.Menurutnya, dalam al-Quran di sebut berulang kali me ngenai khusyuk seperti surah al-Baqarah, ayat 238, mak sudnya: “Peliharalah kamu segala solat fardu, khasnya solat Wusta (Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan khusyuk.”Dalam ayat 33, surah ar-Rum bermaksud: “Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan dengan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mem persekutukan Allah.”Beliau berkata, apabila seseorang khusyuk dalam solat bermakna dia ingat kepada Allah dan jika demikian sudah tentu dia mendapat perlindungan Allah.“Dalam solat ada doa yang dikhususkan seperti doa Iftitah sebelum membaca surah al-Fatihah ketika berdiri, doa ketika duduk antara dua sujud dan doa ketika bacaan Qunut dalam solat Subuh. “Cuma hendak memandai-mandai menambah doa lain dalam solat fardu adalah tidak harus, kerana boleh jadi menyebabkan berlaku penambahan rukun atau perbuatan bidaah dan sudah tentu akan terbatal solat,” katanya.Rasulullah s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Orang yang mengerjakan solat adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya.”Mohd Rani berpendapat, ibadat solat itu dikira doa, kerana pada sudut bahasa solat bermakna doa dan sudah tentu tidak memerlukan kepada doa tambahan yang lain, kecuali yang dikhususnya seperti doa Iftitah, doa ketika duduk antara dua sujud dan doa Qunut.Mungkin wujud sedikit perbezaan pendapat menentukan keharusan berdoa. Bagaimanapun, cara paling tepat mendirikan solat, hen daklah berpandukan kepada cara diajarkan Nabi Muhammad s.a.w.“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)lbadat solat yang dikerjakan semberono tidak diterima Allah kerana rnereka-reka sesuatu yang bertentangan dengan sya riat dianggap bidaah. Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Aishah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada suruhan kami, maka ia ditolak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Monday, July 28, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU




Semalam menghadiri majlis perkahwinan sepupu (2 pasangan )
SELAMAT PENGANTIN BARU..

Saturday, July 26, 2008

SELAMAT HARI JADI BABA

SELAMAT HARI JADI BABA
SELAMAT HARI JADI BABA
SELAMAT HARI JADI BABA
SELAMAT HARI JADI BABA
SELAMAT HARI JADI BABA
SELAMAT HARI JADI BABA
SELAMAT HARI JADI BABA
SELAMAT HARI JADI BABA

Dan hadiah untuk baba tahun ni,
















I love you.....

Thursday, July 24, 2008

Cerita tentang anak
















































Ainnur Nabeela dilahirkan pada 02/02/2002 di Darul Ehsan Medical Centre.
Kelahiran nabeela Alhamdullillah mudah dan awal 2 minggu dari tarikh yang dijangkakan.
Pada pagi Sabtu 02/02/2002 mama mengalami muntah-muntah dan berlarutan sampai ke petang. Dalam pukul 5 petang, baba bawa mama ke hospital dengan tujuan untuk meminta ubat tahan muntah. Tapi doktor sahkan yang mama akan bersalin pada hari itu juga. Dan dalam pukul 7.30 malam mama selamat melahirkan cahaya mata sulung kami berdua.
Sekarang Nabeela sudah berumur 6 tahun dan belajar di Tadika PASTI Bestari Puchong. Nabeela sudah boleh membaca sejak berumur 5 tahun dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran. Mama dan baba amat bersyukur dan berdoa Nabeela akan menjadi anak yang Solehah dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.


Ketika umur Nabeela menjangkau 2 tahun, mama mengandung untuk kali yang kedua. Mengandung kali ke dua ni mama agak lasak sikit. Tiap-tiap hari akan memanjat tangga umah, almaklumlah rumah tingkat 5, takde lif lak tu. Dan sehingga kandungan mama 9 bulan mama terus membawa kereta sendiri ke tempat kerja. Melahirkan Nadeea juga Alhamdullillah mudah. Pada tarikh 30/09/2004 mama ke hospital untuk check-up kandungan tapi doktor sahkan mama akan bersalin pada hari tu juga. Rasa kelakar je rasanya sebab rasanya masih awal lagi. Jangkaan bersalin ialah pada hujung october. Dalam pukul 5.30 petang mama selamat melahirkan lagi seorang cahayamata. Pada malamnya, doktor memberitahu satu perkara yang membuatkan jantung mama rasa macam nak terhenti. Paru-paru Nadeea dijangkiti kuman. Dan terpaksa ditahan di Hospital selama seminggu. Pada hari ke dua mama dibenarkan pulang tapi mama pulang dengan deraian air mata. Sedih sangat kerana Nadeea terpaksa berada di hospital. Selama seminggu mama berulang alik dari Ijok ke Shah Alam untuk melihat Nadeea dan memberi susu. Dalam masa seminggu itu juga Nadeea kena Demam Kuning. Alahai kesiannya Nadeea, dahlah badannya halus (berat lahir 2.2kg). Alhamdullillah sekarang Nadeea sudah menjangkau usia 4 tahun (sept nanti). Mulutnya takleh diam...





Semoga anak-anak mama berjaya dunia dan akhirat.




Sebut pasal anak ketiga. Tak tau bila masanya akan tiba.

Kawan Baik Saya

Saya ingin bercerita tentang kawan baik saya.

Actually setelah saya kaji, ada beberapa persamaan antara saya dan kawan baik saya.
1) Kami lahir pada bulan yang sama (tapi tahun lahir berlainan)
2) Nama suami kami sama ( tapi lain ejaan dan semestinya orang yang bukan sama )
3) Kami belajar di Universiti yang sama
4) Kami mempunyai hobi yang sama iaitu membaca novel
5) Selepas graduate kami bekerja di syarikat yang sama
6) Sekarang kami bekerja di Kementerian yang sama
7) Pada tahun ni kami ada mengambil ujian MEdSI ( Untuk Diploma Pendidikan ) dan keputusannya sama-sama tak berjaya
8) Pada tahun ini juga kami mengambil Mtest ( Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ) dan keputusannya kami sama-sama berjaya untuk menghadiri temuduga. Dan diharap-harapkan kami sama-sama berjaya dalam interview itu nanti.

Wednesday, July 23, 2008

Tempat-tempat saya belajar

1) Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat



2) Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok
http://www.smktd.edu.my/mysmktd/Main%20Page.htm

3) Universiti Putra Malaysia
http://www.upm.edu.my/









4) Fakulti












5) Kolej Kediaman sewaktu di UPM

















Lagu sekolah saya

Ilmu pelajaran dituntut
Tugas pelajar dan penuntut
Di laut, di darat, di udara
Sinar ilmu bercahaya

Taat setia rajin dan usha
waspada sabar asas jaya
Sikap jujur ikhlas dan berjasa
Alat membangun negara

Putera puteri nan jaya sakti
Semat ilmu isi di dada
Bela ibu pertiwi
Bakal perwira berjaya

Dengan lambang warna pilihan
Megah berdiri berkibaran
Gambaran suci kemenangan
Pelajaran suluh penghidupan

Tarikan Tersendiri Kampung Kanchong Darat

KAMPUNG Kanchong Darat, sebuah perkampungan tradisi kedua terbesar di Kuala Langat mempunyai pelbagai keistimewaannya yang tersendiri.Terletak di daerah yang bukan sahaja dikenali dengan keindahan pantainya terutama Pantai Morib dan kawasan tinggalan sejarah, Kampung Kanchong Darat terus makmur dan berpegang kepada adat dan tradisi masyarakat Jawa.Kampung ini pernah merangkul banyak anugerah antaranya Kampung Terbaik Negeri Selangor pada 1997 dan johan antara johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan tahun 2000.Mercu tanda bulu tangkis menjadi kebanggaan Kampung Kanchong Darat yang dibina kerana kejayaan anak-anak Allahyarham Dato’ Haji Mohd Sidek Abdullah Kamar yang terdiri daripada Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid yang berjaya membawa kembali Piala Thomas.Sesuai dengan suasana perkampungan di sini, Kampung Kanchong Darat, Kampung Endah dan Kampung Batu Laut menyertai Program Homestay Kuala Langat.Seperti juga Kampung Kanchong Darat, Kampung Endah juga dikenali ramai dengan pelbagai anugerah termasuklah Johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung- kampung Negeri dan Kebangsaan tahun 1994.Kampung Batu Laut pula pernah mendapat johan dalam pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun 2002.Adat tradisi dan budaya masyarakat Kampung Kanchong Darat terserlah melalui makanan tradisi mereka serta aktiviti pertanian yang menjadi punca pendapatan masyarakat di sini. Tidak sah rasanya jika tidak merasai juadah istimewa Nasi Ambang dan kuih-kuih tradisional jika ke kampung ini. Di sekitar kampung, terdapat banyak pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang menjual aneka jenis kerepek dengan harga yang berpatutan.Seni dan budaya turun temurun juga tidak dilupakan. Aktiviti dan irama kebudayaan tradisional seperti cempuling, jidur, keroncong dan ghazal tetap segar dimainkan generasi lama dan baru kampung itu. Jika rindukan nostalgia zaman kanak-kanak ketika bermain gasing, dua gelanggang khas disediakan kepada penggemar permainan itu untuk melepaskan gian.Permainan gasing pangkah adalah permainan tradisional popular di kalangan penduduk kampung di sekitar daerah ini.Di samping itu juga, pasar Kanchong Darat juga menjadi satu tarikan istimewa apabila rata-rata terdiri daripada peniaga Kemboja. Pasar ini diadakan pada pagi Ahad di Jalan Masjid, Kanchong Darat.- NOOR ALLIA KASSIM

Salah Faham Mengenai Daging Kambing

Salah Faham Mengenai Daging Kambing

Oleh Soraya Jamal
KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2007 (Bernama) --

Bagi mereka yang bijak dan teliti menilai makanan, tentu memeranjatkan apabila ada di antara mereka mempunyai tanggapan yang salah apabila bercakap tentang daging kambing yang selalu disebut "mutton" di dalam bahasa Inggeris.Bertentangan dengan apa yang difahami selama ini, "mutton" sebenarnya bukanlah daging kambing sebaliknya adalah daging kambing biri-biri yang sudah tua.Di negara-negara Barat, daging kambing sering disebut sebagai "Chevon". Manakala daging kambing muda, disebut sebagai "cabrito" atau "capretto".Masih ramai yang tidak menyedari bahawa 63 peratus daripada daging merah yang dimakan setiap hari di seluruh dunia adalah daging kambing dengan Australia sebagai pembekal terbesar daging kambing yang berkualiti.Di Malaysia, permintaan terhadap daging kambing tidak begitu tinggi. Ini disebabkan oleh dua faktor.Pertama, pengguna tidak tahu di mana hendak membeli daging kambing. Kebanyakan pasar raya hanya menjual daging biri-biri tua dan daging biri-biri.Faktor kedua pula, salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.
SALAH TANGGAPAN
Salah tanggapan ini menyebabkan orang Malaysia mengelak makan daging kambing, yang khasiatnya bertentangan dengan daging biri-biri tua.Persatuan Jantung Amerika menyarankan daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.Menurut Pengarah Urusan Majestic Boer Farm Sdn Bhd, Yeow Joo Kwang, salah tanggapan yang biasa terhadap daging kambing ialah daging tersebut dianggap sebagai 'mutton', yang mengandungi kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, berbau hamis dan hanya sesuai dimasak dengan kari.Tidak seperti daging biri-biri atau biri-biri tua, daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu yang jauh lebih rendah dan hidangannya juga boleh dipelbagaikan berbanding daging lembu dan daging biri-biri.Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit.Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.
RASA LEBIH BAIK
Secara keseluruhannya tidak ada daging kambing yang dapat menandingi kambing Boer dari Afrika Selatan dari segi rasa dan kelazatannya. Inilah sebabnya daging tersebut mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara seperti Australia dan Amerika Syarikat.Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.Usia untuk disembelih adalah faktor utama yang menjamin keseluruhan rasa serta nilai nutrisi daging tersebut. Daging kambing dari Lembah Boer disembelih apabila mencapai usia 8-12 bulan.Pada usia ini, dagingnya mengandungi nutrisi yang tinggi, lebih rendah lemak tepu dan kolesterolnya. Dagingnya juga lebih lembut dan basah.Faktor lain pula ialah kandungan lemak. Apabila kandungan lemaknya rendah, daging tersebut tidak berbau kuat seperti yang sering terdapat pada daging kambing atau biri-biri yang lain.Makanan kambing dari Lembah Boer adalah 100 peratus organik -- iaitu rumput Napier yang tumbuh di ladang seluas 20 ekar milik syarikat ini di Tapah.Makanan tambahannya adalah daripada serat yang dihasilkan daripada isi buah kelapa sawit, kulit kacang soya dan jagung.Ia bertujuan memastikan haiwan ternakan tersebut mendapat sumber serat dan protein yang tinggi.Selain daripada itu, kambing-kambing ini juga memerlukan air galian yang tinggi kualitinya. Sumber ini diperoleh daripada sumber air galian semula jadi daripada air terjun Lata kinjang berdekatan Tapah.
BOLEH DIPELBAGAIKAN
Kebanyakan orang mendapati daging kambing memiliki bau yang sangat kuat. Apabila dimasak dengan kari, rempah yang digunakan dapat melindungi bau tersebut.Lebih ramai orang Melayu dan India yang makan daging kambing berbanding kaum Cina. Masyarakat Cina kurang mahir memasak menggunakan kari, tetapi dengan adanya daging kambing Boer, bau yang sinonim itu dapat diatasi.Daging kambing ini dapat menghasilkan hidangan kari India yang sangat lazat dan apabila dibakar, mengeluarkan aroma dan rasa yang sungguh enak.Yeow berkata apabila rakyat Malaysia memahami bahawa daging kambing memberikan alternatif yang lebih sihat berbanding daging lain yang selalu dimakan, permintaan ke atasnya akan meningkat.Dibandingkan dengan daging lembu dan daging babi, daging kambing lebih popular di pasar kerana ia tidak melibatkan batasan agama. Sesiapa sahaja boleh menikmatinya, kata beliau.Memandangkan masyarakat Malaysia yang gemarkan makanan yang sihat, inilah masanya restoran-restoran menyediakan resipi-resipi baru dan mempromosikan daging kambing, khususnya daging kambing boer.Dalam masakan, daging kambing boleh dipelbagaikan dengan cara masakan yang berbeza.
BOER GOAT JUNCTION
Di manakah tempatnya untuk membeli daging kambing? Majestic Nature Boer Farm Sdn Bhd sedang merancang untuk membuka kedai menjual daging kambing di bawah label "Daging Kambing Lembah Boer".Cawangan pertamanya dijangka akan dibuka di Damansara Utama penghujung September tahun ini. Lokasi tersebut dipilih kerana menjadi tumpuan ramai dan terdiri daripada pelbagai kaum."Masyarakat bandar di Malaysia selalu menghadapi masalah untuk mendapatkan daging kambing. Ia tidak semudah mendapatkan daging kambing biri-biri, lembu dan ayam," kata Yeow.Menurutnya, 21 cawangan Boer Goat Junction dijangka akan dibuka dalam tempoh dua tahun akan datang.Menjelang 2011, selain ladang yang ada di Tapah, Majestic Nature Boer Farm bercadang untuk memiliki empat ladang ternakan lagi dengan jumlah kambing yang dibiakkan melebihi 10,000 ekor.-- BERNAMA

Tuesday, July 22, 2008

Cam Biasa (2)

Malam ni membelek gambar2 lama. Akak dan adik pun suka membelek gambar lama2 dorang.

Ada gak attach gambar nasyid akak tu. Tp sorrylah tak byk dan gambar pun tak cantik.
Susah sikit nak buat keje sbb anak-anak tak tido lagi.

Oklah, nak menyambung jemur baju. Benda yg mmg wajib dibuat tiap-tiap hari.

SalamDesaTanjung....

Cam biasa

Harini takde apa yg istimewa untuk dicoretkan.

Cuma yang ingin dikatakan pada bulan ni baba akan menyambut ulangtahun kelahirannya pada 26 Julai.

Monday, July 21, 2008

Cerpen hasil nukilanku "Imbasan Cinta"

Sambil melepaskan lelah setelah selesai mengemas dapur, Zai termenung dan mengenang kembali kisah-kisah permulaan cintanya bersama suami. Waktu itu umurnya baru menjangkau usia 18 tahun. Kursus yang dihadiri untuk menggantikan tempat rakan baiknya merupakan tempat pertemuan pertama antara Zai dan suaminya Helmi. Sepatutnya June yang menghadiri kursus itu tetapi disebabkan masalah kesihatan, Zai terpaksa menggantikan tempat June.
Mungkin sudah takdir yang maha Esa, Zai dan Helmi ditempatkan di kumpulan yang sama. Zai masih lagi teringat bahawa Helmi yang merupakan ketua kumpulan tersebut amat tidak disukainya. Helmi selalu ingin menunjukkan kuasa sebagai ketua dan hanya suka mengarah ahli-ahli kumpulan yang lain sahaja. Meluat betul Zai dengan sikap Helmi itu.
Kursus yang mengambil masa selama seminggu akhirnya tamat. Zai dan peserta-peserta kursus tersebut telah bertukar-tukar alamat dan nombor telefon. Kesibukan belajar menjadikan Zai terlupa untuk menghubungi rakan-rakan sekursus.
Pada musim cuti sekolah, Zai menghabiskan masa di kedai buku milik keluarga. Di situ Zai membantu kakak menguruskan kedai. Selain dapat menambah pendapatan Zai juga dapat membaca buku dengan percuma. Memang hobi Zai suka membaca lebih-lebih lagi membaca novel.
Sedang asyik menyusun buku yang baru sampai di rak, tiba-tiba ada seorang pemuda menegurnya mesra. Setelah ditoleh dan diamati, Zai seakan mengenali wajah pemuda tersebut. Setelah pemuda tersebut mengenalkan diri barulah Zai teringat bahawa itulah Helmi yang tidak di sukainya dulu.
Pertemuan dengan Helmi tidak habis disitu. Boleh dikatakan tiap-tiap hari Helmi mengunjungi kedai buku milik keluarga Zai. Nak kata membeli buku tak jugak, hanya ingin berborak-borak mesra dengan Zai. Pada mulanya memang Zai tidak menyenangi Helmi tapi lama kelamaan Zai tertarik pula dengan Helmi. Sikap Helmi jauh berbeza dengan sikapnya sewaktu berkursus dulu.
Cuti sekolah telah berakhir, Zai meneruskan pelajaran seperti biasa. Walaupun baru di tingkatan enam bawah, tetapi Zai tidak mahu bersikap sambil lewa terhadap pelajarannya. Zai tahu STPM amat penting baginya untuk melayakkannya ke Universiti. Ini kerana dengan keputusan SPM yang lalu, Zai tidak dapat menjejakkan hati ke Universiti. Jadi Zai berazam bersungguh-sungguh agar keputusan STPM nanti cemerlang dan impian untuk memasuki universiti tercapai.
Ini berbeza dengan Helmi, keputusan SPM yang cemerlang melayakkan Helmi belajar di Universiti. Helmi sentiasa menggalakkan Zai agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya. Dalam masa yang sama Helmi yang menyimpan perasaan terhadap Zai terus memendamnya didalam hati kerana dia tidak mahu percintaan mengganggu pelajarannya dan Zai.
Walaupun masing-masing masih belajar, Zai dan Helmi sering berutus surat untuk bertanya khabar. Akhirnya Zai lulus cemerlang dalam STPM dan berjaya melayakkan diri di Universiti. Dan secara kebetulan Zai berjaya memasuki Universiti tempat Helmi belajar. Alangkah gembiranya hati Helmi mendengar khabar itu.
Hari pertama di Universiti, Zai banyak dibantu oleh Helmi dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran dan lain-lain. Walaupun kursus yang diambil oleh Zai berbeza dengan Helmi, tetapi mereka sering bertemu di perpustakaan untuk mengulangkaji bersama-sama. Helmi masih lagi tidak meluahkan perasannya terhadap Zai.
Akhirnya Zai dan Helmi memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Ijazah masing-masing. Helmi terus ditawarkan pekerjaan akan tetapi Zai masih lagi belum menerima tawaran pekerjaan walaupun sudah beberapa temuduga yang dihadiri. Namun begitu Zai tidak mudah berputus asa, masa lapangnya diisi dengan menulis cerpen.
Helmi merasakan sudah tiba masanya untuk dia meluahkan perasaannya terhadap Zai. Zai yang pada awalnya agak terkejut tetapi akhirnya menerima Helmi sebagai kekasih hati. Akhirnya setelah genap 8 tahun mereka berkenalan, Zai sah menjadi isteri kepada Helmi. Alangkah manisnya saat disandingkan.
“Menung apa tu yang, jom masuk tidur”, sapa Helmi mesra. “Baiklah bang”, sahut Zai. Zai sempat singgah dibilik anak kembar kesayangannya suami-isteri, AISYA dan HAFSYA.

Coretan

Selalunya during lunch time, bila dah habis makan lepak kat library membaca apa yang patut. Harini malas nak ke library, so duduk depan komputer ni sambil meng'update' monggo mampir ni.

Pagi tadi dah makan nasi+mee, tp dalam kul 12.00 perut dah lapar balik. Apa lagi nak dekat kul 1.00 je terus meluru ke cafe. Laju giler makan, rasanya tak sampai 10 minit dah siap.

Baru-baru ni saja mencuba mengarang cerpen, baba kata ok tp dia pesan jgn buat waktu office hour dan kalau kat umah tu jgn sampai mengabaikan keluarga terutama anak-anak. Seeloknya buatlah waktu anak2 dah tido..he..he... tp selalunya mama yang tido dulu daripada anak2...

Malam tadi bertolak dari Banting dalam pukul 10.00 malam. Sampai kat umah adik tak tido, melepak depan tv tengok citer 'Masam-masam manis'. Mula-mula mama temankan dia tp lama-kelamaan mama tido dulu. Udahnya adik dan baba tido jam 2.00 pagi. Ish..ish... mama dan akak lena tido.

Normally Isnin hingga Khamis mama mmg tak pernah miss tgk citer Ezora. Walaupun citernya kekadang cam tak logik tp mama dan anak2 akan menonton dengan setia.

Oklah, coretan tak leh panjang lebar. Jgn lupa membaca cerpen karya saya tu..

Saturday, July 19, 2008

Nasyid

Pepagi dah menapak kat Dewan Orang Ramai MPSJ, Puchong Indah kerana ada IHTIFAL PASTI Peringkat Kawasan Puchong.

Akak masuk pertandingan nasyid. Walaupun dapat saguhati tapi kira oklah.. lagipun bebudak ni bukannya kisah pun depa dapat nombor berapa. Yang penting dapat hadiah.

Akak dan kawan-kawan sedang menunggu giliran untuk bernasyid.Nadeea (adik) sibuk menjadi 'camera man' sbb sibuk kehulu-hilir menangkap gambar. Baba saja je bagi kamera tu kat dia sbb sebelum tu asyik merengek aje.

Akak dan kawan-kawan diatas pentas semasa menyanyi.

Note:
1) Sorry gambar tak berapa nak clear, date pun lupa nak tukar. Almaklumlah dah lama giler tak guna camera ni.
2)Tak dapat nak tulis banyak sebab nak balik Banting ni.

Friday, July 18, 2008

Apa-apa aje

  • Kesibukan di Parlimen membataskan masa untuk mengupdate my blog.
  • Malam tadi balik kampung mertua. Baba ada urusan penting ngan family dia. Lagipun nak berjumpa angah sekali yg hari ni akan bertolak pulang ke Perth.
  • Harini agak kelewatan juga nak ke ofis, maklumlah kena hantar anak2 ke sekolah masing2 dulu. Udahnya terpaksalah memecut dijalan raya. Sempat pun punch card before 8.00am.
  • Esok akak ada pertandingan nasyid antara Tadika-Tadika Pasti. Lagu yang akan dinyanyikan ialah Sepohon Kayu dan I look I see. Good luck anakku..
  • Esok petang InsyaAllah akan ke kampung halamanku (Banting), dah 3 minggu tak balik sana. Minggu depan juga akan balik ke Banting sebab ada kenduri kahwin sepupu.
  • Will update later sbb nak buat kijo lak.. Da............

Wednesday, July 16, 2008

Dewan Rakyat

Sepatutnya Persidangan Dewan Rakyat habis semalam tetapi di extend lagi 2 hari. So esok InsyaAllah habis persidangan tu. Suasana di Dewan Rakyat sgt hangat, ahli-ahli Dewan Rakyat berdebat dan berbahas antara satu sama lain.. takyahlah nak citer panjang pasal perdebatan tu..

Aturan Urusan Mesyuarat harini ialah membahaskan 'Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2008'

Sebelah pagi sy masuk dalam Dewan Negara, cam biasa suasana Dewan Negara cool aje..

Tuesday, July 15, 2008

Dewan Negara

Persidangan Dewan Negara habis awal hari ni (1.15 petang) dan akan ditangguhkan pada esok pagi pukul 10.00 pagi (Rabu, 16 Julai 2008).

Sewaktu makan di kafe Parlimen , terjumpalah member lama yang rasanya dah lebih 5 tahun tak jumpa. Dia sekarang bekerja di JPN. Adalah member nak berborak2 tadi...

Dewan Negara

PARLIMEN KE 12
DEWAN NEGARA PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA
Mula bersidang harini (15 Julai) dan akan berakhir pada 24 Julai , 2008 (7 hari)

Note: I'm going to Dewan Negara today.

Monday, July 14, 2008

Bahasa Jawa Lesson 2

Pelajaran Seterusnya tentang PERBUATAN.

BAHASA JAWA
BAHASA MELAYU
Mangan Makan
Ngombe Minum
Turu Tidur
Athos Mandi
Mbelayu Berlari
Melaku Berjalan
Mencolot Melompat
MBoco Membaca
Nulis Menulis
Ngelokis Melukis
Naip Menaip
Ndrebel Memandu
Mbasuh Membasuh
Nyapu Menyapu
Masak Memasak
Ngeliwet Memasak Nasi
Nggodok Wethang Memasak air minum
Isah-isah Mencuci pinggan mangkuk
Ngguyu Ketawa
Rujukan:http://www.geocities.com/mohdsabilan

takde kena mengena ngan bahasa Jawa: Today top-up touch and go RM100

Bukit Malawati Kuala Selangor

Semalam ke Bkt Malawati. Seronok gak memberi monyet makan (sy tak bg pun). Anak yg sulung (we all panggil akak) seronok memberi monyet makan. Anak ke dua lak (adik) takut betul, dia kata monyet tu jahat. Iyalah si monyet tu kan gelojoh berebut makanan. Dan sepanjang kat situ adik nak dukung aje. Nak dijadikan cerita dan secara kebetulan adik pakai baju warna oren dan saya pakai baju serba hitam, dan si mak monyet yang berwarna hitam dukung anak dia yg warna oren tu. Dah cam 'sedara' gamaknya. Apapun memang seronok melihat telatah monyet-monyet tu. Actually monyet-monyet ni dikenali sebagai lotong.

Dan berdekatan ngan Bkt Malawati, ada sekolah lama baba (suamiku).. Sure dia teringat kenangan lama kat situ.

Saturday, July 12, 2008

Bahasa Jawa Lesson 1

Disebabkan saya ni orang Jawa, so nak share lah sedikit sebanyak Bahasa Jawa untuk sesapa yang tak tau berbahasa Jawa.
Untuk permulaan nak share benda yang paling asas sekali iaitu nombor.

Jawa Melayu
Siji Satu
Loro Dua
Telu Tiga
Papat Empat
Limo Lima
Nem Enam
Pitu Tujuh
Wolu Lapan
Songo Sembilan
Sepuluh Sepuluh
Sewelas Sebelas
Rolas Duabelas
Telulas Tigabelas
Rongpuluh Duapuluh
Limangpuluh Limapuluh
Satus Seratus
Sewu Seribu

Dah Balik Dah

Syukur suami selamat sampai ke rumah lebih kurang kul 10.00 malam tadi.

Selalu balik dari office dalam kul 5.00ptg.. semalam asyik nak 'membelek' blog baru ni balik lewat sikit. Baru nak angkat beg, bos call ada keje urgent yg patut dibuat.. udahnye kul 7.00 malam baru balik. Tp nasib baik belum balik lagi, kalau tak mau kena patah balik ke ofis.

Ptg ni InsyaAllah balik kampung mertua. Lagipun akak ipar, suami dan anak-anak dia akan balik semula ke rumah mereka yang jauh tu (Jumaat depan kot). Teringin nak pi umah diaorg tp ntahlah bila akan kesampaian. Buat suami byk2kan lah simpan duit, boleh kita bercuti kat umah diaorg tu.

Friday, July 11, 2008

Blog

Hobi terbaru saya ialah membaca blog2 .. sekarang ni timbul minat lak nak ada blog sendiri.. so mencuba-cubalah membuatnya. Sy tgk byk blog yg memaparkan masakan, perihal diri, aktiviti harian dan macam-macam lagi. Utk blog saya ni saya tak decide lagi nak specific pasal apa. Buat masa ni main belasah ajelah..

Dulu memang saya takde masa nak surf internet. Sekarang bila keje tempat baru ni (tempat dirahsiakan) adalah masa sikit nak surf internet. Kat umah pun dah ada internet (terima kasih suamiku)..

Oh ye.. suami ku baru bertolak dari JB. Semoga selamat sampai.
Buat masa ni nama suamiku dirahsiakan. Sy tau dia mesti taknak glamour...he...he....

Actually dapat minat membaca blog ni ialah selepas selalu membaca blog akak ipar http://www.salam2benua.blogspot.com .

Oklah.. nak balik ni.

Salam.

Pengenalan Diri

Saya seorang mama kepada 2 org anak perempuan yang bernama Ainnur Nabeela (akak) dan Ainnur Nadeea (adik). Buat masa ni masih lagi dua. InsyaAllah akan bertambah lagi tapi tak pasti bila...

Menunggu kepulangan suami...

Hi.. ni baru nak menjinak-jinakkan diri dalam dunia blog.....
Just nak bagitau harini menunggu kepulangan suami yang dicintai.. Dia outstation gi Johor...
Pepagi tadi bangun tido, mengemas umah, menyapu dan mengemop umah...he..he.. biarlah suami balik umah nampak tu 'berseri' sikit... suami gi pun tak lama.. rabu lepas bertolak kesana..harini balik dah....